::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, February 18, 2009

there is a blessing in disguise

wa makaru wamakarallah
wallahu khairul makirin


kita merancang, Alalh jua merancang. namun sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah taala. saya ingin merafakkan kesyukuran atas perancangan Allah yang telah baik tersusun sepanjang kehidupan ini. kadangkala saya rasa perancangan yang saya buat dan akhirnya menjadi takdir hidup saya, adalah salah. namun dipengakhirannya saya discover...ya! inilah sebaik perancangan Allah taala


1. saya ditakdirkan belajar tanpa mana-mana biasiswa tajaan/ pinjaman. mulanya rasa menyusahkan ayahanda tanpa biasiswa/ pinjaman itu, tetapi saya discover senangnya belajar tanpa sebarang pinjaman-->mudah dikemudian hari (tanpa perlu menambahkan kos belanja hidup).

2. selepas berkahwin, saya masih lagi belajar. jadi saya harus tinggal berdekatan dengan tempat belajar saya yang juga dekat dengan rumah ibu bapa saya. hikmanya, saya masih dekat dengan semua safe zone people saya walaupun saya sudah ada halaman sendiri. saya tiada masalah untuk selalu berada bersama mereka.

3. perancangan asalnya, saya bercadang untuk berehat daripada belajar selepas berumahtanggaa. tetapi takdir menentukan saya untuk terus menyambungnya (masih lagi dengan biasiswa ayahanda). jika saya masih bertangguh (dahulu) pastinya saya tidak (akan) tamat pengajian menjelang bulan April nanti.

4. kami ada perancangan membeli rumah sendiri. juga aset2 yang lainnya. tetapi tahap kewangan masih belum mengizinkan. tidak mengapalah, kerana hikmahnya telah saya temui.

5. mr.soulmate pernah ditawarkan belajar di bumi anbiya' selepas tamat STAM (dahulu). tetapi takdir mengatasinya, jadi beliau menyambung pengajian di taman ilmu dan budi (UIA). hikmahnya, dia bertemu saya..:) *eceh*wink*wink*.

6. mr.soulmate juga telah ditakdirkan mengambil jurusan linguistik (Arab) sewaktu pengajian dahulu, hikmahnya beliau ditempatkan di jabatan kerajaan menggunakan keistimewaan bahasa kedua yang dimilikinya itu.

7. selepas lebih setahun membina mahligai bahagia, kami belum dikurniai rezeki cahayamata, kerana Allah itu memberi kami rezeki dalam cabang yang lainnya.

dengan segala perancangan Allah itu yang siap dan cantik penyusunannya kami dijadualkan berangkat meninggalkan tanah air, keluarga dan sanak saudara tercinta ke bumi anbiya' (Riyadh- Arab Saudi) dalam lebih kurang dua bulan dari sekarang. atas urusan kerjaya mr.soulmate.

doakan kesejahteraan kami menempuh hidup di rantau orang. berat di hati ingin tinggalkan segalanya di sini, namun jika itu perancangan Allah yang terbaik buat kami, kami redha. InsyaAllah. we wish time goes slower, so i could menikmati segalanya yang di sini selagi masa yang ada masih berbaki...

namun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang, takdirnya hanya Allah yang menentukan. sesungguhnya setiap sesuatu yang ditentukan kepada kita, hikmahnya adalah sangat besar dan diluar kemampuan akal fikiran kita...fikir-fikirkan dan renungkanlah..

No comments: