::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, June 10, 2009

walimah fatimatul husni dan hizam

Raja Sehari Disanjung Tinggi
Pusaka Warisan Melayu Kini
Raja Sehari Bertitah Di hati
Agar Direstui Perkahwinan ini

lengkap sudah geng 5 sekawan berumahtangga. tanggal 31 mei 2009 lalu sempurna sudah mahligai cinta sahabat kami yang terakhir, Pn. Fatimatul Husni Nawawi dengan jejaka pilihan hatinya En. Mohd Hizam. Syukur kehadrat ilahi, tepat seperti dalam perancangan, saya dan rakan 5 sekawan lain dapat bertemu di majlis sahabat ini setelah sekian lama tidak bertemu. Buat pasangan mempelai, tahniah dari kami semua.


pengantin penuh seri dengan dress peach coklat. marilah kita izinkan gambar bercerita ya~!

5 sekawan bersama pengantin. lengkap sudah semuanya berumahtangga.

antara kami berempat yang sudah berumah tangga, fatanah dan hikmatul mabruk telah pun menimang cahaya mata. kedua-duanya hero, kedua-duanya comel. fathi dan thaqif. baby, sangat tidak sinonim dengan kenduri yang mana sangat panas dan merimaskan, jadi kedua-duanya memiliki kerenah yang sama. kedua-duanya meragam aje...

kami (saya dan suami) sampai di rumah pengantin agak lewat. jam dua petang. kemudian menunggu ketibaan rakan lain, jadi ianya melarat hingga ke lewat petang. pengantin berhenti solat, jadi selepas solat saya dan jah siapkan a.k.a touch up semula pengantin. tiada bakat, setakat pengalaman sendiri sahaja. namun, sedikit sebanyak bolehlah menaikkan semula seri pengantin.ngeee

sekitar majlis bergambar bersama pengantin. pengantin juga bergambar dengan anak-anak saudara untuk mendapat aura kanak-kanak cepat sikit.hahaha...termasuk juga, bergambar bersama saya dan suami. plan asal untuk bergambar bersama suami-suami 5 sekawan yang lain terpaksa dibatalkan kerana masa tidak mengizinkan di mana fatanah dan imah terpaksa beredar awal. apa-apa pun kami tetap gembira kerana dapat bertemu, setelah sekian lama terpisah. menyaksikan 'perkembangan' hidup dan cerita masing-masing, sudah cukup puas bagi kami.

seterusnya, seminggu selepas resepsi di pulau pinang, saya berpeluang pula menghadiri resepsi pengantin di sebelah pihak lelaki pula di seri rampai berdekatan dengan wangsa maju, kuala lumpur. resepsi ini saya hadiri bersama suami, bonda saya, sahabat junior saya salmah, dan sahabat baik saya afida ayu serta anak dan suaminya. ayu berasal dari terengganu dan kini menetap di melaka. kebetulan, ayu menemankan suaminya yang berkursus di kuala lumpur, lantas tutut sama hadir ke majlis bersejarah pengantin memandangkan beliau tidak dapat hadir di pulau pinang tempoh hari.



ayu masih ayu seperti dulu. masih cantik masih manis dan tambahan saya rasakan dia semakin kurus. che hasan suaminya masih juga seperti biasa seperti mula-mula saya mengenalinya. adam pula anakanda comel mereka yang baru berusia 3 bulan mewarisi iras wajah kedua-dua ibubapanya. bayi comel ini sama seperti bayi-bayi lain, tidak selesa dalam keadaan kepanasan begitu. jadinya, dia sangat tidak berkompromi dengan kami. tidak memberi ekspresi muka yang comel untuk saya ketik fotonya. jelas kelihatan ibu adam yang agak panik dengan kerenah anakandanya. tidak dapat tunggu lama, mereka terpaksa mengambil keputusan beredar segera. adam selain kepanasan, mungkin juga kelaparan. bonda saya seorang pesara jururawat hospital bersalin yang berpengalaman, menasihatkan ayu supaya jangan panik lah. begitulah ibu muda. masih kurang pengalaman dan cetek ilmu pengetahuan. lantas saya juga dapat mengambil pengajaran.

adam masih lagi sangat tidak mahu berkompromi. kepanasan cuaca yang merimaskannya tidak mengizinkan kami bermesra dengannya. bonda saya juga tidak ketinggalan ingin merakamkan potret kenangan bersama adam. tapi, biasalah adam tetap tidak mahu. jadinya, potret yang dirakam agak tidak bersedia dan tiada peluang kedua lagi membetulkannya. heh. adam oh adam!

terakhirnya, kami mengambil peluang bergambar bersama pengantin. terkilan juga saya tidak dapat merakam banyak personal gambar bersama pengantin, lantaran melayan kerenah adam yang kerengsaan. tidak mengapalah. pengantin tetap berseri di dalam suit putih biru mereka. buat pasangan pengantin, tahniah diucapkan dari kami sekeluarga dan rakan semuanya. semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat dengan penuh keberkatan dan limpahan kasih sayang Tuhan.


No comments: