::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, June 2, 2009

sepantas masa

melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi
akan menjadikan kita lebih memikirkan soal peranan
dan bukannya hak yang tidak berkesudahan ~aku terima nikahnya, ust. hasrizal~

cepat sungguh masa berlalu. sedar tak sedar sekarang kita sudah pun berada di pertengahan tahun 2009. rasanya, baru semalam menyambut tahun baru 2009 dan maal hijrah bersama keluarga saya. peredaran masa yang sangat pantas ini, menjadikan segalanya berlalu sekelip mata. tanpa terduga, tanpa terancang, segalanya berlaku selaras dengan apa yang tertulis di luh mahfuz. perancangan asal saya dan suami akan berangkat pada bulan lepas juga, telah berlalu. takdirnya, saya dan suami masih lagi di sini, di bumi bertuah malaysia. sudah ramai yang bertanya, namun perancangan Allah tidak siapa dapat menduga.

terus-terusan saya memanjatkan rasa syukur, kerana Allah permudahkan segala urusan perjalanan kehidupan saya. lambat atau cepat, takdirnya saya dan suami akan berangkat jua. setakat masa yang ada, saya manfaatkan bersama yang tersayang, saudara-mara dan sahabat handai. sedikit pun tidak merasa kecil hati pabila ramai yang bertanya tentang keberangkatan. berfikir dari sudut yang lebih manis, mereka bukanlah menghalau atau berkehendakkan saya dan suami berangkat segera. mereka juga berperasaan seperti saya, menghitung detik berapa lama lagi nikmat masa terindah dapat saya kecapi dan ciptakan bahagia bersama-sama mereka.


teringat saya, bulan jun ini adalah bulan kata orang musim mengawan yang biasanya bertepatan dengan cuti sekolah. lantas semakin banyaklah yang menempa zaman kebahagiaan dengan terbinanya mahligai kasih. tahniah buat semua sahabat dari jauh mahupun dekat. percayalah saya, perkahwinan itu memang medan bahagia yang tidak dapat digambar dengan mata kasar tetapi dapat dirasa dan dikecap dengan hati suci (eceh!, tetiba berbunga pula ayat, tak tahan....). tapi betul, kalau tak caya, cube kawen tengok...heh.

mungkin juga bertepatan dengan bulan mahligai kasih ini, saya telah tidak sengaja melanggan 3 buah buku sekaligus, karangan blogger islamic terkenal, ustaz hasrizal abdul jamil. saya senang sangat dengan tulisan beliau yang ringan, bersahaja dan bermesej. sesuai untuk pembacaaan semua peringkat. menjadikan kisah hidup sendiri sebagai garis panduan, beliau mampu menulis sesuatu yang sangat ilmiah dan bermanfaat (selaras, kisah hidupnya yang juga bermanfaat untuk dicontohi segenap lapisan masyarakat). tapi awas, bagi sesetengah pembaca, mereka mungkin merasakan jelik membaca kisah hidup orang lain sekalipun bermanfaat. tapi itu hanya sebilangan kecil sahaja. saya sama seperti kebanyakan orang, merasakan selesa mengambil manfaat dari kisah positif hidup orang lain, lantas menteladaninya jika bersesuaian. selaras dengan pemikiran si albert bandura (dari sekolah psikologi) melalui teori modelingnya atau teori pembelajaran sosialnya.


dengan judul aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga dan rindu bau pohon tin sampai ke pintu rumah saya pagi tadi. melanggan secara online di sini, khidmatnya sangat pantas dan tepat. mudah sangat, cuma emelkan tajuk buku untuk comfirmkan stok, setelah mendapat jawapan, bank in kan duit, dan kurang dari tiga hari kiriman akan sampai ke pintu rumah anda dengan segera (promosi tidak berbayar, hahaha...)



(bungkusan kiriman beserta dengan hadiah, ma'tsurat kecil comel:) )

saya sendiri belum baca, since baru sampai pagi tadi. tapi saya sangat teruja ingin membacanya. kisah positif tentang hidup berumah tangga dan percintaan, sangat sesuai dengan jiwa berbunga-bunga seperti saya. pastinya berlandaskan syariat, motiovasi islamik ini harus dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. membaca review dan sinopsisnya yang sangat menarik, saya tidak sabar nak kongsikannya nanti dengan anda semua sedikit demi sedikit nanti. tapi kalau tak sabar menunggu review dari saya, anda belilah dan bacalah sendiri. pasti keseronokannya akan anda alami sendiri. tak caya, cube beli tengok. heh.

okey, tadaaa kita jumpa lagi nanti.

No comments: