salam ramadhan
salam penuh keberkatan
salam penuh keberkatan
ramadhan semakin hampir. beberapa detik je lagi. harapnya saya sempat terawikh malam ini. saya sempat bersahur beramai-ramai dengan ahli kelaurga saya esok pagi. saya juga nak sempat berbuka puasa secara heaven bersama the sweet lovely family.
saya syukur, masuknya bulan ramadahan yang mulia ini saya masih di sisi keluarga dan sahabat handai di bumi sendiri. bukan di rantau orang. cemerlang lah suami dengan straterginya yang membolehkan kami masih stick di sini menjelang puasa dan perhaps hari raya juga. perhaps, mejelang convo saya juga. i nak convo dengan you lah soulmate, so dont go first lah seperti yang you cadangkan itu. okay pray, pray and pray lagi. ramadhan ni bulan berkat berdoa. buat banya-banyak perkara baik dan konsisten buat perkara baik itu sampai bila-bila. jadi umat kesayangan nabi dan jadi hamba kesayangan Tuhan.
mr.soulmate yang comel hantar lagi emel comel dekat isteri. jadi sang isteri pula rasa nak kongsi pengetahuan emel tersebut dengan sang rakan-rakan pembaca semua. sebab emel tu comel (read: bermakna). ianya berkaitan perkara yang membatalkan puasa di bulan ramdhan (read: hello, bukan ke semua orang dah belajar perkara membatalkan puasa ni sejak darjah 3? mau kasi lagi ke?) ya, mau kasi tau ade benda mitos ni. buat bekalan dan amalan sang rakan pembaca nih.
mari kita semak memori lama, sepanjang siang berpuasa sering kita bataskan diri dari buat benda2 gini kan?
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
-ini selalunya ya.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
-ini macam tak logik laaa
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
-ini pun lebih kurang ya, menurut kefahaman puasa budak darjah 3.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
-ini juga macam ada benarnya
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.
-hmm ada sedikit benarnya, tapi saya jarang have this thought.
okey my dearly readers,
semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah dinyatakan sebagai hukum yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menulis dalam Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), masa. 118 & 107-108)
menurut emel yang di terima,
Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah tiga perkara iaitu bersetubuh, makan dan minum. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). (al-Baqarah 2:187)
Makanan dan minuman yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua kategori:
Pertama:
Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara hakiki kepada orang yang mengambilnya, sekali pun dalam jumlah yang sedikit.
i. Apa-apa makanan yang diambil secara sengaja dan sampai ke perut, maka ia membatalkan puasa.
ii. Apa-apa minuman yang diambil secara sengaja dan melalui tenggorok, maka ia membatalkan puasa.
iii. Apa-apa zat makanan yang dimasukkan ke dalam darah melalui suntikan, umpama glukosa yang diberikan kepada pesakit yang tidak dapat makan dan minum seperti biasa, ia juga membatalkan puasa. (Yang tepat, orang yang sakit sehingga tidak dapat makan dan minum seperti biasa tidak perlu berpuasa kerana keuzuran yang dihadapinya tidak mewajibkan dia berpuasa.)
Maka dengan itu apa-apa benda, makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalam rongga-rongga manusia, ia tidaklah membatalkan puasa. Contohnya, memasukkan pen ke dalam mulut, menggosok gigi, berkumur-kumur, membersihkan telinga, mengorek hidung, menggunakan ubat titisan mata, menyedut debu, peneranan yang tidak sempurna ketika membuang air besar dan pelbagai lagi, semua ini tidak membatalkan puasa.
::~Merasai makanan yang sedang dimasak tidak membatalkan puasa asalkan ia dikeluarkan semula.
::~Baki makanan yang ditemui terselit di celah-celah gigi tidak membatalkan puasa asalkan ia tidak ditelan secara sengaja.
::~Menelan air liur, sengaja atau tidak sengaja, juga tidak membatalkan puasa. (Air liur tidak pernah dianggap di sisi manusia yang normal sebagai minuman. Seandainya air liur adalah sejenis minuman, nescaya tidak ada manusia yang mati kehausan jika terdampar di padang pasir.)
::~ Mengambil suntikan insulin bagi pesakit kencing manis dan menggunakan alat melegakan pernafasan bagi pesakit asma, ia tidaklah membatalkan puasa. Ini adalah kerana ianya tidak mendatangkan kekenyangan atau menghilangkan dahaga secara hakiki.
Kedua:
Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara psikologi sekali pun dalam jumlah yang sedikit.
Ia bukanlah makanan dan minuman tetapi mengambilnya memberi kesan psikologi berupa kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu.
Ia bukanlah makanan dan minuman tetapi mengambilnya memberi kesan psikologi berupa kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu.
::~ Contohnya ialah orang yang menghisap rokok. Asap rokok bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penghisap rokok, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap rokok membatalkan puasa. Akan tetapi bagi orang di sekitarnya yang terhisap asap rokok tersebut (secondary smoker), ia tidak membatalkan puasa kerana asap rokok tersebut bukanlah satu nikmat bagi diri mereka.
::~ Tetap pada contoh asap, menyedut asap kenderaan di lalulintas yang sesak tidak dianggap membatalkan puasa. Ini kerana asap kenderaan bagi manusia yang norma, tanpa dibezakan dia penghisap rokok atau tidak, bukanlah suatu nikmat yang memuaskan.
::~ Contoh lain ialah menghisap dadah atau mengambil dadah melalui suntikan. Dadah bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penagih dadah, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap atau menagih dadah membatalkan puasa.
Dalil bagi apa yang disebut dalam kategori kedua ini ialah hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah berfirman (Hadis Qudsi):
Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku.( Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan sanadnya dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.)
Yang dimaksudkan dengan meninggalkan kenikmatan bukanlah semua bentuk nikmat seperti tidur, mandi dan sebagainya. Akan tetapi ia adalah nikmat yang terhasil pada diri seseorang seumpama makan dan minum.
Daripada penjelasan di atas, jelas bahawa dalam kebanyakan aktiviti seharian kita yang normal, tidak ada sesuatu yang menyebabkan terbatalnya puasa. Antara hikmah berpuasa adalah mendisiplinkan diri daripada bersetubuh, makan, minum dan sesuatu kenikmatan yang seumpama makan dan minum pada siang hari.
Menokok tambah hukum bahawa kononnya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa tidak ditemui dalilnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ia juga tidak memiliki apa-apa peranan mahupun manfaat dari sudut hikmah disyari‘atkan berpuasa.
Dalil yang lazimnya digunakan oleh pihak yang mengatakan batal puasa bagi seseorang yang memasuk sesuatu ke dalam rongga badannya ialah hadis berikut:
Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhl ah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.( Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…))
Berdasarkan sabda Rasulullah “…kecuali jika kamu sedang berpuasa” mereka memahami bahawa seseorang itu dilarang menyedut air ke dalam hidung apabila sedang mengambil wudhu’ dalam keadaan berpuasa. Jika dimasukkan air, ia akan membatalkan puasa. Kemudian fahaman ini diluaskan kepada semua rongga tubuh badan berdasarkan analogi (qiyas).
Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.”( Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, masa. 117)
Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa” susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah.
Saya petik dari
No comments:
Post a Comment