Fun I love, but too much fun is of all things the most loathsome
Mirth is better than fun, and happiness is better than mirth
~Thomas Carlyle

2010 mungkin menjanjikan sesuatu yang lebih berlainan. buat yang lahir pada kelahiran 1982, 2010 memberi makna kurang lagi dua tahun akan menjenguk lebih kurang separuh usia kehidupan junjungan besar Muhammad SAW. apa yang telah kita lakukan sepanjang penghidupan ini, adakah timbangannya berat yang ke kanan atau ke kiri?
bagi diri saya, 2010 bermula episod paling mencabar dalam hidup. mengembara ke rantau orang jauh dari sahabat handai dan jauh dari belaian keluarga. sungguhpun kadangkala getirnya terasa, namun kegagahan diri menjadi penggerak untuk terus tabah menghadapi hari muka. biasalah, memang sedikit terasa sukarnya keluar dari zon bebas yang telah dinikmati sekian lama. dengan harapnya moga-moga pengalaman yang mencabar ini bisa mematangkan lagi jiwa dan memantapkan lagi jati diri.
seiring dengan peningkatan umur, hendaknya peningkatan kematangan juga bertambah seadanya. persis anak kecil yang mula belajar berjalan, begitulah diri saya diumpakan. seringkali terjatuh, mula menangis kerana lutut terluka. namun selepas tangan dicapai untuk bangun, luka diubati dan dirangkul erat saya kembali tersenyum dan berjalan kembali. pada permulaannya saya berjalan dengan tatih perlahan, kemudiannya berjalan tanpa bantuan dan akhirnya saya berlari dan kadangkala menari riang.
kini, saya alami semula alam itu namun dalam definisi berbeza. berbeza cara jalannya, berbeza cara fikirnya dan berbeza dari segi liuk lentoknya. sekali sekala akan jatuh jua, sekali sekala termenangis juga. namun, alah bisa tegal biasa. doakan saya tiada alah lagi pada keadaan ini dan semakin biasa dengan perubahan ini.

ilalliqa' maassalamah
No comments:
Post a Comment