Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
bila dah jauh, dah takde baru ler nak terkenang-kenang. resulted, both of us were stayed up at wee hour riyadh time listening to the HotFm Am krew through the net. eheh, sebenarnya mata tak ngantuk sebab biasalah ujung minggu, dah lewat bangun pagi harinya dan di petang hari sudah tidur juga lagi. mana taknya malam hari mata tak maunye nak pejam? siap pekena sup lagi di dini hari tuh sebab lapor. maklumlah, winter..grrrr
mr.soulmate lah yang banyak kenangan dengan HotFm Am krew. waktu di tempat kami dahulunya, setiap pagi soulmate membelah lebuh raya lingkaran tengah menuju ke pejabat untuk 50km perjalanan. jadi, Hotfm Am krew sering menjadi temannya untuk perjalanan tersebut setiap hari selama lebih kurang dua tahun.
dalam pada kami bersama melayan HotFm Am krew pagi tadi, saya tersentuh dengan topik pagi yang dikendalikan oleh dua juruhebah tersebut. mengulas berita mengenai cerita si tenggang zaman moden ini. kalau ada yang tak tahu perihal si tenggang, ia menceritakan kisah seorang anak yang tidak mengaku perempuan yang mengandungnya 9 bulan dengan jerit perih dan membesarkannya dengan susah payah adalah ibunya. gara-gara dia sudah berjaya, kaya dan berkahwin dengan wanita cantik dari kalangan bangsawan.
kalau minggu lalu saya tersentap oleh kisah seorang pemuda dari Kangar yang membuang bapanya kerana tidak serasi dan (mungkin juga bapanya miskin) hari ini pula saya sedih lagi dengan berita seorang anak perempuan yang tidak menerima ibunya yang datang jauh dari seberang laut Malaysia untuk bertemu dengannya melepaskan rindu di dada selepas tiga tahun tidak bertemu. ibu yang bersusah payah berusaha meminjam wang ringgit dan tenaga menyeberang laut demi seorang anak, namun menerima balasan yang di luar jangkaannya. baca lanjut di sini.
apa sudah jadi dengan umat zaman sekarang? saya kira kisah ini cuma mainan di dalam filem sahaja. adakah mereka teralalu terpengaruh dengan filem lantas menirunya bulat-bulat? tiada terkesankah di hati mereka akan kesudahan cerita yang ditayangkan di dalam filem itu? yang selalunya menunjukkan balasan anak yang derhaka kepada ibu bapa?
sudah lupakah umat zaman sekarang setelah hanyut dengan kemewahan dunia? mereka lupakah siapa yang menjadikan mereka seorang insan yang berjaya? lupakah mereka siapa yang menyuapkan mereka kala kecil, lupakah mereka siapa yang menjaga mereka sewaktu sakit di zaman kanak-kanak dahulu? lupakah mereka siapa yang sanggup berhujan berpanas mencari rezeki demi sesuap nasi untuk mereka? cepat sangatlah umat sekarang ini menjadi lupa dan alpa.
saya ingin katakan kepada insan-insan sombong yang lupa jasa ibu bapa;
- ingatlah walau sehebat mana anda sekarang, anda tidak akan pasti jadi hebat tanpa ibu bapa anda
- ingatlah walau sekaya mana anda sekarang, anda tidak akan pasti jadi kaya tanpa ibu bapa anda
- ingatlah walau secantik mana isteri atau sekacak mana suami anda hari ini, hari esok atau lusa mungkin mereka bukan lagi pasangan anda.
- tetapi tidakkah anda tahu, walau semiskin mana ibu bapa anda, seburuk mana rupa paras ibu bapa anda, sampai bila-bila mereka tetap akan jadi ibu bapa anda.
----****----
saya tidak dapat bayangkan, siapa yang akan uruskan hal ehwal rumah tangga kalau bukan ibu walaupun beliau bekerja mengikut shif kadangkala pagi, kadangkala petang kadangkala juga malam, tidak tentu masa. saya juga tidak tahu siapakah yang akan menjadi insan paling sibuk mengalahkan chef di hotel memasak pelbagai jenis lauk dan pelbagai jenis kek buat bekalan untuk saya pulang ke asrama kalau bukan ibu. saya masih lagi ingat khidmat jasa ibu. dan saya berdoa saya tidak lupa jasa ibu. saya juga berdoa supaya saya tidak membalas jasa ibu dengan membuangnya atau tiba-tiba tidak mengiktiraf dia sebagai ibu saya. tanpa ibu, saya tidak kuat seperti sekarang, tanpa ibu saya bukan wanita seperti sekarang.
Ayah dan ibu Wali dan juga keramat pada mereka kita beri hormat Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan nasihat supaya hidup supaya hidup kita akan selamat
Ayah dan ibu Wali dan juga keramat pada mereka kita beri hormat Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan nasihat supaya hidup supaya hidup kita akan selamat
No comments:
Post a Comment