tuhan, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmatmu melangit luas
harga selautan syukurku, hanya setitis rahmatmu di bumi
harga selautan syukurku, hanya setitis rahmatmu di bumi
adik saya kata saya cengeng. suami azie kata perempuan punyai 'hati tisu'. abang saya kata, kenapa harus sedih-sedih? dia dulu berpergian seorang sahaja. adik saya kata saya punyai suami tersayang di sisi, tapi kenapa perlu sedih meninggalkan keluarga? kata dia lagi dulu dia berpergian seorang sahaja.
how come my eyes become not watery for each time i remembered them all back in the hometown, cause they are missing me too. when ibu texted me asking on my condition here, at that time i'm missing her like crazy. when i'm texted her at the other time, asked on their activity and i had no reply. all of sudden got chatting with the brother, and he informed that our family is busying with the kenduri. see, how come i am not that sobber while at it the connection of aura's was always existed. back then, when having any kenduri i'll be there for any help. but now, it's no more..huhu
dr. fazillah kamsah (motivator terkenal di Malaysia itu) pernah kata, itu tandanya gelombang aura minda. tengoklah, walaupun kami dipisahkan dengan jarak beribu batu, namun mesej yang disampaikan oleh minda dapat diterima. begitu agungnya kuasa Tuhan, begitu maha besarnya ciptaan Tuhan. walaupun saya sering rasa sedih bila ingatkan mereka-mereka semua, namun saya tetap dalam keadaaan syukur. kerana saya tahu, setiap kali minda saya menghantar aura gelombang, ianya pasti sampai kepada penerima yang sebetulnya. sampai tepat pada orang yang sebenar. tidak silap sedikitpun.
itu sebab juga saya sangat percaya pada gelombang minda. jadi, saya sedaya upaya sebarkan kasih sayang kepada semua supaya dengan itu mereka sayang saya seikhlasnya. saya juga cuba untuk tidak sebarkan aura minda negative saya kepada sesiapa supaya mudah sahaja urusan saya kerana mereka tidak menerima sebarang aura negative dari saya.
hebatkan dan taajubkan kuasa Tuhan. sebelum manusia yang lemah itu pandai mencipta teknologi, Tuhan yang maha besar itu sudah dulu mencipta teknologi gelombang. wahai manusia, jangan sombong eh, jangan bongkak juga, kerana jika dibandingkan dengan yang Maha Pencipta, kita ini jauh kerdilnya.
Ya Allah, maafkan hambamu ini, juga maafkan hamba di seluruh dunia. kami selalu lalai dan kami selalu lupa.
rabbana zalamna anfusana, wain lam taghfirlana wa tarhamna lanakunan na minal khasirin....
Tuhan kami, kami ini telah menzalimi diri, jika tidak engkau ampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, maka tergolonglah kami dalam golongan orang-orang yang rugi
ilalliqa' maasalamah
ilalliqa' maasalamah
No comments:
Post a Comment