::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, November 19, 2009

the journey begun


Life is a pleasure and
We are it's charm

Penerbangan ke rantau orang dari KLIA menaiki pesawat MAS menuju ke Dubai mengambil masa selama 6 jam setengah. Kemudiannya bersambung semula untuk penerbangan ke Riyadh, Saudi Arabia dari Dubai lagi 2 jam selepas mengambil masa transit selama 7 jam.

Setelah sekian lama tidak menaiki pesawat udara, kepala saya menjadi berat dan berpusing. Mungkin juga disebabkan keadaaan cuaca yang tidak begitu baik, menyebabkan perjalanan pesawat tidak begitu lancar. Selepas setengah jam penerbangan, kami didatangi pramugari (cantik) menghantar alat bantuan media disusuli dengan jadual menu makan. Wah..enak sungguh hidangan di atas awan.

[alat bantuan media- haruslah mesti ade cerita melayu kan, sebab MAS]


[hidangan dimulai dengan satay sebagai starter, disusuli dengan appetizer, dan diakhiri dengan main course]

Saya yang agak lapar, tetapi kurang berselera kerana kepala berpusing. Setiap hidangan yang dihantar dijamah sedkit untuk mengelakkan angin di dalam perut. Selesai santapan, saya mula cuba untuk tidur. Tidak lama kemudian, badan terasa seperti mengalir darah panas dari dalam. Pusingan di dalam kepala semakin hebat dan tekanan udara di dalam pesawat terasa sangat rendah.

Saya mengejutkan mr.soulmate yang tampak seakan tidur dengan lena, minta air sickness bag 'beg mabuk udara' tetapi malang sekali, tidak ada di poket hadapan kami. Saya terasa seperti ingin memuntahkan segala isi perut. Dalam beberapa minit, saya masih mampu bertahan. Tapi untuk minit-minit seterusnya segala santapan tadi tidak lagi rela berada di dalam perut saya. Tanpa beg mabuk udara, segalanya dimuntahkan pada beg plastik bekas selimut yang diberi oleh pramugari tadi. Dengan tanpa persediaan, saya muntah dengan banyaknya dan terkena agak banyak juga pada baju dan tudung. ouchhh!yerk!

Saya bangun berjumpa pramugari dengan bekas plastik berisi di tangan. Agak cuak mukanya dan membantu saya di bilik air 'udara' dengan tuala panas. Datang seorang pramgara (hensem) menawarkan teh atau kopi panas. Saya menolak perlahan dan hormat. Mr.soulmate pula datang menghulur bantuan membersihkan pakaian. Selesai urusan, saya kembali ke tempat duduk dan cuba untuk tidur dan rehat semula.

Sesampainya di Dubai, saya segera menukar pakaian yang sudah berbau tidak menyenangkan itu dan bersedia dengan lebih bersih dan (cantik). Kami ada masa lagi 7 jam sementara menunggu penerbangan seterusnya. Perut sudah mula terasa lapar semula. Mujur ada bekalan nasi kepal dari mungkin air tangan abah atau itam (saya tidak pasti) yang dibekalkan dari tanah air di lapangan terbang sebelum keberangkatan tadi. Saya menjamahnya dengan syahdu dan linangan air mata. Entah kenapa terasa sedih sangat. Mungkin kerana keletihan atau sentimental value pada bekalan yang dijamah.

7 jam di lapangan terbang Dubai, banyak yang boleh dikongsi tentangnya. Ia mempunyai jaringan internet luas tanpa wayar. Sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Jadinya, masa yang berbaki sangat banyak itu dimanfaatkan dengan menghubungi kaum keluarga di tanah air. Seronok dapat berhubung dengan mereka secara mudah dan percuma. Apa gunanya teknologi kalau tidak dimanfaatkan sepenunya sebaiknya.


terdapat banyak kedai-kedai di kawasan kedai bebas cukai


jaringan internet sejagat untuk kegunaan awam


letih oooo, seb baik ade kerusi ni untuk beristirehat. lega rasa dapat meluruskan kaki dan pinggang

Kami beristirehat di sini sementara, kemudiannya ke balai berlepas untuk penerbangan ke Riyadh melalui pintu 112

sekian, sampai nanti kita cerita pasal Riyadh pula ya, stay tune!


No comments: