::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, June 5, 2010

berhujung minggu

No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow ~Lin Yutang

di hujung minggu yang hening, sang suami mengajak sang isteri menikmati pemandangan indah di belakang rumah. walaupun ianya sedekat belakang rumah, namun tidaklah mampu kami sampai kepadanya dengan hanya berjalan kaki. dengan cuaca yang berhaba panas sekarang nih dan coordinatenya yang boleh menyebabkan lenguh berjalan, jadi kami pergi dengan menaiki kereta.


lokasinya ialah di Wadi Hanifah. wadi adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud lembah. sekalipun kawasan ini adalah lembah tetapi di sebabkan keadaan cuaca yang kering dan panas di negara ini, airnya telah pun tiada. kering kontang. kawasan ini ialah kota lama Riyadh yang telah dibangunkan semula untuk tujuan pelancongan.

memula masuk, kami disajikan dengan pemandangan barisan pokok kebangsaan Arab Saudi ini. lebih mesra dipanggil pokok tamar. di tanam secara berbaris di kiri dan kanan laluan sekitar kawasan wadi ini. yang masih kuncup itu, ialah pokok yang masih baru di tanam.


signage memberi makna 'Dilarang Masuk' ke kawasan kebun tanaman tamar. tidak pula saya ketahui milik siapakah hati ini kebun ini.


jurugambar telah meng'anaktiri'kan saya sebagai model asal gambar ini. lantas objek saya tidak menjadi fokus utama akan tetapi batuan dan pohon tamar sebagai ganti.



seperti sebelumnya, objek manusia di situ tidak menjadi fokus sebenar gambar

saddu bermakna empangan. sila abaikan tulisan pencemaran di bawah tanda nama empangan Wadi Hanifah tersebut.







model berefek baju kembung menyebabkan ianya kelihatan seperti expecting a baby. not yet yer kawan-kawan. masih dalam usaha, dan akan dimaklumkan kemudian. mahu lihat gambar lagi sila klik di sini.

sekian, sampai nanti kita jumpa lagi
ilalliqa' maasalamah.


5 comments:

Asma' Ahmad said...

hehihihi.. suke baca the way akak write kali ni.. ishy, nape tak balas dendam kasik abg din pulak bukan objek utama >;)

ila nursalida said...

asma': teknik mengenepikan manusia sebagai objek utama hanya dia yang punya..jadi tak mahu tirulaaa..ngee

rimbun said...

mesti ker pakai jubah hitam kat sana eks? pakai seluar trek bole tak :-p

ila nursalida said...

kak mila: jubah hitam a.k.a abaya is the must kalau kuar kat sini

Dave said...

Great Pics, never seen Saudi before!