::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, November 20, 2009

1st dish ever

Find something you love to do and you’ll never have to work a day in your life


saya nak bercerita tentang arab saudi, tapi masih dalam draf. kita pending dulu ya entry tentang itu. hari ini hari jumaat. di sini, khamis dan jumaat diisytihar cuti hujung minggu. jadi, saya ada teman di rumah. suke!

semalam, hari khamis kami dijemput oleh pegawai pertama yang berada di sini untuk ke pasar basah Filipina. hmm macam-macam ada di situ. nanti saya lanjutkan cerita tentangnya di entri akan datang. hari ini hari pertama saya memasak sejak seminggu berada di sini. sementelah mr. soulamate juga bercuti dan berada di rumah, bolehlah memasak. sungguhpun kami masih belum ditempatkan di kediaman tetap, namun tempat tinggal sementara ini membolehkan saya menyediakan masakan air tangan untuk suami. dia sudah rindu masakan saya tuh. lalalala

menggunakan bahan sedia ada yang dibekalakan dari tanahair, saya masak sekadarnya. berbetulan juga, sesampainya kami di sini tempohari kami ada berbelanja sedikit barang dapur di pasaraya berdekatan (credit to pak lokman dan isteri kerana membantu) dapatlah juga saya beli sedikit bahan basah asas seperti telur, sayur, minyak, garam, ayam dan lain-lain keperluan.

okey presenting, my first dish sebagai perantau di tempat orang;

sayur campur

nak dikongsikan resepinya ke? mungkin sesuai untuk anak gadis yang baru nak belajar masak kot. untuk yang dah pro, jangan review laa... wat saya malu jer

cara-caranya;
1. tumis bawang putih yang dicincang halus hingga naik bau
2. masukkan sayur campuran (kobis bunga, lobak merah, putik jagung, kacang peas dsb) yang telah dipotong ; saya gunakan mengikut stok yg ada
3. masukkan serbuk perasa dan garam
4. tambah sedikit air dan gaulkan sebati
5. agak dah mendidih dan sayur cukup empuk, angkatlah dan sedia dihidang

tumis ikan sardin

menurut keluarga dan adik-beradik saya, ini makanan kegemaran saya. ahah memang pun. resepinya pun saya buat yang mudah aje

cara-caranya,
1. tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
2. masukkan cili kisar @ cili boh dan masak/ tumis hingga pecah minyak atau cili masak
3. masukkan sos ikan sardin
4. tambahkan sedikit air asam jawa sebagai kuah atau 1 keping asam gelugor dan air
5. masukkan ubi kentang yang dipotong empat
6. renehkan hingga kentang empuk
7. masukkan ikan sardin dan perasakan dengan garam dan gula
8. biarkan seketika, setelah mendidih angkat dan hidangkan

optional, boleh masukkan serbuk jintan dan daun kesum jika mahu (tiada dalam stok saya)

dirantau orang, kicap adalah pelengkap makanan.uhu, alhamdulillah


No comments: