::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, July 20, 2011

29 kali

Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan
- Al ana'm, 60


29 kali tarikh yang sama telah berulang dalam hidup. tiada satu tahun pun dalam lipatan sejarah 29 tahun sejak detik 17 Julai yang lalu adalah mengecewakan saya. semuanya berlalu dengan gembira. setiap malam ditidurkan dan dibangunkan semula di pagi indah oleh yang Maha Pencipta tanpa gagal memberi bahagia. untuk nikmat 29 tahun ini, terima kasih lagi Ya Tuhan.

terima kasih kerana menjadikan kehidupan ini serba tidak sempurna lantas aku bisa berusaha menjadikan segalanya lebih baik dari biasa. terima kasih kerana menjadikan kehidupan ini penuh liku lantas aku bisa lebih berhati-hati dan teliti dalam setiap perkara yang membuatkan aku belajar menjadi lebih 'manusia'. terima kasih juga mencipta semua insan hebat sebagai peneman aku selama 29 tahun di dunia. kau kurniakanlah sejahtera buat mereka yang telah selama ini menyumbang sepenuh daya untuk kelangsungan hidupku di bumi ini. Ya Allah, hanya satu yang aku pinta, andai kau akhirkan riwayat hidupku hanya setakat 29 tahun mengecap nikmat dunia, jadikanlah segala amalanku yang selama ini adalah dalam lindungan rahman dan payung rahmat Mu, InsyaAllah....

Saturday, July 16, 2011

put on my smile

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya** Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu** Tak ingin lagi ku ulangi kembali** Gerak dosa yang menghiris hati** Tuhan dosa ku menggunung tinggi** Tapi rahmat-Mu melangit luas** Harga selautan syukurku** Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi** Tuhan walau taubat sering ku mungkir** Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi** Bila selangkah ku rapat pada-Mu** Seribu langkah Kau rapat padaku** Raihan, Mengemis kasih


lirik yang sangat touching. terkena pada saat-saat saya menghitung dan muhasabah kesilapan lalu. banyak sangat khilaf banyak sangat salah langkah. entri kebelakangan ini sedikit suram dan sedih pulak kan. in fact, saya bukanlah dalam mode bersedih pun sebenanrnya. itu hanyalah sekadar justification terhadap kesepian saya dalam arena blog.

dalam dunia realiti sebenar, saya melalui hari-hari kehidupan yang penuh dengan kegembiraan dan keriangan. siapa tidak gembira bila bangun pagi kita pantas buat apa sahaja mengikut kehendak dan keinginan kita sendiri. saya tidak perlu runsing untuk bergegas ke pejabat, saya tidak stress menghadapai kesesakan jalan raya, saya juga tidak pening untuk fikir baju apa yang nak dipakai hari ini ke tempat kerja. hidup saya di tempat orang yang menjangkau tahun ke dua sungguh pantas berlari-lari dan menari. ditemani dengan soulmate yang melengkapkan jiwa, bersama rakan-rakan yang memahami citarasa, dengan rutin kehidupan yang sungguh selesa, tiada sebab membuatkan hidup saya diselubungi duka lara.

bagaimana ya mahu cerita kehidupan yang hanya ditemani drama-drama dari rancangan KBS World? kehidupan setiap hari yang mengajar supaya lantai rumah harus sepi dari debuan halus yang sering hinggap, lantai bilik mandi rupanya perlu dicuci bila sampai waktunya, ruang dapur juga perlu digilap dari segala jenis kekotoran dan minyak. segenap penjuru kediaman harus mendapat sentuhan. namun disebabkan kelemahan saya, urusan ini sungguh mencabar kemampuan. sejujurnya, saya sebelum ini (read: di zaman muda remaja) tiada pun kesedaran bahawa segala urusan ini harus dilakukan. tapi kini, segalanya tergalas atas bahu saya sendiri. pasti ada yang kata, setakat kerja asas rumah apa yang sangat susahnya bagi seorang wanita? tapi untuk budak perempuan seorang ini, segalanya adalah sesuatu yang baru. jadi sebagai seorang yang baru dan kurang pengalaman, melakukannya dengan sempurna adalah sebuah cabaran.


semua orang tahu masa sungguh pantas berlalu. rupanya sudah 4 tahun saya bertukar status dari anak gadis bergelar isteri sejak tanggal 23 jun 2007. 4 tahun juga ibu bapa sudah kurang tanggungjawab menjaga dan memelihara saya. sudah 4 tahun saya bernaung di bawah perhatian dan penjagaan seorang lelaki yang dulunya hanyalah seorang asing. 4 tahun hidup disulam pelbagai perkara baru yang tidak pernah disangka-sangka. dalam 4 tahun ini Syukur ya, Allah...kalau boleh sila tambahkan 40 tahun lagi dalam barakah insyaAllah.

My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever


Sunday, July 10, 2011

hidup dengan cara baru

Dan maaf itu adalah apabila kita diberi hak untuk membalas tetapi kita memilih untuk tidak membalasnya..~ arin,2011

lama sungguh saya tidak mencoret. sebenarnya mudah cakap saya tiba-tiba rasa fed up untuk menulis kerana secara dasarnya sejak dari kejauhan ini, saya tulis untuk saya menjadi dekat dengan semua yang jauh. tapi beberapa ketika kebelakangan itu, saya dapat rasakan tiada gunanya menulis lagi kerna hati telah terguris oleh orang yang jauh. huish, malaslah cakap pasal terguris nih, sebab takde siapa pun sensitif dengan gurisan hati yang dikejauhan ini. orang dekat kan selalu menang. orang jauh, ade sesiapa kisah dan peduli?


ya, saya sungguh beremosi bila membicarakan perihal semacam itu. sedangkan boleh je kalau saya nak fikir secara lebih positif. salahkan sahaja teknologi yang kadangkala membuatkan tafsiran itu menjadi pelbagai. atas penafsiran yang salah, lantas pemahaman jadi berbeza. benda yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka jadi penerimaan yang sempit pula. kadang-kadang teknologi maya yang gagal menafsir emosi dan gerak gaya menjadi penyebab komunikasi terhalang dari maksud sebenarnya. sebetulnya bak kata en suami (yang malas tengok saya beremosi tak tentu hala) kenapa dikira apa yang orang buat pada kita, yang pentingnya apa yang kita buat pada orang. orang bagi tuba takkan kita nak balas racun? apa salahnya balas sahaja dengan madu? (*part paling sukar diimplimentasi nih* easier says than does).

kemudian dalam rangka usaha untuk kembali mencari kekuatan menulis, saya blog hoping di blog kawan-kawan yang tersenarai dalam simpanan. berdasarkan tulisan saudari arin yang satu itu tentang Lelaki Berkasut Merah nya, saya petik review yang beliau tulis sebagai di bawah;

Tentang memohon dan memberi maaf untuk mendapatkan masa depan yang baik. Tentang memperbaiki hubungan dengan Yang Maha Esa. Tentang hadis qudsi bersangka baik dengan Allah. Jangan putus harap kerana Tuhan bekerja secara rahsia. Tentang keperluan menjaga hubungan sesama manusia juga. Tentang perlunya berbaik-baik sesama manusia kerana melalui mereka doa-doa baik dan buruk dipohonkan. Dan manusia itu siapa? Tentulah ibu bapa, keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, rakan-rakan dekat dan jauh dan siapa-siapa saja yang ditemui dalam seharian hidup kita. Hatta pengikut blog, twitter dan FB jua. Sangat jelas sekali, terjaganya akan dua hubungan ini maka pergilah bertebaran di atas muka bumi ini dengan perasaan senang hati. Tiada apa untuk digusarkan. Tiada apa untuk dikesalkan. Tiada apa untuk disedihkan

ya, saya sungguh setuju. bila hubungan dengan Allah kuat dan hubungan sesama manusia jadi baik, memang tiada apa yang hendak disedihkan dan dikesalkan. bertebaranlah di muka bumi secara senang hati. perfect dah. saya melaluinya, jadi saya tahu dan saya rasa. hubungan nih memang kena jaga selalu. dan saya akui, kemurungan dan kesedihan yang sebelum ini berlaku adalah berpunca dari masalah hubungan dari kedua-dua aspek ini. lemah hubungan dengan tuhan dan buruknya hubungan sesama manusia. seperti cadangan en suami tuba jangan dibalas racun harus bagi madu. dan cadangan dari penulis novel yang telah direview oleh saudari arin, maaf itu adalah apabila kita diberi hak untuk membalas tetapi kita memilih untuk tidak membalasnya. saya lemah part ini sebab saya berkecenderungan mencari peluang membalas, bermakna saya tidak ikhlas memaafkan, OWH PITY ME..:(

kita mula hidup baru! ilalliqa' maassalamah

Sunday, July 3, 2011

kembali

sekian lama sepi. siap tutup blog lagi. uhuh, sila salahkan emosi. ya, waktu saya berkira-kira privatekan blog haritu adalah kerana emosi. saya malas nak cerita lagi pasal emosi itu hari ini. tunggu betul-betul bersedia nanti baru saya kongsi. at, least saya dah bersedia buka semula blog ini walaupun mungkin tiada siapa pun berharap ianya terus hidup. lebih baik mati....