::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, August 11, 2010

perihal Ramadhan rantau

ku mengharapkan Ramdhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna


kami di bumi saudia ini juga sudah bermula berpuasa pada hari ini sama seperti negaraku tanah tumpahnya darahku. puasa kali ini ada banyak perbezaannya dengan yang lepas-lepas.

1. penentuan tarikh mula berpuasa
negara ini mengamalkan sistem rukyah hilal. yakni dengan cara melihat anak bulan untuk menentukan tarikh berpuasa. sekali pun di negaraku tanahairku juga melihat anak bulan, tetapi juga cara perkiraan. disebabkan kami di sini bukanlah ahli falak yang melihat anak bulan tersebut muncul atau tidak, maka tidaklah diketahui perkhabaran anak bulan puasa tersebut. sudah lahir atau belum.

jadi seharusnya lah, media diperlukan untuk mewarwarkan berita tersebut. tunggu punya tunggu tidaklah juga muncul-muncul penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan perkhabaran itu. kami pun mula menghubungi sahabat yang di sana dan di sini bertanyakan perihal anak bulan itu. kata seorang sahabat, ada pengumuman di siaran KSA1 ala-ala RTM1 kitalah. tapi sudah hampir setengah jam waktu isya' berlalu tidak juga munculnya pemberitahuan tersebut.


rupanya kami ini sudah tersalah siaran. KSA1 seakan-akan tiada memberi sebarang hint tentang pengumuman. asik sibuk dengan drama tempatannya. huh, membosankan. walaupun sebelum itu ada dokumentari tentang bandaraya Kuala Lumpur dipaparkan. sedikit berbangga di situ. huhu. yang sebetulnya pemberitahuan itu ada di siaran Al-Ekhbariah (read: berita). itu pun penyimpan mohor besarnya tiada. cuma nota kaki warna merah bertanda a'j
il a.k.a TERKINI DAN PENTING sahaja yang ada.


nota yang tertera bermaksud; ESOK RABU, HARI PERTAMA BULAN RAMADHAN YANG MULIA. saya sangka beliau dalam gambar ini adalah penyimpan mohor besar raja-raja yang mengumumkan pemberitahuan tarikh puasa. tapi soulmate yang faham bahasa arab sedikit banyak dari saya itu, menafikannya. mana ada penyimpan mohor besar raja-raja kat sini. hihi.

2. isya' lewat
azan solat isya' di bulan Ramadhan akan dikumandangkan lewat 30 minit dari waktu sebenar. jadi janganlah leka berbuka sampai terlepas pula solat maghrib lantas tidak mendengar azan isya' berkumandang tepat pada waktunya. sebaiknya solat maghrib dulu selepas iftar ringan, kemudian sambung semula. tidak pula saya ketahui kenapa dilewatkan azan isya' tersebut. pada hemat saya, mungkin memberi laluan juadah puasa yang diambil ketika berbuka tadi sedikit lega di perut. jadi tidaklah termengah-mengah mengerjakan terawikh nanti. sedangkan terawikh itu kan asalnya adalah berehat-rehat.

3. terawikh
terawikh pertama saya seorangan di rumah. walaupun sebelum ini saya terawikh di rumah jua, namun bezanya kali ini saya berterawikh sendirian. kalau dulu ada my little angles sama dijemaahkan. menurut soulmate yang ke masjid, solat terawikh di sini express giler. sunyi dari selawat meleret2 panjang setiap selang 2 rakaat. juga tanpa lengah. jumlah keseluruhan rakaat adalah 8 dan selesai dalam masa lebih kurang 40 minit.


4. waktu bekerja
walaupun saya setiap hari cuti, namun waktu bekerja menjadi concern saya juga. sepanjang Ramadhan waktu operasi pejabat dipendekkan daripada 8.00 pagi hingga 3 petang waktu biasa kepada 10.00 pagi hingga 3 petang. menjadi adat penduduk di sini, malamnya lebih meriah. jadi siangnya mereka tidur. lantas waktu operasi pejabat dimulakan sedikit lewat. kedai-kedai pula khabarnya dibuka hingga jam 3 pagi. teringin juga saya melihat ke'happening'an kota musim Ramadhan ini. mungkin suatu hari nanti.

5. bazar Ramadhan
inilah paling berbeza. takkan adanya bazar Ramadhan kat sini. tapi kalau sedekah masjid memang sangat meriah dengan makanan. so feeling asap ikan bakar, ayam percik, roti boom, murtabak, cendol, air soya, cincau, kelapa muda (list goes on and on, bla..bla...) dan kesibukan jalan raya berdekatan bazar tiada di sini. kalau nak makan kuih-muih ke ape, sila buat sendiri. ahaha.

6. sahur
part paling sedih. saya tidak lagi bersahur dalam keriuhan adik beradik dan saudara mara. macam-macam kerenah dan ragam bangun sahur tiada lagi. cuma kami berdua. table for two sahaja. sob, sob....

sekianlah
ilalliqa' maasalamah

12 comments:

Mila@Rimbun said...

selamat berpuasa dari kami ditanah air....
rajin2kanlah diri buat kuih muih hidangan disini kikiki..

ila nursalida said...

k.mila: selamat berpuasa jugak untuk akak sekeluarga..best aaa korang, tak yah buat kueh kan....ramadhan kareem

nafastari said...

Pelik dgn Pakistan ni, Malaysia di sebelah timur dah puasa, Saudi di sebelah barat pun dah puasa. Paki baru nak umum puasa atau tidak mlm ni. Mgkin mula puasa Khamis atau Juamaat la...

ila nursalida said...

nafastari: aik, lagi pelik..kalau jumaat, syaa'ban dah sampai 31 harilah jadinyer...uhuh, tahun lepas mu pose di mane? masih belum bermulah ni yea?

nafastari said...

Tahun lepas sini gak, lewat sehari gak dari Malaysia.. Belum puasa la hari ni. most probably esok la kot...

WanJumaa said...

Ila, salam Ramadhan:) jangan sedih2 ek;D

ilana said...

ahaks.. selamat berpuasa ye.. :D abah senyum jer dgr cite dr entry nih ;)

ila nursalida said...

karamah: salam ramadhan utk ko n family jugek..

ilana: selamat bersahur tanpa aku..ahahah

princesssaf said...

salam ila..i know how u feel on point 5 & 6 hehe. selamat berpuasa :)

ila nursalida said...

safiyah: selamat bersahur....n berpuasa juga

Lady said...

selamat berpuasa ila~ baru sempat nak online..on part 3, teringat my uncle punya abang (dari egypt) first time solat terawikh kat mesia. bila dengar je selawat kita yang panjang2 antara 2 rakaat tu, terus dia keluar masjid, dia takut salah masuk masjid syiah. huhuhuhu~

padahal kat sini memang macam tu.

ila nursalida said...

bie: miss u...when baby will see the beauty of the world?