jika mendekati ciptaan langsung Allah itu mengundang tenang,
apatah lagi jika mendekatinya terus pada zikir dan fikir yang langsung ~ATN, ust.hasrizal~

sahabat baik saya dari geng pecah rumah eh, 5 sekawan (hikmatul mabruk a.k.a imah) bertandang ke teratak indah bonda yang saya diami bersama suami beliau, anak, kakak (k.muna), serta anak saudaranya (iqbal). seronoknya saya menerima tetamu. lama mereka bertandang. sempatla dari minum petang, solat maghrib hingga ke makan malam. kami berbual, bercerita dan berkongsi rasa. suami saya dan suaminya tampak selesa bertukar dari satu cerita ke cerita yang lain persis kawan lama seperti kami.
rancangan asalnya, mereka akan bertandang selepas maghrib
seterusnya untuk makan malam, kami bersantapan bihun soto. resepi tradisi keluarga, percubaan pertama saya. ada kemajuan, tapi perlukan peningkatan.
ada sesiapa nak tahu resepi mudah soto keluarga saya? begini ya (tapi sukatannya tidak dapat saya fiqure out) agak-agak jelah ikut kesukaan hati masing-masing
bihun
1. rendam bihun dengan air paip selama lebih kurang sejam kemudian rendam dengan air panas lebih kurang 15-20 minit.
2. toskan kering
kuah sup
1. memula, rebus ayam dengan sedikit garam
2. pastu bila ayam dah empuk keluarkan ayam tu. bila dah sejuk, racik-racikkan (koyakan) halus dengan tangan atau garfu, dan masukkan semula tulang ke dalam air rebusan. ayam yang diracik halus, masukkan ke dalam mangkuk lain.
3. tambahkan sup bunjut adabi atau mak siti dalam air rebusan ayam tadi dengan sedikit halia diketuk (kalau rebusan periuk besar, boleh masukkan 2 bunjut jika kecil, memadai dengan hanya 1). kemudian, masukkan lada hitam.
4.garam secukup rasa dan ajinomoto (atau gantikan dengan gula). renehkan dengan api sederhana.
5. masukkan sedikit bawang goreng dan daun sup
6. cukup mendidih, tutupkan api
rencah/awas
1. daun sup dan daun bawang diracik halus
2. taugeh mentah (tidak perlu celur) ia akan lecur sendiri dengan kuah sup yang panas mendidih.
3. ayam yang di racik halus
4. bawang goreng
5. begedil (kita kongsikan resepinya di lain entry oke!)

cili kicap
1. goreng 10 tangkai cili api dengan minyak sedikit sehingga agak-agak layu (awas, cili akan meletup-letup, jadi tutup kuali dengan tudung untuk keselamatan). jangan sampai hangus nanti tak sedap
2. goreng bersama 5 atau 6 ulas bawang kecil dan 3 ulas bawang putih hingga layu
3. kisarkan semua bahan dengan air asam jawa pekat, 3 sudu besar gula dan 2 sudu besar garam
4. tuangkan ke dalam mangkuk dan tambahkan kicap lebih kurang 3 atau 4 sudu
5. uji rasa dan seimbangkan rasa pedas, masam dan masin. tambahkan lebih gula jika tersangat lebih rasa pedas.

selesai makan malam dan kekenyangan, thaqif anakanda imah sekejap ketawa sekejap menjerit meragam. imah berpendapat anakandanya telah keletihan dan mengantuk. jadi mereka sekeluarga meminta diri untuk pulang. sambil itu, kakak imah (k.muna) sempat memperkenalkan kepada saya produk kesihatan DCL dan saya tertarik dan rasa menarik dengan beberapa produknya.
ada sesiapa rakan pembaca yang pernah consume produk ini? share sedikit...heh.
okeylah, sampai sini dulu.
okeylah, sampai sini dulu.
No comments:
Post a Comment