::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, November 28, 2010

sigh!keluhan maha berat

masih banyak perancanganNya
yang kita belum tahu apa dia


batuk di kerongkong masih ada baki. baju yang terendam lama baru siap dibasuh. demam di badan sudah lama kebah. cuaca yang dingin beku sudah mula menjenguk hai. sekarang sedang dalam usaha menggali rutin asal seperti sebelumnya kembali. kadangkala mood itu hilang. natijahnya, semua kerja susah nak jadi.

setahun di sini, sudah tepu. masanya sudah tiba untuk pulang walau sebentar cuma. mahu udara lain yang lebih bersih, mahu langit lain yang lebih membiru. kalau setahun lalu, saya baru nak belajar serasi, setiap hari doa agar mudah semuanya di sini. setahun berlalu, alhamdulillah memang semuanya mudah. banyak benda lebih senang dari dulu. tapi tempat orang selalu membuat hati rindu tempat sendiri. rindu ibu, rindu abah, rindu atok, rindu adik-adik, rindu anak buah, rindu kawan-kawan, rindu semuanya. mulalah yang di sini rasa serba tak kena.

menyambut ulang tahun pertama di rantau, Allah bagi hadiah terindah dalam hidup. Allah panggil saya dekat denganNya. saat semua umat di dunia juga dijemput sama. sama-sama duduk di bawah lindungan keberkahan hari, sama-sama meratapi dan memohon berkatnya wukuf. pada hari wukuf 9 zulhijjah 1431; 15 november 2010, genap setahun saya jauh dari ibuabah. jangkamasa perpisahan paling lama setakat ini. Alhamdulillah terubat dengan panggilan dekat dengan Pencipta. tiada yang lain saya minta selain diminta ampun segala dosa dan diberi keberkatan sepanjang hayat yang ada.

keluar dari kediaman menunaikan rukun Islam kelima explained laundry yang menimbun minta diselesaikan segera. berasak-asak dengan keriuh ramaian lautan manusia explained kesihatan yang terjejas seketika. alhamdulillah Allah pulangkan semula kesihatan yang diambil itu. sekarang sedang dalam recovery. pulang, dengan rasa fresh setelah ditarbiah dengan ujian keinsafan sepanjang perjalanan menuju Tuhan, di uji lagi dengan kesihatan majikan suami pula yang terjejas hingga kami berulang alik selalu ke rumah sakit, explained kepulangan saya dan suami untuk bercuti juga ditangguhkan ke suatu masa yang tiada siapa tahu bila waktunya. sigh!



11 comments:

dandelion kiss said...

semoga segalah urusan
dipermudahkan oleh Allah.
=)

p/s: jaga diri elok2.

ila nursalida said...

dendelion ian: mekacih doanya..:)

F.a.d. R.o.y said...

ila... sabar ye.. harap ila tabah di sana... kirim salam pada ustaz...

Mila@Rimbun said...

Bestnya dapat menunaikan rukun islam yg kelima. Moga akak pon akan sampai kesana suatu hari nanti.

Moga cepat sihat ok....

Semalam terserempak dengan Sue n Mahya... wahhh dah besar perut sue, tapi tak sempat nak tanya bila due.

princesssaf said...

InsyaAllah Haj Mabroor sis. Hang in there...InshyaAllah you will get better soon n get to go back soon :)

aZiEaNa AbU hAsSaN said...

salam kak ila... en lokman tak berapa sehat ker? sampaikan salam azie sekeluarga kpd en lokman dan kak siti yer

Alhamdulillah sudah selamat menunaikan rukun Islam ke 5 ye... insyaALLAH segala urusan dipermudahkan dan kesihatan kembali pulih...

InsyaALLAH akan tiba masanya utk kak ida pulang bertemu keluarga tercinta cuma memerlukan sedikit kesabaran lagi... bagi azie yg dah lama balik ke tanah air sendiri timbul pula rasa rindu nak balik ke bumi Hijaz itu...

Kalau balik nanti jangan lupa datang rumah kami di putrajaya

mardeque said...

rasa rindu sangat untuk ke sana juga. InsyAllah.. yakin pasti ada peluang.

ila nursalida said...

fad: aku ok jer, no worries fren...

k.mila: insyaAllah kak, one day ade rezeki tuh..moga sue selamat semuanya..

saf: u too hajj mabroor sis

ila nursalida said...

azie: yup, pak loman tak sihat prob with jantung dia. cukup 2 thn slps yg dia admitted waktu ade event kat umah azie dulu tuh. dia dah buat bypass alhamdulillah sudah selamat.anak n abang dia ada kat sini. doakanlah kesejahteraan dia. salam sama tuan azral.

mardeque: kalau ade peluang, jgn lupe contact kami kat sini k..

Fatanah Fadhil said...

eh mu sdh mnunaikan rukun ke 5?alhamdulillah..
n byk2 bersabar ye..moga tabah n ceria selalu d rantauan deh...

ila nursalida said...

fatanah: insyaAllah, aku maih boleh sabar nih..klau tak sabar, aku balik sorang2 jer