marah tanda sayang
benci tanda rindu
kalau sayang jangan marah-marah
kalau rindu jangan benci-benci
benci tanda rindu
kalau sayang jangan marah-marah
kalau rindu jangan benci-benci
dah lama tak nangis-nangis dengan sangat. dah lama tak feeling-feeling dengan sangat. baru-baru nih saya jatuh perasaan dengan Syurgamu Ramadhan terbitan Radius One. Okey, saya tahu saya lambat sedang kawan-kawan di tanahair sudah pun awal sebulan dari saya menontonnya. saya baru dok terkedek-kedek dengan tisu dok soksek soksek menonton keseorangan.
bagi saya Syurgamu Ramadhan mempunyai jalan cerita yang biasa-biasa. tapi lakon layar dan skrip dia memang terbaik. bayangkan dari episod satu sampai kelapan, tidak henti-henti slot meruntun jiwa. in fact sampai episod akhir pon air mata sering menjadi teman saya menonton slot-slot drama ini.
drama arahan Shahrulezad Mohamedin yang dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan dan terkenal seperti Elly Suriyati, Ira Syazira dan Aripah Damanhuri ditambah pula dengan pelakon-pelakon handal yang tidak berapa tersohor seperti Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainoordin, Shahar Yaacob, Noryati Taib dan beberapa pelakon kanak-kanak lain, masing-masing memang memainkan watak dengan baik sekali dan menjiwainya satu persatu. Saya menyenaraikan nama mereka bukan kerana mengagungi atau membesarkan cuma sebagai credit kerana tanpa mereka mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh penulis skrip Azlina Pa'wan tidak akan tercapai.
setakat menceritakan tentang perjalanan hidup seorang wanita kaya, yang membuang anak kerana tidak mahu berkahwin dengan pilihannya, kemudian si anak kahwin lari adalah jalan cerita drama biasa. dengan kesudahan yang sangat klise, iaitu berakhir dengan keinsafan diri adalah sama seperti yang sering kali ditayangkan di dada pentas drama. sudah biasa sangat. orang kaya mesti kahwin dengan yang kaya dan setaraf, harta, darjat dan pangkat membuatkan manusia lupa diri, alpa dengan tanggungjawab sebagai isteri dan sebagai ibu dan lupa pada keluarga dek tenggelam dengan kesibukan menguruskan hal dunia.
namun, dari sudut cinematografinya Syurgamu Ramadhan memberi sedikit kelainan. menunjukkan betapa kesabaran dan keikhlasan dapat melembutkan kekerasan hati. yang menunjukkan betapa kekerasan bila dibalas dengan kedegilan membawa kesudahan yang disulami kekesalan. Syurgamu Ramadhan memaparkan bagaimana kekerasan seorang ibu menyebabkan kehilangan seorang anak, dan ketaatan anak kepada ibu menjadi titik tolak kepada perubahan masa hadapan yang menjanjikan terbinanya Syurga di bulan Ramadhan.
siapa kita sekarang adalah kesan daripada didikan pada masa lampau. itu yang di ketengahkan dalam Syurgamu Ramadhan. Anak-anak yang didik dalam kekerasan dan ketidak pedulian ibu bapa memberi impak yang berlainan daripada anak-anak yang membesar hasil didikan penuh iman, dan takwa ibu bapa bersandarkan apa yang tertulis dalam syariat. hati saya sangat tersentuh dengan olahan skrip yang dilontarkan oleh Shahar Ya'kob sebagai Budi, iaitu menantu kepada Ely Suriati dan suami kepada Ira Syazira terhadap anaknya yang meninggikan suara kepadanya hanya kerana dikejutkan untuk sembahyang subuh.
"ayah tahu, tidur tu sedap, nikmat...tapi kamu kene ingat nikmat tuh datang dari Allah...sebagai tanda syukur kita dengan nikmat yang Allah bagi kita kene solat, adanya mak dengan ayah nih pun satu nikmat...selagi kitorang masih hidup patut hormat, jangan jadi anak derhaka...besok kalau Allah tarik balik nikmat nih, time tuh kitorang dah takde, menyesal pon tak guna..."
jawapan atau tindak balas yang jarang sangat di lakukan oleh ibu bapa sekarang bila berhadapan dengan tindakan luar kawal anak-anak. berapa ramai ibu bapa yang mampu bersabar menahan kerenah anak-anak dengan melayani mereka dengan cara yang baik? berapa ramai mampu menangani tindak balas agresif anak-anak dengan cara lemah lembut dan hikmah? susah kan...susah juga untuk kita jumpa ibubapa yang tidak menyebelahi kesalahan yang dilakukan oleh anaknya sendiri apabila bersalahan dengan suami dan keluarga mentua. saksikan babak ini, kalau anda tidak percaya dengan kata-kata saya;
Syurgamu Ramadhan mengundang airmata saya bila mengenangkan kisah 4 beradik yang kehilangan ibu bapa mereka tanpa diduga. betapa kehilangan orang tersayang sebagai tempat perlindungan hidup adalah satu cabaran yang paling besar. dalam usia yang masih belum mengenal erti hidup, mereka terpaksa berdepan dengan nenek yang sepatutnya menjadi pewaris dan penyelamat tetapi menidakkan tanggungjawab itu. betapa kemulian dan keikhlasan hati daripada insan yang suci dari segala dosa (read: kanak-kanak) mampu mencairkan hati nenek yang disifatkan lebih keras dari batu. seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jalan cerita adalah seperti biasa. endingnya, si nenek insaf dengan kesalahan lalu dan jika dia punya kuasa memutarkan waktu, akan dilakukannya supaya kesilapan lampau tidak berlaku pada hari ini. ending is happily ever after.
saya cadangkan kepada rakan-rakan yang belum menonton drama ini untuk tonton supaya mungkin ada iktibar yang akan dan boleh kita garap dari kisah ini. untuk yang ketinggalan (read: sama seperti saya) 15 episod kesemuanya boleh ditonton samada di laman rasmi TV3 atau melalui penyedia video popular You Tube. layan OST (read: Offical Sound Track) Syurgamu Ramadhan nyanyian Azfar :- Akan Ku Jumpa-: dengan slot-slot menarik sekitar drama. Layannnn
sekian,
ilalliqa' maasalamah..
ilalliqa' maasalamah..
3 comments:
cite ni mmng best..tapi ending dia tak dan nk tgk sbb malam raye tu diorg wat 2 jam direct..huhu..dgr kawan cite jea setelah pulang semula ke kedah..
ilasya:tengok kat utube aaa, kompon sedih..sian aku dok bersedih-sedihan nengok cerita nih seorang diri..pastu g beraya umah orang, orang ingat aku br bgn tdo sebab mata merah muka sembap..uhuhu
kurang kesempatan weyh..huhu
Post a Comment