::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, January 1, 2009

2009

yakinlah kepada Allah jika anda benar
bergembiralah menghadapi hari esok jika anda bertaubat
kesabaran adalah kunci kebahagiaan

hari pertama di tahun baru. mr.soulmate get to work for 24 hours. he opt for officer of the day hari ini. saya, berada di rumah bersama beberapa rakan membuat perbincangan tentang beberapa perkara.

sebelum menjelang awal tahun baru, saya berada bersama lingkungan mereka di zon selamat yang saya sayangi. utamanya pasti ibu bapa saya, adik beradik saya juga saudara mara saya. berhajat melihat kecantikan bunga api sempena sambutan malam tahun baru di halaman kedua ayahbonda saya. lokasinya yang terletak indah di atas bukit, memberikan pemandangan yang sangat mengujakan. semalam juga kami merayakan kejayaan adik kedua bongsu saya yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR nya. mungkin keputusan itu tidak cemerlang bagi orang lain, tapi bagi kami sekeluarga pencapaian tersebut sangat cemerlang, lantaran adik lelaki saya telah lebih kurang 5 tahun tidak menerima pendidikan formal di sekolah. untuk nota, adik saya ini sedang mengikuti kelas tahfiz al-quran. hampir tamat tak silap saya.

zakat akhir tahun saya, sebiji kek dan jam tangan buat Ayat

antara hidangan malam tahun baru...

bonda saya, mengipas sate, dari tahun 2008 hingga 2009 :)
adik saya itu, (memegang tongkat) tercedera dihimpap dahan pokok, pitty her :(

menyaksikan percikan bunga api lintas langsung dari klcc, bukit jalil dan dataran merdeka juga genting highland

bintang ciptaan kami untuk cahaya gemerlapan tahun 2009!
selamat menempuh tahun baru semua, dengan cerita baru amalan baik yang baru, moga semuanya baik-baik belaka!

No comments: