An optimist stays up until midnight to see the new year in
A pessimist stays up to make sure the old year leaves
~Bill Vaughan
A pessimist stays up to make sure the old year leaves
~Bill Vaughan
cepatnya masa berlalu. masih lagi terasa keriangan menyambut tahun baru 2009 bersama adik-beradik dan semua yang tersayang awal tahun baru yang lalu. sama-sama ramai-ramai kumpul kat teratak kedua ayah bonda, tengok bunga api dalam kegelapan malam di puncak nan tinggi. waktu itu juga ada makan-makan, bakar satay dan sedikit upacara khas buat adik kedua bongsu saya yang cemerlang dalam peperiksaan PMR nya. dapatlah saya bayar sedikit zakat akhir tahun sempena penghargaan buatnya.
untuk kali ini, selepas hampir setahun berlalu, saya tiada bersama mereka, melihat cantiknya percikan bunga api dan juga aktiviti lain bersama keluarga
untuk kali ini, selepas hampir setahun berlalu, saya tiada bersama mereka, melihat cantiknya percikan bunga api dan juga aktiviti lain bersama keluarga
korang ade nak wat pape ke malam new year nanti?
tidak dapat juga saya bayar zakat akhir tahun untuk adik bongsu saya pula yang juga cemerlang mengikut jejak langkah abangnya dalam keputusan PMR tahun lalu. tapi buat mereka yang kenal keluarga saya jika anda mengetahui atau maklum keputusan PMR adik bongsu saya, mungkin pada anda tiada apa yang nak dibanggakan. tapi apa yang selalu abah tekankan pada kami semua, usaha adalah yang terpenting. ya, dengan usaha yang gigih adik bongsu saya yang tahap belajarnya hanya separuh masa (read: dia mengikuti kelas tahfiz sepenuh masa), jadinya keputusan yang diperolehinya pada saya adalah tahap yang membanggakan. keputusan yang lebih baik dari budak remaja yang gila pergi sekolah, pastu pergi tuisyen pula dengan sekadar sambil lewa, juga sesuka hati ulangkaji macam tak ulang kaji. saya bangga dengan pencapaian adik saya, atas usaha jitunya.
tahniah! zakat untuk afiq angah bayar lain tahun lah ek..simpan dulu
setinggi lagi ucapan tahniah buat sepupu saya Nurul Aqilah, yang memperolehi keputusan yang sangat cemerlang di mata saya dan di mata semua. dengan keputusan
alang boleh pergi lebih jauh. usaha tangga kejayaan. belajar rajin-rajin tau! semoga lebih maju di masa akan datang
menjelang tahun baru, saje lah saya tukar layout background baru. nampak fresh sikit. thanks to mr.soulmate sebab jadi orang yang pertama komen layout baru saya.
thanks ek. I ingat you tak kisah kat blog I.
selepas satu demi satu yang saya tukar, akhirnya layout ini mendapat approval dari mata kaca dia sekalipun dia lebih sukakan layout yang lama. hajat hati tuh nak tukar terus dengan template sekali, tapi tak sanggup ah nak tengok previous komen hilang (read: sebab saya tak reti nak restore balik haloscan tu) dan beberapa link juga sudah tiada. akhirnya saya cuma kembali dengan background baru sahaja. just to make it fresh lah kan...
okeylah peps! happy new year..hope the new becoming days in the next year 2010 will be the great blessing for all of you!
ilalliqa' maasalamah
No comments:
Post a Comment