::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, June 23, 2010

kesian, kasihan

There is no surprise more magical than the surprise of being loved. It is God's finger on man's shoulder. ~Charles Morgan

sayang hari-hari. cinta tiap masa. kasih tiap ketika. gaduh selalu. tapi berjauhan sekejap pun rindu. ini perasaan,anugerah tuhan. bila rasa cinta itu hadir, tak tahu nak cerita seperti apa.

sejak di tempat baru, saya layan tv1. itu aja channel pengubat rindu tanahair. setiap hari rabu pukul 2 petang ada rancangan sehati sejiwa dihoskan oleh misha omar. rancangan ini adalah kisah pasangan selebriti. ada sekali yang terkesan di jiwa saya pasangan zami ismail (pak uda pi mai pi mai tang tu) dan isteri. ditanya tentang rahsia rumah tangga, beliau menjawab yang pentingnya ialah rasa kasihan atau kata orang kesian. pada mulanya saya kira rasa cinta dengan kesian tidak boleh disatukan. it's totally different. tapi ulasan zami ada benarnya.

menurut beliau, dalam rumahtangga atau apa-apa perhubungan tidak boleh lari dari rasa kesian. contoh, si isteri berasa kesian melihat suami kepenatan pulang mencari rezeki lantas diberi layanan yang baik di rumah. diberi minum dan dijaga makan serta pakainya. kemas rumah cantik2 dan hias diri elok2, supaya suami tenang dan hilang lelahnya. si suami pula kesiankan isteri yang menunggu lama keseorangan di rumah (kalau takda anak-anak) pulang segera dari tempat kerja dan kurangkan aktiviti lepak kedai kopi dengan kawan-kawan. bermula dari rasa kesian, natijahnya harmoni rumah tangga disulam dengan kasih, sayang dan cinta setiap hari. kesian kan anak, ibu bapa sanggup susah payah kerja hingga larut malam. sebab kerana kesian, ibu besarkan anak yang lahir kecil ditatang bagai minyak penuh. kalau dia tak kesian sudah pasti lepas lahir, dipicit hidungnya atau masuk dalam plastik dan gantung kat pagar surau atau biar tepi tong sampah kene gigit semut. kesiankan ibu bapa yang kepenatan, anak-anak membantu uruskan hal ehwal rumah. bukankah harmoni bila ahli keluarga semuanya saling tolong menolong dan bantu membantu. bermula dengan dasar kasihan. saling berkorban, tetapi tiada yang terkorban. indahkan.

orang kata, cinta itu buta. cinta itu indah segalanya. kerana cinta ramai yang terkandas dalam tuntutan nafsu dan dosa. kerana cinta ramai yang berpisah bila cinta itu tiada. kerana cinta tinggalkan ibu bapa kerana si dia. buang adik beradik buang saudara kerana cintakan dia. tapi kalau dalam cinta ada rasa kesian, sanggupkah ketepikan keluarga dan saudara hanya kerana cinta? tidak kesiankankah kepada ibu bapa yang membesarkan kita tiada hentinya? antara cinta dan kesian, mana lebih utama?

ilalliqa' maasalamah.


4 comments:

Asma’ AB said...

so true kak ila =') org pun dulu rs cinta berdasarkan kesian ni takkan menjadi. tapi bile bc ni. kuasa Allah siapa yang tau kan? kalau ad cinta yang bermula dengan benci, tak mustahil cinta akan berputik dengan kesian. huhu. bile la nk rs indahnya cinta ni. T.T

ila nursalida said...

asma': kalau nak ikut contoh yang diberi, kesian lebih besar dari cinta..cinta tuh buta, sanggup tinggalkan mak bapak kerana cinta. tapi kalau kesian tu ada, tak sanggup wat cantu kat mak bapak kita kan

Asma’ AB said...

ya Allah betul la kak ila. huhu~ cinta smpai tinggal mak bapak tu, dsarnya nafsu. tapi kesian; itu perasaan yang memang telus :)

ila nursalida said...

asma': kan..sebelum nih macam tak perasan lak