::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, December 10, 2011

Kasturi

~KUIH KASTURI/ RENGAS~

kuih rengas biasanya dipanggil juga dengan nama kuih kasturi. atau mudahnya orang panggil kuih kacang. ianya diperbuat daripada kacang hijau. saya ada kenangan buat kuih nih. mula-mula buat tak cukup manis sebab dok asyik tambah tepung sebab lembik. kali ini versi ulangan selepas cubaan yang tak menjadi 2 tahun lalu, Alhamdulilllah.



apa yang saya kenal pasti dari kesilapan lalu, saya rendam sekejap sangat. dalam setengah jam jer. bila rendam sekejap,dia susah nak kembang atau pecah. pastu merebus pulak letak air agak banyak. kalau nak ikut apa yang ibu kata, rebus sampai kering. masalahnya lambat benar nak menunggu keringnya dah tuh lembik ajer. adeh.


kali nih saya dah ade resepi dari kak An. Alhamdulillah, jadi pun. camni resepi dia.

2 cawan kacang hijau
2 cawan air

1 cawan kelapa parut putih
3/4 cawan gula pasir
1-2 sudu besar gula merah- ikut citarasa manis
sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak


apa yang kita perlu buat ialah,

1. kacang hijau seelok-eloknya rendamlah lebih kurang semalaman. ini bermakna, kita hidup lebih terjadual. untuk hari ini dah ada menu hari esok. jadi sebelum tidur, rendam dulu kacang tersebut.

2. esoknye bila bangun pagi, toskan kacang bilas-bilas sikit dan masukkan dalam periuk. masukkan dalam 2 cawan air untuk merebus kacang tersebut. kalau saya kat sini rebus kacang guna air botol sebab air paip bukan sumber minuman.

3. rebuslah dengan api yang sederhana, jangan besar sangat kang hangus pulak. rebus dalam lebih kurang 10-20 minit sehingga kacang nampak macam dah pecah. kalau nak lagi hancur kacang tuh, tambah air lagi kalau rasa tak cukup. bergantunglah ye, ikut kesesuaian selera masing-masing. kalau boleh jangan tinggal je periuk bila air dah mula mengering. kang kalau tak sedar, hangus pulak. tapi kalau nak mudah, kata kak An guna pressure cooker. saya takde lagi alat bantuan memasak nih. masih dalam senarai menunggu.

4. bila air dah nak kering tuh kacau-kacaukan selalu. kemudian masukkan gula dan kelapa parut. kalau takde kelapa parut boleh guna kelapa kering. biasalah kalau bukan di negara pokok kelapa mudah ditemui melainkan hanya pokok kurma, jadi guna kelapa kering a.k.a desinated coconut sahaja.

5. masak sampai keseluruhan air mengering dan kacang serta kawan-kawannya yang lain menjadi kental. tutup api dan alihkan kacang ke dalam dulang atau pinggan besar. ratakan sepenuhnya dalam pinggan/ dulang tuh dan sejukkan. masuk peti ais pun boleh. tapi kalau dah winter rumah pun macam peti ais, pandai-pandailah kan nak letak mana. janji kacang-kacang tuh boleh set. tak perlu sampai beku pun. letak di bahagian chiller memadai sejam ke dua jam sahaja.


6. ok, jemput makan...eh belum lagi. jemputkan satu sudu, kepal-kepalkan dan leperkan. sebenarnye terpulanglah nak bentuk ape. tapi bila bentuknye lain boleh letak nama lain. sediakan tepung salutan, celup dan goreng dalam minyak dalam sehingga keemasan. siap.

tepung salutan
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
air secukupnya
sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam
*campurkan semua bahan dan pukul hingga sebati menggunakan whisk atau tangan*


selamat mencuba!

No comments: