::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, June 18, 2010

terputus bekalan

Deep summer is when laziness finds respectability
~Sam Keen


antara terputus bekalan elektrik dengan terputus bekalan air, mana lebih mensengsarakan? dahulu, kalau di malaysia saya kira, tidak mengapa lah setakat keputusan bekalan elektrik, jangan putus bekalan air. andai tiada bekalan elektrik jika di siang hari kita masih mampu melihat dalam terang mentari, kalau di malam hari boleh melihat dengan terang lilin atau pelita. jika tiada air, bagaimana mahu mandi, minum, berwudhuk dan bersuci?

tetapi pada hari ini, persepsi saya sudah berubah. berada di tanah gersang yang sangat kering ini, keputusan bekalan elektrik sangat mensengsarakan. walaupun saya masih mampu melihat dalam terang siang atau dalam gelap malam tanpa bekalan cahaya lampu, namun saya tidak dapat bertahan dalam keadaan berbahang kepanasan ini. al-kisahnya seawal jam 6.30 pagi yang sebenarnya tak awal sangat sebab subuh dah masuk jam 3.30 pagi, tiba-tiba sedang saya enak dibuai mimpi tidur di hujung minggu pendingin hawa di bilik tidur terpadam secara tiba-tiba.

amat jarang berlaku keputusan bekalan elektrik di sini. selepas memeriksa punca elektrik saya dapati semuanya masih seperti keadaan asal. sahlah bekalan elektrik terputus melibatkan kawasan sekitar. ya, mungkin ianya berlaku supaya saya bangkit awal, tetapi dalam keadaan jaga juga saya tidak selesa. untuk rekod, pendingin hawa sewaktu musim panas ini sangat berguna bagi menghalang bahang panas yang membakar diri walaupun di dalam bangunan binaan batu. kalau lah ada rumah binaan kayu di sini, rasanya hanguslah manusia di dalamnya. sudahnya, lenguhlah tangan saya mengipas diri sendiri dengan kertas untuk sedikit keselesaan diri.

mujurlah, ianya tidak berlarutan lama. hanya setengah jam sahaja. saya tahu panas dunia nih hanya sedikit cuma berbanding neraka. cuma mahu bercerita keadaan cuaca musim panas di sini. jika anda di negara panas yang lembap di sana rasa sungguh malang, ingatlah ada yang lebih malang dari anda. berada dalam keadaan panas membahang seperti haba ketuhar pembakar, tanpa alat pendingin hawa adalah sangat merengsakan. jika sesekali ingin menghilangkan rasa panas dengan mandi (sepertimana yang biasa saya lakukan di tanah air), adalah sesuatu yang merugikan jika dilakukan di sini. ini kerana air juga adalah panas, manakah mahu datangnya kesejukan?

owh, cukup dulu saya mengeluh atas perkara yang sangat remeh ini. lebih baik kita fikirkan betapa sengsaranya sahabat di Palestin, Iraq dan negara islam lainnya. banyakkan beristighfar dan muhasabah diri. segalanya yang berlaku terkandung hikmahnya tersendiri. percayalah.....

ilaliqa' maasalamah

2 comments:

rimbun said...

camna ler kalau takde a-cond eks... huhu kalau kat sini tak semua org mampu ber a-cond nii

ila nursalida said...

k.mila: rumah2 kat sini culturally mmg takde kipas. so sume pakai ekon. agaknya ekon lebih sesuai untuk semua dan jadi eset mampu milik macam kipas kat msia...kalau musim dah terlampau panas cam skarang mmg wajiblah on itu ekon...