::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, January 5, 2009

sg.congkak, hulu langat

zoom Malaysia
banyak untuk di lawati
banyak lagi untuk di terokai


hujung minggu yang lalu, saya bersama keluarga dari pihak mr.soulmate ke sungai congkak, meraikan hari lahir anak ipar saya. terdahulu, kami memanjakan diri di air laut pulau pangkor bersama keluarga dari pihak saya, kali ini pula memanjakan diri dengan kesejukan dan kedamaian sungai congkak. fuh!!airnya deras sungguh dan sejuk amat..saya suka aktiviti di air...humm love it! love it!


antara hidangan dan santapan yang di sediakan. saya, membekalkan sandwich telur yang tidak sampai beberapa minit telah lenyap di telan semua yang ada. juga tidak ketinggalan fruit koktail sebagai pencuci mulut. MIL menyediakan seperiuk besar the yummylicious nasi lemak (oh, saya lupa mengetik fotonya), juga ipar duai yang lain mengambil bahagian membawa bekalan masing2. ada yang menyediakan air, keropok, sandwich sardin dan berbagai lagi. menu utama, pastinya BBQ ayam dan ikan juga sosej yang sedap semuanya.humm yummy!!

event utama, majlis hari lahir, anak kakak ipar saya merangkap anak saudara saya. kanak-kanak sangat riang memotong kek beramai-ramai dilengkapi dengan set parti (teringat pula zaman kanak2 dulu)...bila sudah lapar dek berkali-kali turun naik air sungai, megi pula menjadi rebutan

sekian dulu untuk kali ini...
marilah bercuti di Malaysia...
jom cuti-cuti!


No comments: