I love my father as the stars
he's a bright shining example and a happy twinkling in my heart
~Adabella Radici
he's a bright shining example and a happy twinkling in my heart
~Adabella Radici
entah bilalah anak buah saya yang sorang dan utama itu nak pandai bercakap? kalaulah dia dah pandai cakap nanti dan tanya ngan mak ngah yang mengarut2, a.k.a sampai mak ngah pun takleh jawab, mak ngah cuma akan kata
mak ngah dah hampir 28 tahun dah hidup...dah lama dah. nanti bila dhiya' dah besar dhiya' akan tau semua tuh..sabar, sabar...
hehe, bentuk soalan adalah dirahsiakan. atau dalam kata lain masih belum tahu apakah bentuk soalan kepada jawapan tersebut, kerana anak buah saya si dhiya' attaimy tuh masih pun belum bercakap walaupun sudahpun lebih setahun berusia dari adiknya yang baru berusia 3 bulan itu.
kalau bercakap dengan dhiya' bolehlah saya kata, saya nih dalah lama hidup. tapi cuba kalau bandingkan dengan atuk atau abah dan ibu saya, tentulah i am far way less in count of my lifetime period kan. eheh, sekalipun dari segi nombor macam sudah agak tua saya ini, tapi dari segi pengalaman saya agak cetek pengalaman. ya, saya mengakui pengalaman saya sangatlah cetek. mungkin ini hikmahnya saya terdampar di bumi bertuah ini, untuk mengumpul sebanyak2nya pengalaman barangkali.
kenapa saya rasa pengalaman saya sangat kurang? mungkin juga saya sedang selalu di zon selesa selama ini. jadi dengan zon selesa yang didiami, pengalaman kurang hadir. semuanya adalah rutin dan selamat seadanya. saya belum berpengalaman bekerja sepenuh masa. cuma saya biasa dengan kerja separuh masa, itu pun di bidang akademik. owh ya, sepanjang kehidupan ini saya banyak menghabiskan masa di bidang akademik sahaja secara formal. uhuh, tapi saya bukanlah orang bijaksana. cuma bijak kat sini jer sedikit. ngeee..
saya kurang pengalaman dalam bergaul dengan ramai orang. pengalaman saya cuma sesama rakan sekuliah. saya tidak ada rakan tempat kerja. saya tidak tahu politik orang berkerjaya. saya cuma tahu politik rakan kuliah. saya tidak tahu agenda orang dewasa. saya cuma tahu agenda teman-teman sekuliah. saya nih ibarat kanak-kanak otak suci agaknya. impaknya, saya kurang selesa dengan orang yang suka bangga diri atau kata lainnya bongkak (bukan maknanya kawan sekuliah saya tiada yang bangga diri, ada... tapi cuma mereka lain seedikit). bongkak dari segi dia pandai semuanya, dia tahu segalanya. bercakap yang tidak mengenal erti sensitiviti, berbuat sesuatu mengikut sesuka hati lantas menyusahkan orang lain. i am sick of those people tau!
saya ini pula dalam keadaan sebegini seringlah rasa lemah diri. kekuatan menghadapi mehnah manusia nih agak tipis setipisnya. saya ini kurang pengalaman bercampur gaul dengan macam ragam peel manusia. alangkah indahnnya jika kini saya berada dekat dengan abah, dekat dengan itam dan dekat dengan atuk. mereka ini lelaki2 dalam hidup saya yang mampu buat saya tabah. saya rindukan nasihat bernas abah, saya rindukan pelukan kasih itam. saya juga rindukan belas nasihat atuk. setiap nasihat dari abah pasti akan saya ingat dan biasanya akan jadi buah bekalan kehidupan.
saya syukur masih punya abah walau dari kejauhan. sampai masa nanti, saya akan pulang jua mengumpul kembali semua kekuatan darinya. saya syukur juga Allah pinjamkan saya lagi untuk insan bergelar abah. tempat bergantung rasa kasih, tempat menggapai saat diri rasa lemah. takziah saya ucapkan buat sahabat saya yang saya anggap adik, Saidatul Akma Suberi a.k.a Kema yang kehilangan ayahanda tercintanya minggu lalu akibat brain tumor. doa saya adinda Kema dan keluarga tabah hendaknya. saya dari kejauhan hanya mampu mengiring doa. sesungguhnya, saya percaya Allah cuma menguji hambanya setaraf dengan tahap kemampuan mereka. lantas, saya juga percaya Kema dan family mampu menghadapi hari muka dengan lebih tabah walau tanpa insan tersayang disisi.
tabah ye dik!
[empat lelaki-lelaki hebat dalam hidup]
Ya Tuhanku, terima kasih kerana telah pinjamkan abah selama hampir 28 tahun kehidupan ini. dengan penuh rendah diri saya pohon kepada Allah, pinjamkan abah, itam, atuk dan lelaki-lelaki hebat dalam hidup saya untuk sepanjang tempoh kehidupan saya. saya mintak simpang dan jauh dari punyai perasaan untuk membuang seorang insan bernama abah dari hidup saya seperti yang tegar dilakukan oleh pemuda dari Kangar. baca berita penuh di sini. si pemuda sangat sampai hati membuang bapa yang memelihara dan mebesarkan dari kecil hingga dewasa semata-mata dengan alasan tidak serasi tinggal dengannya. tidakkah dia tahu, bak kata Ruth E. Renkel sometimes the poorest man leaves his children the richest inheritance. tidak kiralah apa inheritance itu, walaupun mungkin bukan material yang boleh dikira dengan jari dan dilihat dengan mata, tapi jasanya membesarkan kita adalah warisan yang tak terhingga kan.
ya Allah, jauhilah aku dari sifat mazmumah tersebut. Ameeen, ya rabbal 'alamin....
ilalliqa'maasalamah
ilalliqa'maasalamah
No comments:
Post a Comment