::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, March 31, 2012

angka tiga yang berlalu dan akan tiba

fear Allah wherever you may be,
follow up a bad deed with a good deed which will wipe it out ,
behave well towards the people
~good character on 40 hadeeth of imam an nawawi~

sudah berlalu tiga bulan untuk tahun ini. tahun ini juga masuk tahun ketiga saya di sini. kehidupan ini pula pada tahun ini masuk tahun yang ketigapuluh di muka bumi.pheew!... lajunya masa berlari. segalanya terasa masih baru. sebenarnya semuanya telah lampau. sedih T____T.


.:tidakkah kamu melihat bagaimana unta diciptakan?:.
Al-ghasyiah,17

serasa seperti masih baru pulang ke kampung halaman dengan peluang menatap atuk buat kali terakhir. rasa masih baru atuk pergi. masih segar di ingatan. kadang-kadang masih selalu termimpi-mimpi. di bumi tempat orang nih pun terasa macam masih baru. tapi bila ada perjumpaan dengan rakan-rakan, ada muka-muka yang baru dikenali baru perasan diri ini sudah lama di sini. bila tersedar sudah banyak tempat dilawati, sudah banyak tempat diterokai, baru perasan peredaran masa sudah banyak berlalu di kediaman orang ini. secara rambangnya, saya suka sebenarnya di sini. samada suka atau sudah selesa. bila selak-selak semula lembaran tahun-tahun yang berlalu, ada saat-saat sukar dan getir yang pernah ditempuh. tapi untuk beberapa ketika kebelakangan ini, tahap kesukaran yang pernah berlaku dulu macam sudah hilang ditelan zaman.


.:red sand dune.:
jejak yang sudah berlalu


.:rawdhat khuraim:.
bunga yang mengembang menguntum senyum



.:ruthaban janiyya:.

beberapa orang yang saya temui mengatakan, tempat saya tinggal sekarang tidak sehebat mana. tiada pusat hiburan seperti di negara barat sana. di sini juga tidak ada sungai dan pohon rendang angin sepoi-sepoi bahasa seperti di kampung sana. di sini tidak ada kebebasan untuk pihak kaum wanita untuk memandu sendirian, untuk keluar bekerja apatah lagi berpeleseran. di sini cuma ada cuaca panas tahap melampau. ada suhu ekstrem yang mencengkam. tahap kekeringan yang tinggi. tapi kenapa perlu dihitung pada benda yang tiada. cuba hitung nikmat yang sedia terhidang di sini. di sini ada cuaca bermusim. saya suka musim sejuk, saya selesa musim bunga dan musim luruh. di sini ada padang pasir sahara. seluas saujana mata memandang. saya suka pada deru pasir halus yang membentuk alur. ia tiada di kampung saya. ajaibnya pada musim bunga pasir sahara itu ditumbuhi bunga-bungaan mengembang. subhanallah cantik sangat pada mata saya. saya suka kehidupan saya yang di sini tanpa huru-hara. saya tidak pernah fikir kesesakan jalan raya dan tidak pening memilih baju ke tempat kerja. rutin saya hanya untuk sesuatu yang membuatkan saya gembira dan suka. saya tidak kisah tidak dapat memandu, kerana saya ada suami yang setia menemankan saya ke mana-mana. dia sentiasa ada masa untuk saya. tidak dapat memandu bukan masalah bagi saya. saya tiada masalah tidak dapat bekerja di luar kerana dengan berada di rumah, saya juga mampu menjana pendapatan ekonommi sendiri. (ya, saya sedang bekerja sendiri dari rumah dan ianya antara faktor paling utama kesuntukan masa saya untuk update blog sekerap dahulu). setakat ini, Alhamdulillah untuk nikmat yang tidak terperi ini.



.:the endless fun and joy:.



nikmat kehidupan pada tahun ketiga puluh lebih dirasai. mungkin kerana kematangan diri, perhaps. saya sudah semakin pandai untuk menghitung nikmat yang sedia terhidang instead of hanya merungut atas nikmat yang belum jua kunjung datang. pada saya, kita yang corak kehidupan mengikut keadaan, bukan keadaan mempengaruhi cara kita mencorak kehidupan seharian. biar di mana pun kita berada, kita yang menentukan keselesaan dan kegembiraan buat diri kita.


.:it's me:.
stay positive and happy to stay healthy

4 comments:

Mila@Rimbun said...

Menghargai setiap detik dan saat yang dikurnia Ilahi adalah lebih baik dari megeluh kesah kan, lepas tuh bile dah berlalu terasa rindu plak.. so treasure every moment of your life, tak semua orang dapat pengalaman seperti yang kita lalui..

ila nursalida said...

k.mila: betulla tuh..true

Juma Karamah said...

Gambar yg cantik! Hg tangkap sendiri ke, atau google? Cantik sgt kat pasir2 tu. 

Ey, berada di Riyadh adalah anugerah, boleh pi umrah bila2 masa nak.. hg beruntung tau walau ada yg kata tempat tu tak sehebat mana, aku suka la suasana mcm tu, tenang menenangkan.

Awwww, ila... Dah nak masuk 30 dah, mcm tak percaya. Dulu2 tgk org 30 rasa mcm terlalu mature dah, tp bila rasa, yes ianya hanyalah angka:) haha!  nk sedapkan hati je

ila nursalida said...

karamah:insyaallah,dgn izin allah so far semua gambar aku capture sendiri with sedikit editing..yup,30 is just a number..nothing change,aku msh rasa blm ckp matang lagi...