All days are nights to see till I see thee,
And nights bright days when dreams do show thee to me.
~William Shakespeare~
And nights bright days when dreams do show thee to me.
~William Shakespeare~
pejam celik, pejam celik setahun berlalu. kalau sebut tahun cuma baru 1. kalau sebut bulan, sudah 12. lama tuh, kalau sebut hari lagi banyak. 365. selepas setahun nih, saya rasa harus cepat-cepat pulang. rasa sudah tepu di tempat orang, rasa sungguh kurang kasih sayang. seperti Mother Tresa tuh kata kalau laparkan roti boleh segera dihilangkan kerana roti ada di mana-mana, tapi kalau laparkan kasih sayang orang, bukannya bersepah merata-rata. solusinya mudah, pulang. tapi mahu pulang ikut selera, bukan semudah yang disangka.
hari ini, my sister turn 25th. ila nursalina she is. saya pada umur dia sudah bergelar isteri. berbeza dengan dia, masih single but not available. saya pada umur dia, baru nak mula ambik master. dia pada umur ini sudah tamat pun pengajian sarjananya (master). saya pada umur dia, masih bergantung dengan suami dan ayahanda untuk belanja. tapi dia pada umurnya hari ini, sudah mampu mengeluar perbelanjaan sendiri. sudah mampu memberi pada ibuabah, sudah pandai berdikari.
buat ilana, pada umur yang berbaki, teruslah berbakti. berbakti pada agama, pada negara pada ibuabah. bila segalanya telah diperoleh, jangan lupa pada asal usul, jangan lupa pada insan sekeliling. pada usia yang berbaki, berakhlaklah dengan akhlak yang baik dan berkatalah dengan ucapan yang baik.
Ingatlah Allah berfirman,mafhumnya
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.” Ibrahim 24-25
ilalliqa' maasalamah
2 comments:
ilada: thanks for the special n3.. ;)for the du'a.. amiiin ya rabb..
ilana: amiiin:)
Post a Comment