(Al-Baqarah,185)
اِصْنَعِيْ مَا يَصْنَعُ الْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوْفِيْ وَلاَ تُصَلِّيْ.
Buatlah (lakukanlah) sebagaimana apa yang dikerjakan oleh orang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf dan solat”
umum sedia maklum, selain dari solat, puasa dan tawaf, wanita haidh juga dilarang membaca al-quran. lantas, gundah gulana dan sedihlah wanita-wanita muslimah yang kedatangan haid pada bulan Ramadahan ini kerana tidak dapat mengkhatamkan bacaan Al-Qurannya.
Akan tetapi, wahai sahabatku semuslimah sekalian, akan aku beritakan berita baik untuk kalian, yang setelah sekian lama kita tidak mengetahuinya. sesungguhnya, walaupun dalam keadaan haidh kita masih boleh membaca alunan Al-quran buat sinar bulan Ramdahan yang mulia ini. hujjah dan dalil yang di datangkan sebelum ini yang di ketahui umum bahawasanya wanita yang haidh tidak boleh membaca Al-Quran adalah hadis yang Dhaif atau lemah sanadnya.
Diriwayatkan dari seorang laki-laki, dari Abu Ma’syar, dari Musa bin Uqbah, dari Naafi, dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Perempuan yang haid dan orang yang junub, keduanya tidak boleh membaca sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an”
Hadits ini adalah dhaif menurut sebagian Ulama’. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)
Riwayat ini dha’if karena;
Pertama : Ada seorang Rawi yang mubham (tidak disebut namanya yaitu dari seorang laki-laki).
Kedua : Abu Ma’syar seorang Rawi yang dha’if.
Menurut Imam al-Nawawirahimahullah hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah dha‘if.
Hadis Dhaif adalah Setiap hadis yang tidak terhimpun padanya semua syarat hadis sahhih dan tidak pula semua syarat hadis Hassan. (rujukan:Al-manhal ar-rawiy (ms/38); Muqadimatu Ibni Ash-Shalah(ms/20);Irsyad Thullab Al-Haqaiq(1/153). Hukum beramal dengannya adalah tidak dibolehkan.
Sebahagian ulama' pula bersandar kepada dalil dari surah Al-Waqiah ayat 79, bahawa wanita dalam keadaan haidh dan tidak berwuduk tidak boleh menyentuh dan membawa mushaf Al-quran
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui suci (al-waqiah, 79)
Ayat ini di gunakan sebagai dalil bahawasanya wanita dalam keadaan haidh tidak boleh membaca Al-Quran kerana menisbahkannya sebagai tidak suci. Akan tetapi, ibnu Abbas menafsirkan makhluk yang suci atau muthahharun pula merujuk kepada golongan malaikat. Ayat ini juga dijadikan sebagai dalil bahawa menyentuh Al-Quran mestilah berwudhuk. Pendapat ini disangkal dengan sepotong ayat Allah;
Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis (taubah, , 28).
Subhanallah! wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya orang mukmin tidaklah ia menjadi najis (Sahih Bukhari dan Muslim)
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَاوِلِيْنِيْ الْخُمْرَةَ مِنَ الْمَسْجِدِ ، فَقُلْتُ : اِنِّيْ حَائِضٌ . فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِى يَدِكِ.
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadaku: Ambilkanlah untukku sehelai sejadah (sejadah kecil untuk alas sujud). Aku berkata: Sesungguhnya aku sedang haid. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya haidmu itu bukan di tanganmu”. (H/R Muslim, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii, Ibn Majah, Ahmad dan selain mereka)
berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan yang kotor itu cuma darah yang keluar itu dan tidak pada diri wanita itu sendiri. Ada juga riwayat yang menyebutkan bahawasanya Aisyah ra membaca Al-Quran sedang dia dalam keadaan haidh.
Oleh itu, dengan keterangan-keterangan di atas, maka tiada lagi gundah gulana di hati muslimah sekalian dalam mengimarahkan Ramadahan ini dengan Al-Quran. dan tiada lagi alasan muslimah sekalian untuk duduk sepanjang hari menghadap televisyen atau melayan facebook dengan alasan tiada ibadah yang dapat dilakukan disebabkan haidh. semoga amalan kita di dalam bulan penuh berkat ini dirahmati. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap sesuatu.
p/s 1: mungkin masih ramai yang ragu untuk berpegang pada hujjah yang membenarkan Al-Quran dibaca oleh muslimah yang haidh. ini adalah kerana terbelenggu oleh pegangan yang telah dipegang sekian lama. rasa seakan 'berdosa' pula jika berubah. namun begitu, sahabat semuslimahku, sesungguhnya, beramallah dengan amalan yang jelas kesahihan dalil dan hujjahnya daripada apa yang datang dari Al-Quran mahupun sunnah. janganlah duduk berteleku dengan alasan dirimu hanya seorang orang umum yang hanya mengikuti hukum yang telah ditetapkan sebbelum ini. ingatlah bahawa, amalan dengan taqlid (ikutan) yang membuta tuli adalah sikap yang buruk rendah dan tercela. dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang dan kecepatan akal manusia menerima dan memepertimbangkan sesuatu perkara bukanlah menjadi penghalang untuk kita berubah. fikir-fikirkanlah dan renungkan firman Allah ini;
“Apabila dikatakan kepada mereka, ‘Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul’. Mereka menjawab, ‘Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya. ‘Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk…?” (Al Ma’idah: 104)
p/s2 : untuk keterangan lanjut dan lebih jelas baca di sini, di sini, di sini dan di sini sebagaimana entri ini dirujukkan. baca lanjut di sini untuk penerangan tentang taqlid membuta tuli.
sekian perkongsian,
ilalliqa' maasalamah
11 comments:
mau share yg nih~
sungguh berkeyakinan sekali kata2 kak ila...insyaALLAH lepas ni akan amalkan sesuatu ilmu tu dengan tanpa membuta tuli mengikut sahaja bahkan diselidiki dan difahami terlebih dahulu
ilana: sile...ko nak share kat mane?
azie: itu yang sepatutnya..yeay:D
Nice post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.
anon: my pleasure to share:D
emm nampaknya takde ler akak rasa serba salah bila kena baca surah2 dlm alQuran dengan Izzah sebelum tido bila masa period yerr... selalunya akak buat perjanjian dengan dia, dia baca for 1 week, next weeknya dia akak baca plak hahhaha
kak mila: bagus gak kan cara akak tuh..boleh praktik gak nih. kalau kecik2 parent bacakan cerita, kalau dah besar tadarus sebelum tido ngan parent pon elok gak kan...:D
haha.. asalnya si izzah ni selalu mimpi hantu katanya (dah dok tengok citer antu kan), so kitorg start ler baca 3 Qul.. now dah melarat ke surah2 lain plak, terutama yg dia dah hafaz ler. so kena makin awal ler masuk tido hahaha
kak mila: waah, good practice tuh...nak gune gak cara nih in future
yg ni eh ila. thanks, nanti kena tanya lagi kat muallimah tu
zila: yup, this one
Post a Comment