::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, June 6, 2009

jodoh cinta

if a man forgets a woman's need
or a woman remembers man's mistakes,
it doesn't mean they don't love each other ~John Gray~

seperti yang kite semua sedia maklum, sekarang adalah musim mengawan. ramai yang mendirikan rumah tangga. tidak kurang juga yang menyambut ulangtahun perkahwinan (termasuk kami juga tidak lama lagi). tetapi tidak kurang juga banyaknya kita dengar dan baca di dada akhbar mahu pun media elektronik lain kisah perceraian rumah tangga. petanda dah tanak mengawan berkawan dan berkasih lagi.

ada kisah ustaz bercerai, kisah artis yang kene tangkap basah tak kawin-kawin lagi tapi masih intim, kisah yang baru sekejap je 12 hari kahwin, dah tanak sebumbung lagi dan macam2 kisah.

baru-baru ni pulak saya dan suami mengisi masa senggang menonton televisyen di malam hari sambil menonton siri halaqah yang dipengerusikan oleh pengerusi majlis yang biasa, ust syukri dan dipanelkan oleh wanita yang berkecimpung dalam bidang politik yang tidak asing lagi, Dato' Dr. Masyitah Ibrahim (used to be my lecturer back then). sekalipun kadangkala ramai yang tidak bersetuju dengan beliau, namun takleh nak bias lah kalau apa yang dia cakap tu ada baiknya. kita ambik je yang baik yang buruk janganlah telan ambik. sorang lagi panel ialah,tidak ingat nama. heh.( sorilah, lupa. mungkin ada yang boleh bantu?). membincangkan tajuk JODOH, saya ingin kongsikan bersama teman-teman isi pentingnya yang boleh kita ambil pengajaran bersama.

mengulas fenomena perceraian yang hangat kerap kali diperkatakan kebelakangan ini, Dr. Masyitah berkata,

orang sekarang dah tak malu dah. lagi suka nak cerita yang dia dah bercerai. dah single. kalau orang dulu, malu nak cakap dah bercerai.maluuuuu...kalau sekarang ni diadakan sambutan majlis pertunangan, majlis pernikahan dan persandingan secara grand dan hebat, esok2 nanti tak mustahil akan ada orang buat majlis kenduri perceraian....

huuhu...kalau itu terjadi, saya tak tahulah nak kata apa lagi dengan masyarakat zaman ini.entahlah....selang seli dengan panel lagi satu yang saya tak berapa ingat isinya, Dr.Masyitah menyambung lagi selepas diberi lalulan oleh tuan pengerusi. beliau menambah;
perkahwinan adalah ibadah. dalam islam, ada ibadah mengikut bulan tertentu contohnya puasa. ibadah harian contohnya solat dan ibadah tahunan contohnya haji. tetapi perkahwinan adalah ibadah sepanjang hayat...




haaa betul tak? ingat tu perkahwinan ibadah sepanjang hayat. tahniah buat sesiapa yang sudah mendirikan rumah tangga. sepanjang hayat kita sedang beribadah. berbuat baik kepada ahli keluarga dan pasangan adalah ibadah. kerana pesan nabi, orang yang terbaik adalah sesiapa yang berbuat kebaikan kepada ahli keluarganya. Dr.Masyitah ada juga beranalogi begini;

kalau dalam solat, kita terlupa sesuatu rukun, kita diajar sujud sahwi tanda membetulkan apa yang kita lupa. kita tidak disuruh berhenti dan memulakannya semula. begitu juga hubungan perkahwinan, kalau ada yang salah kita perbetulkan bukannya kita putuskan.

yelah,bak kata pepatah melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. sedangkan lidah pun lagi tergigit. biasalah tue. tipulah kalau ada yang kata hubungan rumahtangganya aman 24/7. tiada sedikit pun pergolakan. mungkin yang berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka, semuanya dianggap dan dirasakan manis untuk awal 6 bulan pertama. tapi tunggulah bulan-bulan dan tahun seterusnya. kalau tak banyak, pasti ada sedikit geloranya. tapi jangan risaulah. itukan lumrah. janganlah cepat melatah dengan mengatakan kita tidak serasi. memanglah belum serasi. sebab banyak lagi yang perlu kita pelajari dan dalami tentang pasangan kita. sabar dulu. Dr. Masyitah menyebut lagi;

nak memahami pasangan kita macam memahami anak kecil yang baru lahir. setelah bayi itu lahir pada usia sehari, kita tak tahu lagi apa yang dia suka makan atau suka buat. tapi selepas seminggu baru kita discover dia suka apa. tapi bila dah menganjak setahun, kita jumpa lagi benda baru tentang dia. kita sabar lagi melayan kerenahnya. hingga berusia belasan tahun, kesukaan dan ketidaksukaannya juga berubah. dan kita masih sabar dan melayannya hingga dewasa dan sehinggalah habis usia kita. begitu juga pasangan kita, dari hari ke sehari kesukaannya berbubah dan berbeza. masakan selepas 12 hari, selepas 3 bulan, kita dah katakan tiada keserasian antara kita dengan pasangan?

sabarlah. carilah dan ambillah masa untuk mengenali pasangan sebaiknya. kerana jodoh kita bertemu, dan janganlah pula salahkan jodoh juga bila takdirnya kita berpisah. akhirnya Dr.Masyitah menambah lagi, kenapa kebiasaannya tok kadi goncang tangan pengantin lelaki sewaktu akad nikah? ianya supaya sang suami berada dalam keadaan sepenuh sedar ketika akad dilafazkan dan secara sedar menerima tanggungjawab yang bakal digalasnya.



sekian, sungguhpun perceraian itu halal di sisi agama, tetapi ingatlah pesan nabi bahawa perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak. sampai situ dulu, yang baik kita manfaatkan, yang tak baik kita jadikan sempadan. sekali lagi sekalung tahniah pada sahabat2 yang baru menempuh alam rumahtangga. dan tahniah juga kepada yang akan dan telah menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka.TAHNIAH!


No comments: