::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, September 27, 2010

tin dan peach

demi buah tin dan zaitun
(at-tin, 1)

sesungguhnya Allah telah bersumpah dengan buah Tin dan Zaitun. pernah tengok buah Tin? hello kawan-kawan, bukan buah dalam tin ya, saya tanya buah Tin yang Allah sebutkan dalam surah At-tin itu. buah dalam tin memang ade berlambak kat pasaraya. okey, presenting buah Tin yang maha berkat.

tin (kehitamcoklatan) dan peach (keorenmerahan)

pertama kali saya jumpa dua jenis buah ini secara langsung depan mata. janganlah gelakkan saya tak pernah tengok buah peach dan tin ini. nak buat camna kan, kat negara saya buah peach tak ditanam secara meluas. hanya ditanam dalam tin sahaja. hohoh. buah Tin nih pun bukanlah buahan tempatan negara saya, sekali pun rupanya hitam si tampuk manggis, tapi ianya bukan buah manggis.

peach dan tin in action

terima kasihlah kepada jiran saya yang menyedekahkan dua jenis buah ini kepada kami. hilanglah sudah kejakunan kami terhadap dua jenis buah ini. seraya mendapat buah tangan dari jiran yang baik hati ini, saya tanpa segan silu bertanya, buah apa ini? kemudian dia menjelaskan inilah buah peach dan buah tin. hehe, malu seh...

half cut

selepas bedah siasat, barulah saya tahu buah peach ada biji, kulit luarnya sedikit berbulu halus. buah tin pula berserat, mempunyai unsur bijian sebagai isi dan rupanya seakan keratan rentas buah pinggang. ohoh.

hirisan menyelerakan

rasanya, sedaaap. hmm yummeh, peach rasa seakan macam mangga lemak, manis dan masam. tin sedikit masam dan tawar. tapi menurut jiran saya tin yang ini tidak berapa enak. barangkali kalau tin yang benar-benar sedap, saya percaya rasanya mungkin lebih manis.



antara fakta

buah tin
  • adalah buahan berkat yang menjadi sumpah di dalam Alquran
  • sejenis buah berakali yang khasiatnya menghilangkan asid dalam tubuh badan
  • boleh mengubati luka dengan cara melumuri isi buah ke atas luka
  • mempunyai unsur-unsur karbohidrat, protein, kalsium, fosfor, zat besi, magnesium, fosfat,asam malic dan nicotinic
  • dapat merangsang pembentukan hemoglobin darah (sesuai untuk penyakit anemia) dan kadar glukosa yang tinggi.

buah peach
  • memiliki kandungan Alpha Hidroy Acid (AHA) yang cukup tinggi.
  • boleh digunakan sebagai masker. Caranya, ambil satu biji buah peach, harcurkan isinya, dan campur dengan madu. Oleskan pada wajah/badan, biar selama 15 minit, dan bilas. dalam masa sebulan jika diamalkan kulit akan memancarkan sinarnya.
  • memiliki kadar anti oksidan yang tinggi.
  • menurut sebuah kajian yang dijalankan di China, memakan buah peach secara konsisten mampu menghalang pertumbuhan kanser payudara.
sekian,
ilalliqa' maasalamah

Sunday, September 19, 2010

Riang Ria Raya Riyadh

baca entry ini sambil layan lagu saloma; selamat hari raya....lalala

Selamat aidilfitri

Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini


[hari raya kedua, us joined with jiran sebelah for open house]


Di masa bulan Remdan

Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

[antara tetamu yang hadir]


Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

[k.ita's n k.faeda's family]


Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong


[hidangan rumah terbuka kami, semuanya ada dari masakan melayu; ketupat dan lemang, hingga masakan arab; nasi maqlubah]


Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

[hari raya ketiga @ amera n muhammad's place]
hidangan istimewa dari 'indonesian island'


Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan


[hari raya keenam @ k.jeni's n a. rizal's place, a joined rumah terbuka with kak nur]
mee rebus ada, laksa sarawak ada, nasi beriani gam pun ade..hmm yummmeh!

p/s: tiada dalam gambar :-hari raya ketujuh @ kediaman lia dan hafiz, hari raya kelapan @ k.ita's n a.amir's place again, with gulai tempoyak and asam pedas. terkini hari raya kesepuluh @ k.rahimah n a. fauzi pula....

Selamat hari raya !

Saturday, September 18, 2010

Riang Ria Raya hari pertama

dalam dingin subuh hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
bergema takbir raya menitis airmata
terkenang suasana permai desa

hati sayu saat di rumah sebelum keluar solat. mendapat siaran langsung rancangan tanahair, membuat hati sayu mendengar laungan takbir hari raya. barulah terkenang kampung halaman dan sanak saudara. timing elok pulak baik punya, kami keluar solat hari raya jam 5.20pagi di tanahair sedang ngam-ngam selesai solat jam 10.00 pagi.


[suasana solat hari raya]

jemaah sungguh ramai dan penuh. banyak bezanya dengan suasana solat di tempat kita. tiada takbir mendayu secara beramai-ramai. tiada imam beritahu kaifiyat solat yang hanya dilakukan 2 kali setahun. tapi ada disediakan kaunter 'gahwa' (read: kopi) dan air minum serta kurma dalam masjid. tiada sebarang pemberitahuan apabila solat dimulakan. tiba-tiba sahaja bermula dan tamat. tiada khutbah dalam bahasa yang difahami; bahasa melayu.

pulang dari solat hari raya, terus menerpa jaringan maya. ramai yang sedang menunggu di seberang laut sana.


[foto saya ketik melalui snapshot skype]

walaupun gambarannya tidak jelas, namun sudah cukup membuat hati rasa girang. walau jauh beribu batu teknologi menghubungkan kita. dengan teknologi juga, dapat saya rasai kemeriahan sanak saudara berhari raya setelah melihat paparan gambar2 yang dihantar melalui laman sosial buku muka.


Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia


[gambar family dahulu, eceh family]

baju masih sama dengan tahun lepas. ihsan angles. tahun nih angles pakai english cotton, saya tiada english coton yang sama macam mereka,uhuhu:(

saya kira, sambutan di sini tidak segembira di tanah air. walaupun pada awalnya, saya sudah berduka lara bersedihan tidak dapat beraya bersama keluarga, namun takdir Allah menentukan segala yang saya gambarkan adalah tidak benar sama sekali. kami di sini juga sangat gembira dengan aturan jemputan rumah terbuka, makan-makan yang menyenangkan dan aktiviti yang disediakan pihak bandaran sepanjang tiga hari berturut-turut.


[bersama tetamu utama di kediaman saya]

sis EZA lecturer @ King Saud Univ yang juga berhari raya buat kali pertama jauh dari keluarga dan sanak saudara. sleepover for 3 days @ my place.


Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

selesai beraya di rumah jiran sebelah rumah, kami meneruskan perjalanan ke rumah sahabat lain pula yang sama-sama beraya di perantauan.


[k.ita's n a. amir's place]

kuih raya ada, laksa ada, nasi tomato ada, lontong ada, lemang ada dan pelbagai lagi hidangan yang menambah kalori. tapi semua best. paling best kawan-kawan yang ramai juga ada.

next,


[k. tetty's n tn. irman's place]
they are brunei-ians. juga sambut hari raya sama macam kita. bukan setakat ada makanan yang sangat enak dan sedap-sedap, sahabat dari negara asean lain dari singapura dan filipina juga ada.

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya



[aktiviti malam; pertunjukan bunga api
]
tepat jam 10.00 malam, tiga hari berturut-turut bermula hari raya pertama hingga ketiga. 10 minit masa pertunjukan sangat memuaskan hati. berdentam dentum memang kelas fireworks dia.

[aktiviti malam; persembahan seni dan kebudayaan]

sekian dulu catatan hari raya pertama. akan menyusul lagi laporan aturan hari raya untuk hari seterusnya.
sangat meriah dan menggembirakan. yahhhhu!!



Tuesday, September 7, 2010

salam aidilfitri

Hiasi diri indah riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa sesuci lebaran
Agar sempurna amalan berdoalah insan
Di pagi raya moga-moga terampun dosa




dari kami, ikhlas di perantauan :)

Monday, September 6, 2010

Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Di Aidilfitri, di Aidilfitri...


Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda (Raihan feat. Hujan)



sedih pulak bila tengok video klip nih. rasa rindu nak beraya di kampung halaman semakin menebal tambah pulak raya kat sini tak seperti yang diharapkan. hanya doa yang dipohonkan agar hati tetap terus tabah.

,

Sayu… hati ini makin sayup
Rindu… terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah


Sunday, September 5, 2010

menjelang

berhati-hati di jalan raya
semoga anda selamat tiba

kawan-kawan di 'buku muka' ramai yang memberitakan masing-masing sudah pulang ke kampung halaman. rakan-rakan seperjuangan di sini juga, ramai yang sudah pulang. tidak kurang juga, beberapa insan favourite juga sudah pulang 'for good' (read: pulang terus dan tidak kembali lagi ke tanah bukan tumpahnya darahku ini) uhuhu, sedih :(

ramai dah yang mengucapkan salam lebaran. rancangan siaran tv Malaysia pun dah start nyanyi lagu raya. kisah animasi bibliography prophet Muhammad pun sudah sampai penghujung, petanda minggu depan tiada lagi siri kisah perjuangan Rasul menemani setiap hujung minggu lepas sahur. sedih dengar khutbah wida' Nabi, mendengar pesan-pesan Nabi sebelum beliau wafat. banyak dah pesan tuh semakin diabaikan..astaghfirullah.

tarikh hari kemenangan di sini telah diberitakan. insyaAllah, 10 September nanti. jadi, kemungkinan besar tahun ini ibadah puasa disempurnakan dengan bilangan 30 hari. namun, belum rasmi lagi. ape-ape hal pun kene tunggu pengumuman rasmi dari Raja jugaklah.

klik di sini untuk berita penuh

regarding to memeriahkan sambutan lebaran di sini masih lagi dalam perancangan. cadangnya amalan ziarah menziarah macam yang biasanya dijalankan akan diteruskan di sini bersama rakan-rakan senegara yang senasib dengan saya di sini. supprisingly, pihak kerajaan tempatan juga ada menyediakan senarai aktiviti yang dirancang sepanjang Aidilfitri nanti. macam tahu-tahu aje we will be the very bosan kat sini kan. di atas kertas kelihatan seperti menarik, secara realitinya belum tentu. event nye ada folk show, traditional art performance and fireworks. ada jugak event khas untuk wanita sahaja. tapi dengan keadaan kami berdua yang berlainan jantina nih, takkan saya nak pergi event tuh alone. tak best lah. anyhow, just wait and see.

berita penuh di sini

seterusnya, selamat menyambut hari kemenangan ini sebagai orang yang menang. menang dalam konteks berjaya menahan hawa nafsu, menang menundukkan raja besar dalam diri yang sekian lama merajai diri.

sekian,
ilalliqa' massalamah