::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, January 26, 2010

chicken soup of the soul

sesuatu yang pada penerimaan kita
adalah bukan seperti yang diingini
tetapi dalam rancangan Tuhan, ia adalah yang terbaik

kadang-kala untuk meluaskan lagi arena pembacaan, saya habiskan waktu senggang dengan majalah sisipan dari akhbar Saudi Gazette, majalah Funtime. adakalanya funtime junior, adakalanya juga Funtime teens. sekalipun mengikut umur saya tidak lagi tergolong dalam golongan junior ataupun teens, namun begitu saya suka kerana bahan bacaannya adalah santai dan ringan tidak kurang juga banyak manfaatnya. funtime junior saya suka pada sisipan aktiviti menyambung titik, spot the different, crossword puzzle dan berbagai lagi. cuma aktiviti mewarna jer saya tak kuasa nak melayan. ini adalah tanda wanita bosan tapi bahagia beraktiviti sendirian di ruang hotel...eheks

tambah seronoknya pada part aktiviti tuh bersama karektor kartun kegemaran saya dan suami, tom and jerry. siri tom and jerry menjadi kegemaran kami sejak dahulu dan since di sini kartun tersebut sangat popular. sampaikan ada di sesetengah shopping mall di sini, disediakan sebuah ruangan khas untuk kanak-kanak lengkap dengan plasma tv yang sangat besar dengan tayangan siri kartun tersebut. dapatlah para ibu membeli belah dengan senang hati sedang anak-anak leka dihiburkan di ruangan tersebut. bagi kami pula, kerektor tom and jerry yang persis seperti pasangan kami suami isteri (read: gaduh-gaduh sayang) mampu mengorak senyum dan mampu memecahkan ketawa walaupun muncung sedang sedepa (read: gara-gara merajuk dengan pihak satu lagi heh) uhuh.



funtime teens pulak biasanya agak more to teenagers lifestyle. ada sekali tuh saya baca under kolum 'chicken soup of the soul' tentang cerita seorang gadis dan sepasang kasut turquoise. alkisahnya, si gadis
ingin memiliki sepasang kasut turquoise atau boleh jugak konsider sebagai warna biru laut kalau mengikut term orang kampung macam saya. kebetulan juga kasut yang diidam itu sedang dalam promosi jualannya. tetapi, pada ketika itu dia berada jauh dengan kedai dan tidak berupaya mendapatkannya di kedai. jadi dia pun dengan segeranya membuka laman web yang menjual kasut tersebut untuk membuat pembelian secara online. namun begitu dia berasa sedikit kehampaan kerana harga promosi hanya untuk pembelian di kedai sahaja, tidak pembelian secara online.

si gadis berasa kecewa namun tidak berputus asa. selang beberapa minggu, dia mendapati kasut tersebut sedang dalam promosi semula. dalam hati si gadis dia menjerit kegirangan. kebetulan juga untuk kali ini, dia berada berdekatan dengan kedai dan terus meluru masuk mendapatkan kasut yang diidam-idamkannya. sekali lagi kegembiraan yang tadinya berbunga bertukar hampa apabila kasut yang diidamkan itu hanya tinggal warna hitam, merah dan putih. warna turquoise atau biru laut yang diimpikan itu adalah sudah habis dijual.

pulang ke rumah, sekali lagi si gadis membuka laman web kasut tersebut dan kegembiraannya memuncak apabila dia mendapati kasut tersebut sedang dalam jualan harga promosi dan boleh diperolehi secara online. dengan rasa girang tak terkira, dia mengisi segala borang dan memasukkan nombor kad kreditnya dan diakhiri dengan butang 'beli'. malang sekali, paparan menunjukkan 'kasut yang ada inginkan telah habis dijual'. gadis yang kehampaan ini tidak berputus asa dan kembali lagi memeriksa laman web tersebutt saban minggu, dengan harapan hajatnya akan tercapai.

kesudahannya, selepas beberapa minggu, si gadis berjaya mendapatkan kasut turquoise idamannya dengan harga jualan promosi seperti yang diinginkan. dia merasakan keseronokan yang tidak terhingga. namun, sekali lagi dia berasa hampa kerana sepasang kasut idamannya yang dianggap sempurna itu tidak seperti yang diharapkan. kasut tersebut adalah yang paling tidak selesa dipakai dalam kebanyakan kasut turquoise yang dia miliki. baru setengah jam memakainya, kakinya sudah melecet dan sangat tidak menyamankan.

begitulah, pernahkah sebenarnya dalam hidup ini kita mengabaikan bentuk-bentuk amaran tentang sesuatu? sedarkah kita sebenarnya halangan-halangan yang mendatang tatkala kita inginkan sesuatu sebenarnya adalah amaran atau peringatan kepada kita secara tidak langsung? pernahkah anda berasa kecewa bila botol kicap kegemaran yang anda baru sahaja buka dan guna setitik dua kemudiannya pecah, sedang susah mendapatkan kicap di tempat anda berada? tetapi tidak terfikirkah, mungkin jika anda terus dapat menikmati kicap tersebut mungkin anda akan keracunan barangkali. atau juga kisah percintaan pelakon terkemuka tanahair, fahrin ahmad yang gagal beberapa kali dan kini ditimpa pula dengan tuduhan terhadap dirinya oleh bekas2 kekasihnya sendiri, adalah juga sedikit amaran dari Tuhan? baca berita lanjut di sini.


[set katil idaman, sudah tiada di pasaran]

saya sedikit ada rasa kecewa tidak dapat memiliki set katil biru yang bukan biru laut yang telah dipilih sebagai salah satu set katil untuk rumah baru kerana ianya telah habis dijual sekalipun ianya telah saya dan suami tempah. saya amat suka set katil yang simple dan dijual dengan haraga promosi tersebut. namun saya tidaklah begitu obses untuk terus ke laman web hari demi hari minggu demi minggu kerana saya percaya, ada hikmahnya saya memiliki set lain yang lebih indah berbanding set katil bukan turquoise yang comel dan simple. tidak mengapa, saya rela T____T melepaskannya walau dengan hati yang berat....apa yang pentingnya ialah, be still and listen to the guidance that we received from Allah, he knows best for us.

ilalliqa' maassalamah

No comments: