::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, January 13, 2010

rock butter cookies

Let's not forget that the little emotions are the great captains of our lives and we obey them without realizing it.
~Vincent Van Gogh
~

owh, sudah sudahlah entri pilu hati. saya sudah tidak pilu lagi kerana baru saya sedar disamping insan toksid yang sedikit saya punya insan madu yang ramai. mereka semua baik hati menenangkan saya yang pilu. thanks friends; ~who's reading the entry especially for those who was leaving the great comments on the entry; ~it was very soothing and calming ok, do it again n always kay...~

saya sudah lama tiada entry berbaur resipi kan. mari saya kongsikan dengan kalian semua sebuah resipi mudah ini. kalau tak mudah masakan keterbatasan saya di servis apartment a.k.a hotel ini mampu membuatnya. tanpa perlu leceh2, tanpa perlu mesin bantuan, mudah ajer membuatnya. hanya perlukan kerajinan sahaja. sure! kalau tak cayer, mari review resipinya;

rock butter cookies;



1. 240 g tepung naik sendiri
berada di dapur rumah tumpangan servis apartment ini, haruslah tiada penimbang segala kan? after googled out for the exact measurement, 240g ini lebih kurang bersamaan dengan 2 cawan.

2. 120 g unsalted butter
kalau anda ada masalah menimbang butter, saya syorkan beli ajer butter yang dah ade siap2 tulis pembahagi berat tuh. alah, untuk seketul tuh dia ade tulis pembahagi kat pembungkus tuh setiap 50 g ke, setiap 25 g ke, so mudahlah urusan nak mengagak timbangannya nanti.

3. 120 g castor sugar
dalam stok saya, hanya ada gula biasa. castor sugar mahal weh kat sini. tak mau belilah (orang yang di Malaysia tak perlu rungutlah gula di sana mahal, di sini lebih mahal ok). 120 g adalah lebih kurang equivalent with 1/2 cawan.

4. 120 g raisin
untuk raisin nih agak-agak jerlah ikut kesukaan, dalam 1/2 cawan atau lebih. kalau nak banyak letak banyak. tapi kalau banyak sangat nanti terlebih dari tepung jadi lain lak kan. agak-agak ajer. boleh juga kalau nak ganti dengan choc chips. sebagai additional, saya tambahkan juga kekacang like badam. eloknya badam cincang, saya tak jumpa badam cincang saya letakkan ajer badam hiris. itu pun okay!

5. 1 biji telur dipukul sedikit kembang

6. 1/4 cawan atau lebih susu segar
untuk yang mahu kurangkan lemak, mungkin lebih prefer susu rendah lemak seperti yang saya guna. boleh juga susu UHT, tiada bezanya

7. 1/2 sudu teh esen vanila
kat sini saya tak jumpa pula esen vanila. vanila powder adela. saya belasah aje masukan powder vanila. sesuka hati.

cara membuatnya;


1. rub in atau gosokkan atau ratakan tepung dengan butter sehingga rupa macam breadcrumb tuh. takpun macam step awal nak uli based karipap dough.

2. masukkan gula, gaul sebati (dengan tangan aje)

3. masukkan pula raisin dan segala kekacang yang berkenan di hati, gaulkan semesranya

4. masukkan telur dan gaul lagi

5. akhir sekali masukkan esen vanila dan susu.
notes; jangan masukkan susu sekaligus. masukkan susu sedikit demi sedikit dan gaul. hasil doh akan sedikit melekat di tangan. agak lembik la. kalau tak cukup susu, tambah sedikit lagi.

6. biarkan doh seketika dalam 15-30 minit dan aturkan di atas dulang pembakar

7. bakar di dalam ketuhar pembakar sehingga masak kekuningan.
al kisahnya, oven yang ada di rumah tumpangan ini tidak mesra untuk pembakaran biskut (tiada api atas). akhirnya my cookies turn out tak berapa rangup. sebagai alternatifnya, saya panaskan lagi 1-2 minit menggunakan ketuhar gelombang mikro pula. it's turn better.

ahah!siap dah boleh makan sambil menonton..

recipe inspired by, k. ida, thanks sisto!


ilalliqa' maasalamah

No comments: