::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, December 20, 2009

facebook;boikot?

Connection make anything possible

sekarang rata-rata ummat dunia sedang dilanda demam buku muka (read: facebook). masakan tidak, asalkan jumpa sesiapa sahaja pasti akan bertanya tentang akaun facebook. macam iklan yang tengah hot sebulan lalu sebelum saya datang sini tuh. iklan dua couple kertas get through the window tuh. comels sangat tau iklan tuh. saya suka. tak taulah iklan tuh masih hot lagi ke sekarang kat malaysia nun, ataupun dah suam-suam kuku jer.



saya dan kawan-kawan baru saya di sini mostly are get connected through my window lah. eh eh get connected through buku muka. we share all news and change each other current status juga through buku muka itu. bukan setakat kawan-kawan muda remaja, kawan-kawan muda belia dan muda dewasa juga sudah buka akaun facebook.

tidak ketinggalan,ahli keluarga, sahabat handai dan semuanyalah kebanyakannya sudah buka akaun jaringan sosial buku muka. hari-hari mesti nak bukak akaun buku muka. nak share berita, nak share perkembangan hidup dan nak share macam-macam lagi. buat masa sekarang, kalau bukan buku muka, kita tak tau ade kawan yang dah kawen ade anak, dan tak kurang juga ada kawan yang masih bujang dan sedang mencari.

kalau bukan sebab buku muka, tentu ramai isteri-isteri yang keseorangan di rumah dilanda penuh kebosanan. kalau bukan sebab jaringan sosial ini tentu sahaja susah kita jejak kasih dengan peristiwa lama. melalui jaringan sosial ini kita dapat imbau kembali kenangan manis dan dapat kita kecapi semula detik-detik indah zaman lampau.

dunia sekarang banyak yang dah berubahlah. kita tidak lagi punya banyak masa untuk berziarah ke sana ke mari mengeratkan silaturrahmi. kita tidak lagi punya banyak waktu untuk dihabiskan berbual panjang dengan rakan dan keluarga. semuanya sibuk dengan tugasan masing-masing yang selalunya banyak dihabiskan denagn aktiviti hujung jari. dengan adanya alternatif ini, sedikit sebanyak batasan yang menjadi penghalang dapat direntas.

namun begitu, tidak kurang juga ada yang merasakan jaringan sosial ini adalah nonsense semata-mata. banyak mendatangkan kelalaian, banyak memberi mudarat dari manfaat, banyak memberi bahaya dari baiknya. gunakanlah sebaiknya, seadanya. bermula dengan niat sebenarnya. atas setiap perkara memang ada baik-buruknya. terpulang kepada kita untuk memanfaatkan seadanya. ambik aje yang jernih, buang segala yang keruhnya.

terbaru dari berita yang saya baca, disebabkan ramainya pengguna aktif buku muka, keuntungannya mencapai berlipat ganda tahun demi tahun. lihat penuh di sini. peningkatannya sungguh mendadak. khabarnya juga, pengasas buku muka ini adalah seorang Yahudi zionis laknatullah yang menjadikan buku muka sebagai salah satu agendanya untuk memusnahkan umat islam. antaranya ialah mengumpul dana untuk memusnahkan ummat muslim dunia, juga secara sulitnya, penyimpan profil-profil pengguna buku muka muslim seluruh dunia sebagai strategi untuk mengetahui lokasi ummat islam dunia. dengan itu juga mudahlah mereka merancang dan menjalankan propaganda. paling utamanya, perasan atau tidak pengguna buka muka diminta untuk declare religious views masing-masing di ruangan profil?

atas sebab propaganda tersebut, dalam ramai-ramai ummat yang sedang dilanda demam buku muka, tidak kurang ramainya juga sedang melancarkan program memboikot buku muka ini. namun demikian, saya punya sedikit pandangan tentang perkara ini. antaranya;
  • gunakan teknologi seadanya sahaja (cukup untuk niat berhubung sahaja)
  • keuntungan yang diperolehi oleh pihak buku muka melalui iklan-iklan. untuk tidak membantu mereka, jangan kita klik iklan-iklan yang ada, dan jangan pula kita menyumbang sebarang iklan di sana
  • sembunyikan (tidak nyatakan) identiti penting diri anda yang boleh memberi informasi berguna bagi pihak mereka
  • sembunyikan (tidak dipostkan) aktiviti kehidupan harian anda sehingga yang boleh memberi informasi berguna bagi pihak mereka.
  • gunakan propaganda musuh sebagai wadah membantu propaganda kita.
menurut ustaz hasrizal melalui catatan terbarunya di sini, cara dakwah harus berubah ikut zaman dan masa. jika kini semuanya dihujung jari, jalankan dakwah kita juga bermula dari hujung jari. sekian dulu doakan yang terbaik untuk islam, usahakan yang terbaik demi membela islam.

sekian, ilalliqa' maassalamah

No comments: