::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, January 21, 2010

birthday wishes for you

many many happy returns of the day
HAPPY BIRTHDAY!


my younger sister is turn 21st on this date. 21st January for her 21 years keeping her breath inside and out. congratulation dear! wishing you a very good and bright future for your whole life with full barakah and bless from Allah.


she is my sister who is under the sister under me. she is the good sister though. knowing her who likes red color very much is now furthering her study in faculty of nursing at one of the nursing private college in Pahang. i believe her journey on her study milestones were not that easy. being a girl who was only received her primary education till standard 4, then continuing the formal education for her secondary study at age 18 for form 4, while the rest of her friends were 16 years old at that time. the 6 years jet lag was for her Tahfiz class at one of the Tahfiz school in kedah.

walaupun meninggalkan bangku sekkolah secara formal agak lama, namun berkat semangat dan jatidiri beliau beserta pendorong kuat dari ibu dan abah, membolehkan dirinya tamat tingkatan 5 aliran penuh sains dengan jayanya. sekalipun bukan dengan darjah yang sangat cemerlang, namun keputusan SPM yang diperolehinya melayakkan beliau menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi dalam bidang yang sama diterokai oleh ibu->jururawat<-.

pertama kali dalam sejarah adik beradik, beliau mengambil jurusan sains sedangkan adik beradik yang lain mara dengan aliran sastera. pertama kali juga dalam keluarga, beliau mendiami kolej swasta yang bukan beraliran agama. abah mempunyai kerisauan yang tinggi meninggalkan beliau seorangan di sana. abah risaukan perubahan budaya life style di sana yang mungkin mempengaruhi beliau. namun berkat penanaman sakhsiah dirinya yang kuat bahan bekal dari pendidikan rendahnya di Kedah dahulu barangkali, beliau selamat dari segala mehnah dugaan perubahan dunia. tambah menggembirakan abah, bila beliau pulang dan memberitakan bahawa beliau sebenarnya dalam masa yang sama juga menjadi bahan rujukan kawan-kawan dan tempat sahabat berkongsi masalah terutama berkaitan kemusykilan agama.

abah senyum dalam seka air mata dihujung jarinya. mungkin di dalam dada, ada terbit rasa bangga seorang abah buat anakanda nan seorang ini. menjadi salah seorang permata wanita keluarga yang tersemat di dadanya sebuah al-quran sedang dalam juangnya mempelajari lebih mendalam ilmu tuntutan fardhu kifayah dan dalam sebaran dakwah membantu muslimah sekelilingnya.


adikku, moga kau selamat di sana. moga kau menjadi muslimah solehah, contoh buat muslimah di luar sana. juga menjadi tonggak muslimah berjaya di dalam bidang yang sedang kau terokai sekarang. semoga perjalanan menuju hari muka dipenuhi dengan sinar hidayah dan petunjuk keberkatan dari Ilahi, InsyaAllah.


No comments: