::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, January 9, 2010

cost of living

Life is like a coin
You can spend it any way you wish, but you only spend it once
~Lillian Dickson

rakan-rakan dan kenalan dari facebook mungkin sudah lama perasan yang kebelakangan ini saya sedang mencari-cari kedai menjual barangan perabot sekitar tempat saya berada yang menawarkan harga berpatutan. maka timbullah persoalan kenapa saya tetiba sudah mahu mencari perabot, sudah mahu pulangkah? atau tiadakah kedai yang mendapat anugerah 'harga patut' di sana?


saya dan suami sudah pun mendapat rumah (tapi belum masuk lagi) setelah mendapat perkenan oleh pihak pejabat di malaysia tentang status kediaman tersebut. mencarinya tidaklah susah, cuma bersebelahan rumah bos en.suami itu sahaja. yang payahnya berjumpa dengan tuan rumah yang sibuk teramat ditambah lagi dengan proses kelulusan dari pejabat di Malaysia yang melalui pelbagai lapisan peringkat. mengikut perjanjian yang disepakati bersama dengan tuan rumah, sewaan rumah adalah termasuk sekali dengan perabot rumah. akan tetapi, rumah yang bakal dihuni itu adalah tiada berperabot.

sebagai alternativenya, kami sebagai new tenant diberi kelonggaran mencari sendiri barangan perabot yang sesuai dengan jiwa raga dan citarasa kami dalam lingkungan budget yang ditetapkan. sebagai nota, harga rumah jika tanpa perabot adalah berlainan dengan yang ada perabot. jadinya selepas tolak harga rumah, kami memiliki sejumlah lingkungan budget SR50 ribu untuk bahagian perabot dan kelengkapan asas rumah yang lain.

wau!banyaknya SR 50 ribu untuk perabot dan kelengkapan sebuah rumah. bermula dari ruang hadapan, dapur, langsir, alat elektrik asas dan sehinggalah ke ruangan atas di bilik-bilik. mulalah saya dan mr.soulmate merangka-rangka jenis perabot dan layout yang dikehendaki mengikut citarasa dan selera sendiri. kami hanya perlu ke kedai perabot untuk memilih dan membuat tempahan yang kemudiannya pembayaran akan dibuat oleh en.tuan rumah.

selepas membuat tinjauan dan perkiraan, tidak banyak barangan yang memenuhi kehendak citarasa kami sesuai dengan budget yang ditentukan. kebanyakan harga barangan adalah tinggi berbanding dengan harga barangan tanah air saya dan suami. barulah rasa betapa bestnya hujan batu kat negeri sendiri dan terasalah betapa mahalnya hujan emas di negeri orang. ahaha...


begitulah, menurut hemat saya yang baru sebulan jangung di sini, kuasa membeli di sini adalah besar. harga-harga barangan yang ditwarkan di sini adalah mengikut kemampuan penduduk di sini. kebanyakan (bukan semua) penduduk asal di sini tidak bekerja makan gaji. mereka biasanya adalah pemilik rumah-rumah kediaman (sewa) yang berharga paling kurang SR 150 ribu satu tahun. dan biasanya setiap dari mereka mempunyai tidak kurang dari 10 pintu rumah sewa kediaman. jadi anggaran kasar minimum pendapatan bulanan mereka sekitar SR 15 ribu sebulan. impaknya, di sini (sekitar riyadh) tempat-tempat menarik yang wujud hanyalah pusat membeli-belah dan restoran-restoran sahaja. saya gelarkan Riyadh sebagai bandar 2M (mall dan makan). eheh.

seperti yang saya katakan tadi, kuasa membeli di sini besar. jadi se'merepek' mana pun harga yang di letakkan pada tanda harga berbanding kualiti barangan, pasti akan ada juga pembelinya. sebagai contoh; baju dengan tag "biasa-biasa sahaja" dijual di pasaraya tekemuka dengan harga ribuan ringgit. (perbandingan dibuat antara keadaan di sini dengan keadaan di negara saya yang biasanya baju sebegitu amat sukar didapati dengan harga ribuan ringgit di tempat saya. sekian, dimaklumkan).

atau juga, majority sepinggan makanan adalah SR 20++. itu adalah perkara biasa. jika ingin penambahan lain, mungkin lebih mahal. owh, mungkin anda berpendapat portionnya adalah sedikit besar sesuai dengan jisim tubuh yang terdapat pada rakyat tempatan di sini. oklah, perbandingan lain contohnya, harga makanan segera. sedangkan di tempat saya selepas kempen boikot oleh rakyat Malaysia terhadap makanan dari barat seperti McDonald khususnya, yang terpaksa menurunkan harga jualan kepada cuma RM5.90 untuk satu hidangan, di sini harganya adalah dalam lingkungan 2 atau 3 kali ganda.

[papan tanda harga KFC, dajaj kentaki]

dan pernah juga sekali saya terasa sangat malasnya memasak, lantas telah berjaya memujuk mr.soulmate menikmati hidangan di restoran thailand berdekatan dengan hotel tempat saya menginap dengan alasan rindukan masakan tanah air sedangkan pada waktu itu belum pun sebulan kami di sini. makanan dipesan dengan sekadar kebiasaan makan di medan selera Seri Gombak, namun berbeza pada waktu penghabisan makan (mendapat resit). jumlahnya adalah 8 kali ganda harga kebiasaan kami makan di Seri Gombak. ahahah...

[hanya ini untuk SR80]

ok, sekianlah cerita tentang sedikit keluhan saya berkaitan kos sara hidup di sini. padanlah elaun yang diberi oleh kerajaan untuk suami saya yang berkhidmat untuk negara sedikit tinggi berbanding sewaktu berada di tanah air dahulu. jika jumlah elaun yang sama diberi buat bekalan kami di sini, maunya saya balik dengan baju compang camping dan pinggang yang sungguh ramping. buat anda semua yang masih berada di Malaysia, bersyukurlah kerana anda masih punya sebuah nikmat yang harus disyukuri teramat sangat!

ilalliqa' massalamah.

No comments: