::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, June 25, 2012

petua mencukupkan rezeki

dan ingatlah nama TuhanMu di waktu pagi dan petang. sujudlah kepadanya di malam hari,dan bertasbihlah memujinya pada malam yang panjang 
(Ad dhar,25-26)

maaf, dengan entry yang sebelum ini. eh, maaf? ya, maaf kepada individu yang belum menjalani kehidupan berumahtangga. untuk sahabat yang mungkin offended membaca catatan ulang tahun kami yang ke 5 kerana mereka masih belum, saya pohon maaf.

mungkin ada yang berkata, hidup masing-masing lah kan. kenapa perlu ungkapan maaf pula. masakan ada yang akan berkecil hati melihat kebahagiaan orang lain. ya, secara zahir mungkin tiada, tetapi secara batinnya kalau ada hati yang menangis siapa tahu kan. kalaulah ada, (ya memang ada) sahabat seusia saya, masih belum bertemu jodohnya, sedangkan saya sudah separuh dekad Allah kurniakan hidup sempurna. mungkin mereka sedikit terguris mengenang nasib diri. secara positivenya mungkin dia boleh rasa rileks-rileks sahaja, tapi jauh di sudut hatinya, siapa tahu dia sedang rasa apa kan...

saya menulis atas dasar keperihatinan yang sama. saya selalu rasakan lambatnya rezeki saya bercahaya mata sama dengan lambatnya jodoh seseorang tiba. pelbagai usaha telah dilakukan untuk melekatkan jodoh tapi tidak berjaya, sama juga pelbagai usaha bagi melekatkan kandungan juga masih belum berjaya. pada saya keadaan itu sama. itu sebab saya rasa saya mungkin berkongsi rasa yang sama dengan mereka. saya bisa rasa gembira dengan berita sahabat atau saudara yang murah rezekinya. belum sempat setahun berumahtangga sudah dikurnia cahaya mata. namun ada satu sudut lain di celah hati saya, merasa sedikit sedih mendengar berita bahagia itu.

walaubagaimanapun, saya tetap percaya dengan takdir Allah. masing-masing ada bahagian rezeki masing-masing. kalau ada yang terkecewa membaca berita bahagia saya, ketahuilah jauh di sudut lain, kamu juga bahagia. kamu masih bahagia bersama lingkungan sahabat handai. kamu masih bahagia dalam lingkungan keluarga. masih mampu berada di bawah ketiak bonda setiap masa, persis usiamu masih di awal remaja. kamu juga masih bahagia dengan kerjaya. hanya tumpuan itu sahaja, tiada perlu pening memasak atau mengurus rumah tangga. mari kita syukur dengan apa yang kita ada. serahkan sahaja takdir yang lain itu pada yang Esa. antara tanda syukur kita adalah bersedekah. dan sedakah itu tidaklah semata-mata terhad pada wang ringgit sahaja.

Rasullullah SAW bersabda,
"setiap sendi tubuh kamu mempunyai sedekahnya tersendiri. setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid pun adalah sedekah. setiap tahlil sedekah setiap amar makruf sedekah, nahi mungkar juga sedekah dan semuanya boleh diperoleh dalam dua rakaat Solat Sunat Dhuha" (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

mudah sahaja bersyukur dengan sedekah iaitu konsisten dengan Solat Dhuha. salah satu solat sunat yang sangat dituntut oleh nabi. fadhilatnya bisa mencukupkan rezeki yang kita ada, InsyaAllah. lazimnya solat sunat dhuha waktunya adalah setengah jam selepas matahari terbit sehingga satu jam sebelum masuknya zohor.  menurut riwayat, solat dhuha bilangan rakaatnya paling kurang sebanyak 2 rakaat, pertengahannya 4 rakaat manakala utamanya 8 rakaat. tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali org2 yg bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. 





mari beramal kerana Allah.
 moga Allah cukupkan rezekinya untuk kita, Amin. 


Saturday, June 23, 2012

catatan setengah dekad

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami,penyejuk hati kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa





pada usia awal perkahwinan seawal genap sebulan, saya tinggal berjauhan dengan insan yang baru muncul dalam hidup. sebulan selepas hari nikah, soulmate berkursus selama 6 bulan. sebagai pengantin baru, rasa macam ralat sikit bila kehidupan alam rumah tangga tak sama macam orang lain. namun begitu, Allah tetap sayangkan saya walaupun secara literalnya perpisahan itu selama 6 bulan, tapi ianya tidaklah total berpisah. kami tetap bertemu setiap hujung minggu. tetap sempat melepaskan rindu yang membuak di dada setiap kali soulmate ada peluang untuk pulang. yelah, pengantin baru, semua pengantin ada rasa yang sama macam saya. kalau tak percaya, cuba ingat-ingat balik.perasaan menanti hujung minggu dan sedihnya bila weekend sudah berakhir,masih segar diingatan saya.

jadi, walaupun status saya sudah bertukar dari anak gadis kepada isteri mithali, saya tetap tinggal bersama ibu bapa. saya ada transition period at least 6 bulan sebelum benar2 berkhidmat sebagai isteri. dalam transition period itu, saya menyulam cinta dengan insan yang saya kasihi, dating seminggu sekali dan berkongsi rasa rindu dalam aliran yang diizinkan agama. setiap rindu yang mengalir, setiap cinta yang berputik semuanya diiring pahala, InsyaAllah. pada 6 bulan pertama itu, jiwa saya masih seperti anak dara, masih riang gembira, masih sama di peringkat pengajian, malah saya rasa hidup lengkap serba serbinya walaupun saya tidak tinggal sebumbung dengan lelaki yang baru hadir mengetuk kotak pitu hati. rasa seperti bercinta zaman muda mudi remaja. dalam masa awal perhubungan itu, kadangkala sukar juga membuat pilihan antara lelaki baru dan lelaki lama yang sudah beraja di hati. lelaki lama saya refer kepada abah saya. pada awalnya rasa janggal juga menukar nama penjaga saat mengisi borang. lazimnya menulis nama lelaki yang selaras selepas nama saya. kemudiannya baru terfikir saya perlu tukar nama penjaga saya, kepada lelaki baru yang hadir menakluk jiwa. kadangkala bertegas juga, lebih prefer untuk taat kepada lelaki lama berbanding lelaki baru. sukar juga mahu tunekan minda, taat saya kini sudah perlu berubah hala.




selepas 6 bulan fasa bulan madu  kami tamat, saya antara jiwa paling gembira. yeay! dapat bersama membina layar bahtera seperti pasangan suami isteri biasa. kami mula survey tempat kediaman buat tempat berlindung dari panas dan hujan. tumpuannya di sekitar yang hampir dengan tempat kerja mr.soulmate. malangnya, tidak banyak kekosongan yang sesuai dengan keadaan kami. kami mencari ruang kediaman yang selesa dan mampu sewa. namun tidak banyak yang ada. Alhamdulillah, ibu saya punya satu kediaman yang dibiarkan tiada penghuni. ibu tidak mahu sewakan kepada orang asing kerana kediaman itu baru selesai renovasi. ibu tawarkan kami kediaman itu. ibu tawarkan secara percuma, tetapi soulmate menolaknya dengan membayar juga sewa kepada ibu pada kadar yang kami mampu. mengambil kira kesenangan saya yang dekat untuk ke kampus, jadi kami terima. penat sikit bagi soulmate memandangkan jauh untuk ke tempat kerja sekitar 50km.

hidup sebagai suami isteri kami bermula dari zero. saya masih di bangku pengajian. hanya mr soulmate seorang yang mencari rezeki untuk keperluan keluarga. suka saya lihat bila pasangan pengantin yang baru berkahwin mampu untuk memiliki kehendak mereka. mampu bercuti ke sini sana sekerap mungkin. mampu  menukar telefon bimbit jenama terhebat dan terbaru, juga mampu menambah aset kehidupan lain semudahnya.  setakat awal peringkat kehidupan kami tinggal bersama, hanya keperluan sahaja yang mampu kami miliki. segala keperluan yang wajib sahaja kami ada. untuk memenuhi kehendak, kami pejamkan mata dahulu. jujurnya, kehidupan di Kuala Lumpur bagi kami yang hanya sebelah pihak memiliki punca pendapatan, adalah sedikit menyesak atau tersempit. soulmate bukanlah anak tunggal keluarga yang mempunyai harta-harta di dalam dan luar negara. soulmate datang  dari keluarga biasa-biasa yang sedrhana. saya juga bukanlah anak taukeh ladang emas. namun kami tetap bahagia meniti hari-hari mula sebagai pasangan suami isteri. Alhamdulillah rumah ibu yang kami sewa sangat besar dan selesa buat kami berdua. buat permulaanya kami hanya mampu sediakan keperluan asas sahaja. awalnya, kami cuma hamparkan sebuah permaidani besar dan dihiasi bantal-bantal hiasan untuk lapik duduk. kami masih belum mampu memiliki sofa, masih belum mampu untuk mempunyai meja makan. yang kami perlu ada cuma peralatan asas dahulu seperti televisyen tanpa astro, peti ais, mesin basuh serta alatan elektrik dapur yang lainnya seperti blender dan periuk nasi.cukup setakat itu dulu. dengan kehidupan yang serba sederhana itu, saya merasa perlu juga untuk membantu suami. saya berpeluang bekerja sambilan sebagai pembantu penyelidik. Alhamdulillah kehidupan kami walaupun tidak mewah, tapi serba cukup.pendapatan bulanan yang kami ibarat, kais bulan ini untuk makan sebulan, kais lagi untuk bulan depan makan sebulan. begitulah seadanya. tiada peluang untuk memenuhi kehendak. segalanya untuk keperluan.

~kediaman kami suatu masa dulu~


Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. selepas 2 tahun perkahwinan, setelah jerit perih dilalui,  saya tamat pengajian MA dan soulmate ditawarkan khidmat luar negara pada penghujung 2009. tibalah masanya untuk kami tinggalkan tanahair, keluarga dan sahabat handai. pada permulaanya, saya agak tidak selesa di tempat orang. saya tidak biasa keluar dari zon selesa. Allah sayangkan saya, 3 tahun berlalu dengan segalanya selesa buat kami berdua. saya sudah hampir 3 tahun mengikut soulmate berkelana di tempat orang. Alhamdulillah, segalanya baik, aman, selesa dan bahagia. secara kewangannya, kami stabil. kehendak sedikit sebanyak sudah mampu diperolehi, syukur rezeki Allah. 

Alhamdulillah, hari ini genaplah usia perhubungan ini setengah dekad. 5 tahun telah saya habiskan bersama lelaki yang baru ini. saya sudah betah menulis nama beliau untuk diisi diruang penjaga. 5 tahun saya sudah bersama lelaki ini membina lakaran baru dalam kehidupan ini. warna warni kehidupan saya dilakar hanya bersama dia. turun naik emosi ini hanya dia yang menjadi saksinya. 5 tahun ini kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. masih jauh perjalanan kami, 5 tahun hanya sebuah titik mula untuk perlayaran seterusnya. 5 tahun ini saya sudah terlalu obsess hanya untuk dia. tanpa lengannya tidur saya tidak lena, tanpa dia, selera makan saya tiada, tanpa tunjuk ajar darinya saya tidak nampak di mana cahaya. tanpa bimbingan dia saya tidak tahu bagaimana mahu berjalan lurus atas lanadasan agama. Alhamdulillah, Allah kurniakan masa 5 tahun ini untuk saya berkongsi rasa bahagia. 




Allah, izinkan saya untuk terus bersamanya hingga syurga. Allah izinkanlah nafas kami bersatu sehingga hujung nyawa. Kalau kau takdirkan kami hanya berdua hingga ke akhirnya kami redha. Namun, berkat Kudratmu dan Ismahmu Ya Allah, kurniakan kami cahaya mata agar hidup kami lebih serinya. Amiiin.


Thursday, June 21, 2012

pau mawar

sekuntum mawar merah
sebuah puisi


lama sungguh tidak berkongsi resepi. bukannya dapur tak berasap. berasap selalu. bukannya dah lama tak ambil gambar. selalu sangat, asal ade masakan signature terbaru, mesti ambil gambar. memang dah niat nak masuk blog untuk rujukan. tetapi selalunya mood menulis itu kurang sangat.

ok, hentikanlah pelbagai alasan kan..hari ini saya nak kongsikan resepi PAU MAWAR. kenapa namanya mawar?sebab rupa parasnya sebegitu. sudah lama dicuba oleh blogger masakan terhebat. saya jer yang baru ade mood nak buat. dari kak azlita masam manis dan ramai lagi. link pau kak azlita boleh klik sini

PAU MAWAR PUTIH







BAHAN-BAHAN PAU

300 gram tepung gandum 
6 gram baking powder
6 gram yis kering
30 gram gula
3 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil ovallete
2 sudu besar minyak
120 ml air suam
inti secukupnya
(saya guna inti kacang merah ~ DIY kacang merah menggunakan 1 tin kacang merah, masak dengan api sederhana, tambah gula secukup manis dan lecek hingga hancur. sejukkan)

CARA MEMBUAT PAU

gaulkan semua bahan-bahan kecuali air sehingga rata
masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sebati
rehatkan doh lebih kurang sejam atau naik 2 kali ganda


kebanyakan resepi pau mawar nih semuanya warna merah. yelah baru kena dengan bunga mawar kan. menurut kajian pembacaan, diorang guna keledek manis unggu untuk bagi efek warna pada pau tersebut. dilaporkan juga teksturnya lebih gebu. pau saya jadi mawar putih sebab sebenarnya saya takde plan pun nak buat pau bunga nih. cumanya di suatu petang yang hening, setelah request sekian lama dari teman sebilik yang asyik nak makan pau, saya buatlah. tetiba rasa nak kreatif pula. memula dok pintal-pintal juga sana sini, tapi tak jadi pun kelopaknya. akhirnya kene mintak tolong pakcik google jugaklah. tuh yang jumpa entri blogger2 masakan hebat yang pernah buat pau bentuk bunga nih.




sambil mencari-cari cara nak buat kelopak bunga tuh, terjumpalah resepi dari kak azlita masam manis dan rakan-rakan lain. rupanya saya dah pernah baca resepi dia tuh. katanya riwayat asal datang dari miss wendy. dia nih juara masterchef blogger. huh hebat memang hebat. pertama kali baca dulu, ingatkan susah sangat membuatnya. rupanya mudah sahaja. lihat ilustrasi di bawah. ini versi revisi sayalah. kalau mahu yang lebih sahih, boleh rujuk riwayat sanad resepi yang pertama.




untuk mendapatkan dua kuntum mawar, menurut ilustrasi paling kiri, memula saya bahagikan doh pada  2 bahagian kecil seberat 30 gram setiap satu (#1). kemudian ambil 1doh 30 gram itu  dan gelek memanjang (#2). kemudian bahagikan kepada 3 bahagian kecil (#3). ulang step yang sama untuk doh 30 gram yang satu lagi.


ok, sekarang kita berpindah ke ilustrasi tengah pula. gelek setiap satu doh kecil yang telah dibahagi 3 tadi. gelek menggunakan rolling pin, senipis 1/2 cm. menjadikan semuanya 6 keping doh bulat yang nipis. susun semua kepingan doh bulat tadi seperti dalam ilustrasi tengah. gelek susunan doh dengan rolling pin supaya ianya melekat antara satu sama lain.


seterusnya,  berpandukan ilustrasi paling kanan, letakkan 2 biji inti sebesar biji guli kiri dan kanan, di atas lapisan pertama. saya guna inti kacang merah. senang nak gentel. kemudian gulung kemas. kalau tak nak nampakkan isi, boleh balut tepi macam gulung popia sebelum memulakan penggulungan hingga hujung.






#1) doh yang siap digulung
#2) bahagikan kepada 2 bahagian menggunakan cutter atau chopstik (supaya dasarnya membulat).
#3) terhasillah 2 kuntum mawar. kemaskan kuntuman kelopak mawar.

sediakan periuk kukusan.
lapik setiap kuntum mawar dengan kertas minyak, atau daun pisang atau cup cake.
kukus lebih kurang 7-10 minit. 
untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas pau, lapik tudung kukusan dengan kain.




sekian, 
selamat mencuba!

Sunday, June 17, 2012

aurat wanita sesama wanita bukan muslimah

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (Annur, 31)

sekian lama tidak menulis. masa itu ada. cerita itu banyak. cuma mood menulis itu yang tidak kunjung tiba. terfikir nak update sekadar cukup syarat sahaja, tetapi rasanya elok tiada, daripada ada yang hanya sia-sia. seperti biasanya sekarang ini musim kepanasan membahang. kalau pendingin hawa terpadam, saya mesti akan kata, "please, now is summer. air condition adalah wajib." ya, saya tahu panas lagi api neraka. be realistik, panas tetap panas.

alhamdulillah, kehidupan untuk tahun yang ketiga ini sungguh selesa. sudah mampu adaptasi dengan semua. adaptasi cuaca, keadaan sekeliling, juga kehidupan sosial. lingkungan sahabat kini semakin meluas. bukan setakat dengan yang sama agama, yang berlainan agama juga kini semakin kamceng. bila kamceng dengan berlainan agama ini, ada beberapa batas yang perlu di ambil kira. please note, lingkungan sahabat kamceng saya sekitar jantina yang sama sahaja.

antara perkara atau batas paling utama yang harus diambil kira bila bersahabat dengan agama yang berlainan ialah batasan aurat. berkemungkinan kita akan berjimba sesama wanita di kawasan tertutup sesama wanita sahaja adalah tinggi. mengetahui batasan aurat sesama non-muslim adalah sangat penting. mari kita semak batasan hukumnya;

aurat sesama wanita adalah bersandarkan ayat Al-quran dari surah Annur ayat 31 yang bermaksud,


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka.. 

ayat di atas menjelaskan kepada wanita yang beriman agar menjaga pandangan mereka, memelihara kehormatan dan memelihara aurat mereka. dalam ayat ini juga menegaskan batasan aurat yakni perhiasan tubuh itu hanya dibolehkan dibuka  kepada 


SUAMI
BAPA 
BAPA MERTUA
ANAK 
ANAK TIRI 
ADIK BERADIK 
ANAK SAUDARA 
SESAMA PEREMPUAN


sandaran batasan aurat sesama wanita adalah berdasarkan ayat ini. kumpulan terakhir iaitu "sesama perempuan" membolehkan wanita membuka aurat sesama mereka. ini semua orang sudah maklum. berbalik kepada batasan aurat sesama wanita, jelas bahawasanya sesama wanita itu batasan auratnya adalah sama seperti kumpulan-kumpulan lain yang disebutkan tadi. akan tetapi, menjadi perselisihan apakah batasan aurat sesama wanita yang bukan muslimah juga adalah sama?


di sini ada dua pendapat. satu pendapat yang mengHARAMkan dan satu lagi pendapat yang mengHARUSkan. 

menurut kitab tafsir Ibn Kathir (3/284) firman Allah "Nisa'ihinna" yang bermaksud "sesama perempuan mereka" menjelaskan tentang terhad  kepada kelompok perempuan-perempuan muslimah sahaja dikalangan mereka. oleh sebab itu, adalah dibolehkan untuk seorang wanita menampakkan auratnya yakni perhiasan tubuhnya setakat yang biasa dizahirkan kepada sesama saudara muslimah mereka sahaja. aurat yang mesti ditutup adalah antara pusat hingga lutut. selain dari itu boleh diperlihatkan. perkataan "Nisa'ihinna" itu tadi tidak merujuk kepada wanita-wanita bukan muslimah yang lain. jadi, bersandarkan pada pendapat Ibn Kathir itu tadi, HARAM bagi seorang wanita muslimah memperlihatkan auratnya kepada wanita bukan muslimah yang lain. sekelompok ulamak lain berpendapat bahawa pengharaman ini adalah untuk mengelakkan fitnah yang mana berkemungkinan wanita bukan muslimah tadi akan menceritakan tentang aurat wanita muslimah kepada suami-suami mereka secara sengaja ataupun tidak sengaja.






Mari kita lihat pendapat yang mengHARUSkan isu ini;


Menurut Shaikh Allamah Abul A'la Al Maududi pula, "Nisaihinna" itu meliputi kaum wanita yang khusus dijadikan sekawanan, teman sekerja, atau teman kenalan sama ada yang Muslimah atau bukan Muslimah. jadi, batasan keterbukaan aurat itu meliputi keseluruhan kelompok wanita tidak kira muslimah atau bukan muslimah. antara dalil yang membolehkan aurat wanita diperlihatkan dihadapan wanita bukan muslimah adalah;


Pada zaman Nabi SAW dahulu wanita-wanita kafir dari kaum Yahudi bebas keluar masuk menumui isteri-isteri nabi padahal mereka tidak pernah berhijab dan tidak disuruh berhijab.


Dipetik dari KitabPendidikan Anak-Anak dalam Islam, pengharaman membuka aurat kepada wanita yang lain adalah disebabkan halangan, bukan disebabkan aurat itu sendiri tidak boleh dilihat. halangan di sini bermaksud halangan menceritakan aurat wanita kepada lelaki yang lain. tidak kira sama ada wanita itu muslimah atau bukan muslimah, halangan menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya atau saudara lelaki yang lainnya adalah diHARAMkan.oleh sebab itu, hendaklah berhati-hati di dalam pergaulan, jika dirasakan sahabat wanita itu adalah bersifat tidak elok, sekalipun dia Muslimah, tidak boleh menampakkan perhiasan tubuh badan kepadanya.


Allahu Taa'la Alam.
semua sumber adalah dipetik dari Kitab Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, karangan Abdullah Nasih Ulwan terjemahan dari Syed Ahmad Semat dan
Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah karangan Syeikh Abu Malik Kamal bin AsSayid Salim terjemahan oleh Mohd Sofwan Amrullah