::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, October 24, 2010

motivasi

Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana- mana pintu yang kamu sukai
(Hadis riwayat Ahmad)

nak buat apa-apa pun perlu motivasi. kalau ada yang tak tahu, motivasi itu adalah peransang. sepanjang saya berkecimpung dalam ilmu tentang diri atau ilmu psikologi manusia, motivasi adalah pendorong untuk sesuatu. ada orang kata, nak buat apa-apa tidak perlu motivasi. cukup dengan hanya keinginan dan kemahuan sendiri. tapi saya percaya, tanpa motivasi keinginan itu tidak akan wujud sama sekali. mudahnya kita dapat lihat, sesuatu perkara akan lebih berpotensi untuk dilakukan dengan adanya galakan yang mendorong. galakan itulah motivasi. tanpa motivasi, kajian mengatakan potensi sesuatu perkara untuk terjadi adalah rendah atau berkurang. masih masih ingat tak waktu zaman belajar dulu mesti ada "KURSUS MOTIVASI KECEMERLANGAN" cikgu anjurkan sebelum peperiksaan. untuk apa? tengok tajuk pon dah tau, kursus untuk meningkatkan dan mendorong kecemerlangan.


separuh orang tidak percaya dengan kuasa motivasi. motivasi atau dorongan datang dalam bentuk imbal balik positif atau negatif. kalau imbal balik atau faedah atau yang datang selepas sesuatu perkara adalah positif atau baik, ia mendorong sesuatu perkara itu untuk dilakukan. sedar atau tidak, Islam itu sering memberi motivasi kepada penganutnya untuk melakukan sebarang kegiatan. jelasnya, ada syurga untuk yang berkelakuan baik dan neraka untuk yang tidak melakukan amal kebaikan.

jadi, bila nak suruh buat baik tak perlu cakap kosong. mesti ada reward atau balasan. itu sifat manusia.

Nabi kata, bagi perempuan senang nak dapat syurga. hanya perlu taat pada Allah, taat pada Rasul dan taat pada Suami. barangsiapa yang berbuat taat kepada ketiga-tiga ini, SYURGALAH tempat kembali. nampak macam mudah kan. hanya perlu taat. tetapi, jangan pandang remeh dengan istilah ketaatan yang nampak seperti mudah ini. ia tidak semudah yang disangka. ingat benda mudah boleh dapat hadiah? hadiah syurga tuh besar tau. tahap Nabi je boleh dapat syurga. itu pun kerja jadi Nabi bukan senang. nak kene bertentangan dengan arus yang dibawa masyarakat. bila semua orang dok sibuk sembah batu dan patung, ingat senang ke nak suruh diorang tak yah sembah batu. suruh sembah Tuhan yang satu. yang tidak dapat dilihat dengan mata tapi boleh dirasa dengan hati. ingat senang ke, jadi Nabi kena baling dengan batu sampai patah gigi dan kena baling dengan tahi. tapi Allah sayang nabi, jadi dia bagi syurga. Jadi bukan senang nak dapat syurga. kena ada usaha.

berbalik kepada perihal ketaatan kepada 3 perkara itu tadi. ianya tidak semudah yang disangka. sebab tak mudah tulah, bagi sesiapa yang berjaya, Allah kurniakan hadiah sebesar-besarnya iaitu SYURGA. best ke syurga? kalau ada orang tanya soalan cenggini, memang kene soh dia baca Quran dalam versi bahasa yang dia faham. baru tau syurga tuh best ke tak best.

nak dapat benda best, bukan lepak-lepak aje boleh dapat. taat Allah kene ikut perintah dia tinggal larangannya. perintah Allah ada dekat rukun Islam. sembahyang, puasa, zakat, haji. kalau yang selalu dengar ceramah Ustaz Kazim dia kata, orang perempuan nak sembahyang kene pakai anak telekung mak telekung bapak telekung. kalau ke masjid kene bawak anak,pastu anak duduk atas riba waktu tahiyat, panjat belakang waktu sujud. ingat senang ke nak hadapi benda tuh? sebab susah, kalau kita dapat harungi dan kita dapat buat dengan sesempurna mungkin, jadi Allah bagi ganjaran SYURGA. kalau benda tuh sesenang amat, like kelip mata dah selesai, takkan ganjaran sebesar tuh boleh dapat kan. puasa pun sama, dah kalau dari mula bukak mata asik kerja,kerja, kerja dan kena puasa juga memang kena ada ganjaran baru rasa berbaloi. sebab puasa perempuan sebagai ibu atau sebagai anak yang sulung dalam keluarga dia kene masak untuk sahur, kena masak untuk berbuka belum kira kerja lain yang hari-hari dia memang kene buat. basuh kain, cuci tingkap, cuci lantai, pergi pasar dan pergi pejabat. disamping semua kerja tuh dia kekal berpuasa ikut cara dan syariat yang ditetapkan tentulah syurga tempatnya. betul?

taat kepada rasul dengan mengikut ajaran yang dibawanya. lengkap dengan sunnahnyalah. kalau sembahyang memang semua pandai, tetapi menjaga sembahyang di awal waktu seperti sunnah itu ramai yang dapat buat? kalau perempuan harus sibuk dengan segala urusan kekeluargaan itu, dapat pulak solat pada awal waktu, tentu susah kan. tapi kalau dia dapat buat benda susah tuh dengan baik, SYURGA sahaja balasan yang paling layak untuk dia. kalau puasa yang meletihkan tambah pulak urusan lain yang meletihkan, untuk disulam dengan zikir dan Al-Quran mampu dilakukan, memang SYURGA jualah balasan yang setimpal.

taat pada suami. bunyi macam senang. ikut aja cakap suami. kalau disuruh duduk di rumah jangan keluar. kalau disuruh goreng ikan jangan digulai. tapi mudahkah sebenarnya? mudahkah bagi dua insan yang berlainan jantina dan berlainan karekter untuk sama seiya sekata? mudahkah untuk menerima sedangkan wanita itu kadangkala sifatnya bukanlah pasif tetapi kadangkala lebih agresif. kerana tidak mudah itulah, lantas SYURGA adalah imbalan paling besar bagi sesiapa yang berjaya mengharunginya. jikalau tidak masakan burung-burung dan ikan-ikan juga sampai bersungguh-sungguh memohon ampun bagi isteri yang hidup dibawah keredaan suaminya. ingat senang-senang burung dan ikan tuh nak bersungguh-sungguh berdoa kalau bukan kerana mendapat keredaan itu tidaklah semudah ABC? jadi semua itu adalah pendorong dan motivasi , agar kebaikan itu terus menerus dilakukan.


kadangkala ketaatan itu menjadi susah kerana wanita dianugerahkan kekuatan jiwa manakala lelaki mewarisi kekuatan badan. mana mungkin akan berlaku ketaatan bila kekuatan jiwa atau emosi digandingkan dengan kekuatan badan untuk sebuah ketaatan. contoh,
suami: masak nasi aku nak makan sekarang, kalau tidak aku lempang.

bagaimana isteri mahu taat sepenuh hati kalau kekuatan badan suami yang bisa melempang isteri digunakan sebagai arahan yang harus dipatuhi? mungkin jika lebih elok suami datang dengan baik kepada isteri dengan lemah lembut meminta disediakan makanan untuknya. atau, jika suami berdialog begini;

suami: yang, abang rindu nak makan bihun sop 'bodo' yang selalu ayang buat tu..,

dengan diolog yang semacam itu, hati isteri mencair. perkataan rindu, teringin membuat dia rasa dihargai. tak perlu cakap lapar, tak perlu penampar, bangun pagi esok seawal pagi dah siap bihun supnya. silap2 isteri tak tidur lena ingin sediakan juadah yang dirindu suami. jika suami mampu memenangi jiwa isteri dengan baik, tanpa disuruhpun ketaatan akan datang dengan sendirinya. pokok pangkalnya, saling menerima dan bersedia untuk satu sama lain. isteri juga manusia, perlu dihormati bukan diperhamba.

bukan bercakap soal berbuat dengan ikhlas lantas kita tidak mahukan imbalan. macam entri sahabat blogger ini, yang jua bercakap pasal ikhlas dan hak. tetapi terfikirkah kita, dengan imbalan atau motivasi, sesuatu kerja akan dapat dilakukan dengan lebih ikhlas tanpa paksaan. bukan meminta, tapi kalau ada, kita terima. kan...


Tuesday, October 19, 2010

perut mahu kempis?

Beauty is on the eyes of beholder

entri ini ditulis bagi pihak cik ilasya, yang ingin mempromosikan produk pelansingannya iaitu


USA Slimming Soap;


Anda ingin;

- Melangsingkan badan
- Menganjalkan kulit
- Mengurangkan selulit
- Melicin dan melembutkan kulit
- Membersih dan memudarkan tanda hitam kulit
- Memudarkan tanda rekahan (stretch mark) pada perut.
- Membantu mengatasi masalah parut.


Jawapannya....


Slimming & Firming Gel Soap (Sabun Pelangsing Badan) ini dapat membantu mengurangkan selulit di pinggang dan punggung serta membantu menghilangkan rekahan supaya warna kulit kelihatan seragam. Ia sesuai digunakan setiap hari bagi menghilangkan kesan rekahan dan mengecilkan saiz badan.

Ia mengandungi
- Seaweed Extract
- Iny Extract
- Lime Bossom Extract
- Lanolin Oil
- Natural Gel Soap


untuk keterangan lanjut tentang cara penggunaan dan cara mendapatkan produk ini, berhubunglah secara langsung dengan cik ilasya di link ini.

sekian dimaklumkan dan terima kasih

Monday, October 11, 2010

sejarah tenten buat wira

The total history of almost anyone would shock almost everyone
~Mignon McLaughlin,
The Neurotic's Notebook, 1960~

tarikh keramat itu datang lagi. tahun 2010, tentunya tarikh keramat jatuh pada bulan oktober, 10 haribulan. dalam tarikh yang sangat cantik seindah tulisan 101010, macam-macam peristiwa direkodkan. pasti semuanya kekal sebagai sejarah. setahun yang lalu, tarikh tenten ini (10, october) saya menerima ijazah sarjana Educational Psychology, IIUM.

Tahun ini pula, tententen (10 haribulan 10 duaribu 10) melakar sejarah pahit dan manis. ramai melangsungkan perkahwinan, pertunangan, kelahiran dan lain-lain. paling utama dan mendapat highlight media tentulah detik pernikahan 'WIRA angkasa Malaysia' Dato' Sheikh Muszaphar Shukor dengan isterinya Dr. Halina Mohd Yunos. majlis perkahwinan yang disifatkan terunggul ini sudah pastinya menerima jumlah sponsor yang ramai dan hebat. perkahwinan berkonsepkan istana kayangan dihujani liputan meluas semua media cetak dan elektronik. semoga mereka berdua berbahagia hingga ke akhirnya. amiin, dan tahniah!



kredit gambar dari sini

dalam pada masa yang sama, detik paling pahit juga terlakar dalam sejarah tententen ini. satu lagi siri nahas ngeri kemalangan jalanraya yang melibatkan bas ekspress semerah DELIMA meragut 12 nyawa insan-insan tidak bersalah. sejarah dilakar di kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan Simpang Ampat, Melaka dekat dengan Pedas, Negeri Sembilan. sebuah kenderaan myvi merah yang tidak berdosa juga menjadi mangsa kejadian berdarah ini setelah dihimpap oleh bas yang melambung tinggi akibat dipandu laju dari laluan sebelah. kejadian yang sangat menyayat hati ini menggambarkan sifat pemandu yang tidak berhati-hati dan sambil lewa. wahai pemandu-pemandu bas sekalian, sedarlah di bahu anda bukan sahaja tergalas tanggungjawab kerjaya, tetapi juga tergalas nyawa penumpang-penumpang yang dibawa. benarlah, ajal dan maut semuanya sudah sedia tertulis, tetapi dengan sikap hati-hati dan berjaga-jaga, malapetaka boleh dielakkan.


more photos are here

melihatkan keadaan bas dan kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan ini memang mengerikan. bayangkanlah bagaimana kenderaan seberat ini mampu terbang. kalau bukan kerana kelajuan yang melampau, kejadian seperti ini tidak mungkin berlaku. bak kata salah seorang menteri, pemandu di Malaysia memandu ibarat kamikaze, atau berani mati. bila sudah dapat peluang menekan pedal minyak, tiada apa yang difikirkan samaada dari segi risiko atau malapetaka yang bakal dihadapi. pihak berkuasa menekankan pelbagai tindakan untuk mengatasi masalah ini dari berualang, namun semuanya seakan mencurah air di daun keladi apabila kesedaran dari pemandu sendiri tidak kunjung muncul.

takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. kepada pemandu-pemandu, sedarlah dari egomu di jalanan, bangkitlah dari mimpi menjadi jaguh jalanraya. terkorban dan mengorbankan nyawa orang lain bukanlah tanda kau seorang WIRA!.

pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang


Saturday, October 2, 2010

Syurgamu Ramadhan

marah tanda sayang
benci tanda rindu
kalau sayang jangan marah-marah
kalau rindu jangan benci-benci


dah lama tak nangis-nangis dengan sangat. dah lama tak feeling-feeling dengan sangat. baru-baru nih saya jatuh perasaan dengan Syurgamu Ramadhan terbitan Radius One. Okey, saya tahu saya lambat sedang kawan-kawan di tanahair sudah pun awal sebulan dari saya menontonnya. saya baru dok terkedek-kedek dengan tisu dok soksek soksek menonton keseorangan.

bagi saya Syurgamu Ramadhan mempunyai jalan cerita yang biasa-biasa. tapi lakon layar dan skrip dia memang terbaik. bayangkan dari episod satu sampai kelapan, tidak henti-henti slot meruntun jiwa. in fact sampai episod akhir pon air mata sering menjadi teman saya menonton slot-slot drama ini.


drama arahan Shahrulezad Mohamedin yang dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan dan terkenal seperti Elly Suriyati, Ira Syazira dan Aripah Damanhuri ditambah pula dengan pelakon-pelakon handal yang tidak berapa tersohor seperti Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainoordin, Shahar Yaacob, Noryati Taib dan beberapa pelakon kanak-kanak lain, masing-masing memang memainkan watak dengan baik sekali dan menjiwainya satu persatu. Saya menyenaraikan nama mereka bukan kerana mengagungi atau membesarkan cuma sebagai credit kerana tanpa mereka mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh penulis skrip Azlina Pa'wan tidak akan tercapai.

setakat menceritakan tentang perjalanan hidup seorang wanita kaya, yang membuang anak kerana tidak mahu berkahwin dengan pilihannya, kemudian si anak kahwin lari adalah jalan cerita drama biasa. dengan kesudahan yang sangat klise, iaitu berakhir dengan keinsafan diri adalah sama seperti yang sering kali ditayangkan di dada pentas drama. sudah biasa sangat. orang kaya mesti kahwin dengan yang kaya dan setaraf, harta, darjat dan pangkat membuatkan manusia lupa diri, alpa dengan tanggungjawab sebagai isteri dan sebagai ibu dan lupa pada keluarga dek tenggelam dengan kesibukan menguruskan hal dunia.

namun, dari sudut cinematografinya Syurgamu Ramadhan memberi sedikit kelainan. menunjukkan betapa kesabaran dan keikhlasan dapat melembutkan kekerasan hati. yang menunjukkan betapa kekerasan bila dibalas dengan kedegilan membawa kesudahan yang disulami kekesalan. Syurgamu Ramadhan memaparkan bagaimana kekerasan seorang ibu menyebabkan kehilangan seorang anak, dan ketaatan anak kepada ibu menjadi titik tolak kepada perubahan masa hadapan yang menjanjikan terbinanya Syurga di bulan Ramadhan.

siapa kita sekarang adalah kesan daripada didikan pada masa lampau. itu yang di ketengahkan dalam Syurgamu Ramadhan. Anak-anak yang didik dalam kekerasan dan ketidak pedulian ibu bapa memberi impak yang berlainan daripada anak-anak yang membesar hasil didikan penuh iman, dan takwa ibu bapa bersandarkan apa yang tertulis dalam syariat. hati saya sangat tersentuh dengan olahan skrip yang dilontarkan oleh Shahar Ya'kob sebagai Budi, iaitu menantu kepada Ely Suriati dan suami kepada Ira Syazira terhadap anaknya yang meninggikan suara kepadanya hanya kerana dikejutkan untuk sembahyang subuh.

"ayah tahu, tidur tu sedap, nikmat...tapi kamu kene ingat nikmat tuh datang dari Allah...sebagai tanda syukur kita dengan nikmat yang Allah bagi kita kene solat, adanya mak dengan ayah nih pun satu nikmat...selagi kitorang masih hidup patut hormat, jangan jadi anak derhaka...besok kalau Allah tarik balik nikmat nih, time tuh kitorang dah takde, menyesal pon tak guna..."


jawapan atau tindak balas yang jarang sangat di lakukan oleh ibu bapa sekarang bila berhadapan dengan tindakan luar kawal anak-anak. berapa ramai ibu bapa yang mampu bersabar menahan kerenah anak-anak dengan melayani mereka dengan cara yang baik? berapa ramai mampu menangani tindak balas agresif anak-anak dengan cara lemah lembut dan hikmah? susah kan...susah juga untuk kita jumpa ibubapa yang tidak menyebelahi kesalahan yang dilakukan oleh anaknya sendiri apabila bersalahan dengan suami dan keluarga mentua. saksikan babak ini, kalau anda tidak percaya dengan kata-kata saya;



Syurgamu Ramadhan mengundang airmata saya bila mengenangkan kisah 4 beradik yang kehilangan ibu bapa mereka tanpa diduga. betapa kehilangan orang tersayang sebagai tempat perlindungan hidup adalah satu cabaran yang paling besar. dalam usia yang masih belum mengenal erti hidup, mereka terpaksa berdepan dengan nenek yang sepatutnya menjadi pewaris dan penyelamat tetapi menidakkan tanggungjawab itu. betapa kemulian dan keikhlasan hati daripada insan yang suci dari segala dosa (read: kanak-kanak) mampu mencairkan hati nenek yang disifatkan lebih keras dari batu. seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jalan cerita adalah seperti biasa. endingnya, si nenek insaf dengan kesalahan lalu dan jika dia punya kuasa memutarkan waktu, akan dilakukannya supaya kesilapan lampau tidak berlaku pada hari ini. ending is happily ever after.

saya cadangkan kepada rakan-rakan yang belum menonton drama ini untuk tonton supaya mungkin ada iktibar yang akan dan boleh kita garap dari kisah ini. untuk yang ketinggalan (read: sama seperti saya) 15 episod kesemuanya boleh ditonton samada di laman rasmi TV3 atau melalui penyedia video popular You Tube. layan OST (read: Offical Sound Track) Syurgamu Ramadhan nyanyian Azfar :- Akan Ku Jumpa-: dengan slot-slot menarik sekitar drama. Layannnn




sekian,
ilalliqa' maasalamah..