::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, November 28, 2010

sigh!keluhan maha berat

masih banyak perancanganNya
yang kita belum tahu apa dia


batuk di kerongkong masih ada baki. baju yang terendam lama baru siap dibasuh. demam di badan sudah lama kebah. cuaca yang dingin beku sudah mula menjenguk hai. sekarang sedang dalam usaha menggali rutin asal seperti sebelumnya kembali. kadangkala mood itu hilang. natijahnya, semua kerja susah nak jadi.

setahun di sini, sudah tepu. masanya sudah tiba untuk pulang walau sebentar cuma. mahu udara lain yang lebih bersih, mahu langit lain yang lebih membiru. kalau setahun lalu, saya baru nak belajar serasi, setiap hari doa agar mudah semuanya di sini. setahun berlalu, alhamdulillah memang semuanya mudah. banyak benda lebih senang dari dulu. tapi tempat orang selalu membuat hati rindu tempat sendiri. rindu ibu, rindu abah, rindu atok, rindu adik-adik, rindu anak buah, rindu kawan-kawan, rindu semuanya. mulalah yang di sini rasa serba tak kena.

menyambut ulang tahun pertama di rantau, Allah bagi hadiah terindah dalam hidup. Allah panggil saya dekat denganNya. saat semua umat di dunia juga dijemput sama. sama-sama duduk di bawah lindungan keberkahan hari, sama-sama meratapi dan memohon berkatnya wukuf. pada hari wukuf 9 zulhijjah 1431; 15 november 2010, genap setahun saya jauh dari ibuabah. jangkamasa perpisahan paling lama setakat ini. Alhamdulillah terubat dengan panggilan dekat dengan Pencipta. tiada yang lain saya minta selain diminta ampun segala dosa dan diberi keberkatan sepanjang hayat yang ada.

keluar dari kediaman menunaikan rukun Islam kelima explained laundry yang menimbun minta diselesaikan segera. berasak-asak dengan keriuh ramaian lautan manusia explained kesihatan yang terjejas seketika. alhamdulillah Allah pulangkan semula kesihatan yang diambil itu. sekarang sedang dalam recovery. pulang, dengan rasa fresh setelah ditarbiah dengan ujian keinsafan sepanjang perjalanan menuju Tuhan, di uji lagi dengan kesihatan majikan suami pula yang terjejas hingga kami berulang alik selalu ke rumah sakit, explained kepulangan saya dan suami untuk bercuti juga ditangguhkan ke suatu masa yang tiada siapa tahu bila waktunya. sigh!



Wednesday, November 10, 2010

dedication

All days are nights to see till I see thee,
And nights bright days when dreams do show thee to me.
~William Shakespeare~

[the hunger for love is much more difficult to remove
than the hunger for bread]

pejam celik, pejam celik setahun berlalu. kalau sebut tahun cuma baru 1. kalau sebut bulan, sudah 12. lama tuh, kalau sebut hari lagi banyak. 365. selepas setahun nih, saya rasa harus cepat-cepat pulang. rasa sudah tepu di tempat orang, rasa sungguh kurang kasih sayang. seperti Mother Tresa tuh kata kalau laparkan roti boleh segera dihilangkan kerana roti ada di mana-mana, tapi kalau laparkan kasih sayang orang, bukannya bersepah merata-rata. solusinya mudah, pulang. tapi mahu pulang ikut selera, bukan semudah yang disangka.


hari ini, my sister turn 25th. ila nursalina she is. saya pada umur dia sudah bergelar isteri. berbeza dengan dia, masih single but not available. saya pada umur dia, baru nak mula ambik master. dia pada umur ini sudah tamat pun pengajian sarjananya (master). saya pada umur dia, masih bergantung dengan suami dan ayahanda untuk belanja. tapi dia pada umurnya hari ini, sudah mampu mengeluar perbelanjaan sendiri. sudah mampu memberi pada ibuabah, sudah pandai berdikari.

buat ilana, pada umur yang berbaki, teruslah berbakti. berbakti pada agama, pada negara pada ibuabah. bila segalanya telah diperoleh, jangan lupa pada asal usul, jangan lupa pada insan sekeliling. pada usia yang berbaki, berakhlaklah dengan akhlak yang baik dan berkatalah dengan ucapan yang baik.

Ingatlah Allah berfirman,mafhumnya


“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” Ibrahim 24-25



ilalliqa' maasalamah



Wednesday, November 3, 2010

rambang rambles

tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermain

saya sedang sibuk dan saya sedang gemuk. ya, sedang gemuk bermakna, akan tiba masa untuk kurus. dalam usaha nih. sedang sibuk bermakna, akan ada masa untuk lapang. sedang berehatan nih walau masih ada yang perlu disiapkan.

november datang lagi. yeah, kalau ikut bulan saya sudah setahun di sini. kalau ikut tarikh, ada lagi dua minggu untuk genap kiraan setahunnya. kalau mula-mula datang sini dulu, saya tidak sibuk, malah bosan pula. hari-hari rasa ingin pulang ke pangkuan ibu bapa. setiap masa rasa ingin lebih untuk keluarga. tapi lepas setahun, saya mulakan entri dengan sibuk. ya, saya sudah ada perkara di sini untuk memadam bosan yang melanda.

sibuk tentang apa, tidak seberapa penting. pentingnya perlu tahu selepas setahun saya sudah mula serasi di sini, saya sudah mula untuk menyayangi tempat ini. tapi bukan bermakna saya sudah lupa kampung halaman. saya mahu pulang, setahun di tempat orang sudah terlalu lama. tempat jatuh lagi dikenang kan....

cuaca sudah nak mula sejuk, bye bye summer welcome winter!i likeee..:)