::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, October 11, 2010

sejarah tenten buat wira

The total history of almost anyone would shock almost everyone
~Mignon McLaughlin,
The Neurotic's Notebook, 1960~

tarikh keramat itu datang lagi. tahun 2010, tentunya tarikh keramat jatuh pada bulan oktober, 10 haribulan. dalam tarikh yang sangat cantik seindah tulisan 101010, macam-macam peristiwa direkodkan. pasti semuanya kekal sebagai sejarah. setahun yang lalu, tarikh tenten ini (10, october) saya menerima ijazah sarjana Educational Psychology, IIUM.

Tahun ini pula, tententen (10 haribulan 10 duaribu 10) melakar sejarah pahit dan manis. ramai melangsungkan perkahwinan, pertunangan, kelahiran dan lain-lain. paling utama dan mendapat highlight media tentulah detik pernikahan 'WIRA angkasa Malaysia' Dato' Sheikh Muszaphar Shukor dengan isterinya Dr. Halina Mohd Yunos. majlis perkahwinan yang disifatkan terunggul ini sudah pastinya menerima jumlah sponsor yang ramai dan hebat. perkahwinan berkonsepkan istana kayangan dihujani liputan meluas semua media cetak dan elektronik. semoga mereka berdua berbahagia hingga ke akhirnya. amiin, dan tahniah!



kredit gambar dari sini

dalam pada masa yang sama, detik paling pahit juga terlakar dalam sejarah tententen ini. satu lagi siri nahas ngeri kemalangan jalanraya yang melibatkan bas ekspress semerah DELIMA meragut 12 nyawa insan-insan tidak bersalah. sejarah dilakar di kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan Simpang Ampat, Melaka dekat dengan Pedas, Negeri Sembilan. sebuah kenderaan myvi merah yang tidak berdosa juga menjadi mangsa kejadian berdarah ini setelah dihimpap oleh bas yang melambung tinggi akibat dipandu laju dari laluan sebelah. kejadian yang sangat menyayat hati ini menggambarkan sifat pemandu yang tidak berhati-hati dan sambil lewa. wahai pemandu-pemandu bas sekalian, sedarlah di bahu anda bukan sahaja tergalas tanggungjawab kerjaya, tetapi juga tergalas nyawa penumpang-penumpang yang dibawa. benarlah, ajal dan maut semuanya sudah sedia tertulis, tetapi dengan sikap hati-hati dan berjaga-jaga, malapetaka boleh dielakkan.


more photos are here

melihatkan keadaan bas dan kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan ini memang mengerikan. bayangkanlah bagaimana kenderaan seberat ini mampu terbang. kalau bukan kerana kelajuan yang melampau, kejadian seperti ini tidak mungkin berlaku. bak kata salah seorang menteri, pemandu di Malaysia memandu ibarat kamikaze, atau berani mati. bila sudah dapat peluang menekan pedal minyak, tiada apa yang difikirkan samaada dari segi risiko atau malapetaka yang bakal dihadapi. pihak berkuasa menekankan pelbagai tindakan untuk mengatasi masalah ini dari berualang, namun semuanya seakan mencurah air di daun keladi apabila kesedaran dari pemandu sendiri tidak kunjung muncul.

takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. kepada pemandu-pemandu, sedarlah dari egomu di jalanan, bangkitlah dari mimpi menjadi jaguh jalanraya. terkorban dan mengorbankan nyawa orang lain bukanlah tanda kau seorang WIRA!.

pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang


No comments: