::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, February 17, 2009

kejujuran dan keikhlasan

~filem Malaysia
filem kita~

i'm fan of filem melayu. saya bercakap bahasa melayu. saya bangga sebagai melayu. dan saya sayang malaysia. jangan tanya saya sebarang cerita omputih yang susah nak faham tu (kalau takde subtitle:: read: tak kira english or malay). jangan tanya saya pasal friends, pasal oprah, pasal GA and ape2 lagi lah...

hari selasa, biasanya masa saya dengan TV3. ohh, noted that, di teratak indah saya ini tidak punya arial di bumbung yang bulat ade tulis A.S.T.R.O itu. jadi saya cuma ade beberapa siaran yang sering ditonton oleh orang kebanyakan..itu pun kekadang tak terlarat nak tengok. i'm not a fan of the idiot box doh...*sigh*

nak cerita sedikit kisah yang sedang saya addicted sekarang, setiap selasa which are,

this,

and this,


sekalipun ada kelainan antara kedua2 drama, tetapi kesamaannya tetap ada. adapun 'ku milikmu' sedang di episod terakhir manakala 'kasanova xxl' baru sahaja bermula. antara kesamaanya adalah, percintaan / perhubungan terjalin berdasarkan tiket paras rupa juga dimulakan dengan saluran media alam maya (read: the net)

sejauh manakah anda percaya pada perhubungan di internet? melalui kedua-dua kisah, ia seakan memberitahu bahawa, internet hampir tidak boleh dipercayai. apa yang anda percaya / tahu tentang seseorang melalui jaringan wayar itu adalah tidak sama dengan yang berada di daerah realiti. tetapi tidak sedikit juga yang membina perhubungan (dan berjaya with that relationship) adalah atas tiket jaringan alam maya.

anda boleh jadi sangat baik di alam maya, realitinya tidak. anda boleh bercakap tentang agama dan adat, dan aurat, realitinya anda sendiri mendedahkannya, anda sendiri berpegangan tangan dengan yang bukan muhrim dan tanpa anda sedar terpost pulak gambar tersebut di laman rasmi blog anda (aha, kantoi di jonker street) eh, knp jonker street lak ni?( hehe sile, tiada kene mengena dengan contoh). anda kenalkan diri sebagai seorang yang jiwang dan berhati mulia tetapi, di alam realiti, you are lier...anda kenalkan diri sebagai ramah dan menghargai kawan tetapi realiti, anda tidak layan sebarang panggilan kawan anda, anda tidak mengendahkannya malang sekali anda seakan-akan lupa padanya..huh! :(( sedih..

di manakah kejujuran sebenar boleh diperolehi? sebolehnya, dan selalunya, saya jujur dengan apa yang saya rasa dan saya maklumkan. tidak kira atas sumber apa, tetapi sebolehnya saya akan jujur. tetapi dengan tiket kejujuran itu juga, saya cuba bataskan keterbukaan saya di alam maya ini. di dunia tanpa sempadan, tidak semua yang boleh kita ceritakan. di dunia tanpa sempadan inilah kawan boleh jadi lawan juga lawan boleh jadi kawan.

dan saya juga terfikir, kenapa ya, paras rupa dan bentuk fizikal selalu menjadi ukuran atau value of judgement? kenapa bukan kejujuran dan keikhlsan hati menjadi taruhan?

adakah kerana mahu rasa hebat, kerana mahu dikenal ramai, kerana mahu disukai semua, kita palsukan diri kita? tak mahukah menerima apa yang dikurnia oleh yang Maha Pencipta? percayalah, walau siapapun kita, kita lah ummat terbaik..kitalah ummat terhebat di dunia ini kalau kita pandai menghargai diri kita seadanya...

akhir nanti, sampai ketemu lagi di lain ketika. berhati-hati dengan keterbukaan, tapi bukan dilandasi dengan sebuah penipuan...

No comments: