::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, January 11, 2010

apa-apa aje

Those who deny freedom to others deserve it not for themselves
~
Abraham Lincoln


saya kurang pasti pulak dengan perasaan pada hari ini. rasa seeedih jer. sedih kenapa ntah tak tahu. setakat yang saya kenal tubuh badan saya nih luar dan dalam, selalunya bila ade sesuatu yang tak kena pasti dia akan jadi tak tentu hala.

saya sedang tercari-cari apa yang membuatkan saya tak tentu hala ini. selalunya kalau ada yang sentuh perihal saya secara peribadi lantas membuatkan saya tersinggung. eh, hati ini mudah benarlah tersinggungnya. tambah pulak dengan keadaan sekarang yang hidupnya kurang happening berbanding dahulu. ini mungkin sementara. bila saya benar-benar stabil dan settle down dengan hidup di sini, saya rasa saya akan okay.

bila tulis bab happening nih terus hati jadi pilu. macam tersedih pulak hidup dengan cara sebegini. setakat sekarang lah. esok-esok tak tahu sedih lagi ke tak. harapnya sudah tidak la. hidup tanpa ada insan-insan tersayang disisi. hidup tanpa kawan-kawan sporting. cuma seorang insan aje yang ada bersama cinta yang tidak berbelah bagi. jadi cukuplah seorang daripada takde langsung kan.


lagi saya rasa pilu bila ade plak orang complaining yang saya ini asik duduk sahaja. ish tolonglah jangan kata sebegitu. saya bukan sekadar duduk, kadang kadang saya berdiri, kadang-kadang saya berjalan dan juga ada masanya saya baring. sekalipun saya tak de nak kene pergi meeting ke sana ke mari, saya tidak ada perlu siapkan fail itu dan ini, tapi saya ada life, saya ada hidup gaya saya sendiri. perlu justify kah? saya kan dah memang ditulis untuk duduk sesaja menemankan suami sepanjang masa. jadi kenapa mahu jaki saya yang hidup senang lenang ini. jaki sangat sebab diri dia tuh sibuk mengalahkan menteri. dan rupanya inilah sebab sebenar saya tiba-tiba rasa pilu hati....


No comments: