::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, June 17, 2012

aurat wanita sesama wanita bukan muslimah

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (Annur, 31)

sekian lama tidak menulis. masa itu ada. cerita itu banyak. cuma mood menulis itu yang tidak kunjung tiba. terfikir nak update sekadar cukup syarat sahaja, tetapi rasanya elok tiada, daripada ada yang hanya sia-sia. seperti biasanya sekarang ini musim kepanasan membahang. kalau pendingin hawa terpadam, saya mesti akan kata, "please, now is summer. air condition adalah wajib." ya, saya tahu panas lagi api neraka. be realistik, panas tetap panas.

alhamdulillah, kehidupan untuk tahun yang ketiga ini sungguh selesa. sudah mampu adaptasi dengan semua. adaptasi cuaca, keadaan sekeliling, juga kehidupan sosial. lingkungan sahabat kini semakin meluas. bukan setakat dengan yang sama agama, yang berlainan agama juga kini semakin kamceng. bila kamceng dengan berlainan agama ini, ada beberapa batas yang perlu di ambil kira. please note, lingkungan sahabat kamceng saya sekitar jantina yang sama sahaja.

antara perkara atau batas paling utama yang harus diambil kira bila bersahabat dengan agama yang berlainan ialah batasan aurat. berkemungkinan kita akan berjimba sesama wanita di kawasan tertutup sesama wanita sahaja adalah tinggi. mengetahui batasan aurat sesama non-muslim adalah sangat penting. mari kita semak batasan hukumnya;

aurat sesama wanita adalah bersandarkan ayat Al-quran dari surah Annur ayat 31 yang bermaksud,


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka.. 

ayat di atas menjelaskan kepada wanita yang beriman agar menjaga pandangan mereka, memelihara kehormatan dan memelihara aurat mereka. dalam ayat ini juga menegaskan batasan aurat yakni perhiasan tubuh itu hanya dibolehkan dibuka  kepada 


SUAMI
BAPA 
BAPA MERTUA
ANAK 
ANAK TIRI 
ADIK BERADIK 
ANAK SAUDARA 
SESAMA PEREMPUAN


sandaran batasan aurat sesama wanita adalah berdasarkan ayat ini. kumpulan terakhir iaitu "sesama perempuan" membolehkan wanita membuka aurat sesama mereka. ini semua orang sudah maklum. berbalik kepada batasan aurat sesama wanita, jelas bahawasanya sesama wanita itu batasan auratnya adalah sama seperti kumpulan-kumpulan lain yang disebutkan tadi. akan tetapi, menjadi perselisihan apakah batasan aurat sesama wanita yang bukan muslimah juga adalah sama?


di sini ada dua pendapat. satu pendapat yang mengHARAMkan dan satu lagi pendapat yang mengHARUSkan. 

menurut kitab tafsir Ibn Kathir (3/284) firman Allah "Nisa'ihinna" yang bermaksud "sesama perempuan mereka" menjelaskan tentang terhad  kepada kelompok perempuan-perempuan muslimah sahaja dikalangan mereka. oleh sebab itu, adalah dibolehkan untuk seorang wanita menampakkan auratnya yakni perhiasan tubuhnya setakat yang biasa dizahirkan kepada sesama saudara muslimah mereka sahaja. aurat yang mesti ditutup adalah antara pusat hingga lutut. selain dari itu boleh diperlihatkan. perkataan "Nisa'ihinna" itu tadi tidak merujuk kepada wanita-wanita bukan muslimah yang lain. jadi, bersandarkan pada pendapat Ibn Kathir itu tadi, HARAM bagi seorang wanita muslimah memperlihatkan auratnya kepada wanita bukan muslimah yang lain. sekelompok ulamak lain berpendapat bahawa pengharaman ini adalah untuk mengelakkan fitnah yang mana berkemungkinan wanita bukan muslimah tadi akan menceritakan tentang aurat wanita muslimah kepada suami-suami mereka secara sengaja ataupun tidak sengaja.






Mari kita lihat pendapat yang mengHARUSkan isu ini;


Menurut Shaikh Allamah Abul A'la Al Maududi pula, "Nisaihinna" itu meliputi kaum wanita yang khusus dijadikan sekawanan, teman sekerja, atau teman kenalan sama ada yang Muslimah atau bukan Muslimah. jadi, batasan keterbukaan aurat itu meliputi keseluruhan kelompok wanita tidak kira muslimah atau bukan muslimah. antara dalil yang membolehkan aurat wanita diperlihatkan dihadapan wanita bukan muslimah adalah;


Pada zaman Nabi SAW dahulu wanita-wanita kafir dari kaum Yahudi bebas keluar masuk menumui isteri-isteri nabi padahal mereka tidak pernah berhijab dan tidak disuruh berhijab.


Dipetik dari KitabPendidikan Anak-Anak dalam Islam, pengharaman membuka aurat kepada wanita yang lain adalah disebabkan halangan, bukan disebabkan aurat itu sendiri tidak boleh dilihat. halangan di sini bermaksud halangan menceritakan aurat wanita kepada lelaki yang lain. tidak kira sama ada wanita itu muslimah atau bukan muslimah, halangan menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya atau saudara lelaki yang lainnya adalah diHARAMkan.oleh sebab itu, hendaklah berhati-hati di dalam pergaulan, jika dirasakan sahabat wanita itu adalah bersifat tidak elok, sekalipun dia Muslimah, tidak boleh menampakkan perhiasan tubuh badan kepadanya.


Allahu Taa'la Alam.
semua sumber adalah dipetik dari Kitab Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, karangan Abdullah Nasih Ulwan terjemahan dari Syed Ahmad Semat dan
Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah karangan Syeikh Abu Malik Kamal bin AsSayid Salim terjemahan oleh Mohd Sofwan Amrullah


No comments: