::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, February 13, 2009

boikot tak boikot

kadangkala kita perlu meminta bantuan orang lain
tidak kira walau siapapun kita~wonderpets

kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang isu boikot barangan yang menyumbang kepada ekonomi pembangunan israel. lantas menjana kemajuan memusnahkan umat islam...paling popular, memboikot makanan kegemaran ramai yang tersohor, KFC dan MC Donald...pernah tak anda semua menerima emel yang berbunyi begini?


Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata “baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin”… .dah banyak sms yang saya dapat…daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd


so,what is your opinion regarding this matter?
this is my humble opinion:

1. I dont think that they had a fix pay (as said in the letter --> yuran penggunaan nama) to the KFC owner (~tipulah~).

2. The pay must be based on the sales la...( lagi banyak you jual, lagi banyak you have to pay) a.k.a konsep bayar royalti lah kan

3. Sedangkan manuscript yang tiada any registered / trademark pun orang akan melenting bila ianya di cetak rompak or plagiat freely, inikan pulak sesuatu yang berjenama--> jika dibayar dengan fix price, ~ takde maknenyer!~

4. dan kalaupun tidak dibayar mengikut untung sekalipun, tetapi pembayaran yuran dibuat setiap tahun, atau setiap kali francise baru dibuka, jadi setiap kali itulah saham kita memusnahkan umat Islam dikira pakai..saya kira,sudah sampailah masanya untuk kita berhenti menyumbang..

5. concerning to the boikot that can menjatuhkan umat Islam (since mereka yang terlibat untu KFC Malaysia semuanya adalah Islam Melayu ), lupakah mereka pada ayat Allah yang berbunyi begini?

“..jika kamu takut miskin, maka kelak ALLAH akan mengkayakan kamu daripada kurnianya…” (Surah at-Taubah [9]:28 )

hanya kepada Allahlah tempat pemberi rezeki yang sebaiknya. tidaklah kerana tutupnya KFC dan MC D di Malaysia, akan runtuhlah ekonomi umat Islam seluruhnya....

6. oleh itu perlunya ada alternative dari pengusaha-pengusaha Islam yang lain untuk mengembalikan semula ekonomi ini. sebagai contoh, Radix FC telah pun menyediakan alternativenya. saya dan kita semua berdoalah agar Radix FC bertambah maju dan meluaskan jaringan pemasarannya di seluruh Malaysia...dan meyebarkannya diseluruh negara Islam dan pelusuk dunia umumnya


7. sementara menunggu terbit RFC dan yang lain-lain seumpanya, mungkin juga kita boleh bermula dari rumah untuk sesuatu yang lebih kurang serupa, tetapi lebih dijamin ke'halal' annya...(dari segi sumbangan ekonominya)


home made prosperity burger
memang purposely meniru kesedapan Mc D** itu, asalkan dapat merasa yang halal


saya suka, keluarga juga suka...


8. moga-moga dengan usaha boikot ini, dapat memajukan ekonomi islam, melumpuhkan mereka yang di laknat secara ekonomi, mental dan fizikal..seterusnya kita mampu membolot semua saham mereka dan dunia pasaran KFC dan yang lain sewaktu dengannya, menjadi milik umat Islam seluruhnya..

p/s: untuk artikel yang lebih menarik sila ke sini

Wallahua'alam


No comments: