::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, June 27, 2010

kita minum dulu

apa yang ada jarang disyukuri apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu bila sudah di dalam genggaman

kalau dah duduk jauh dari tempat kelahiran tanah tumpah darahku ini memanglah semua benda yang payah jumpa tulah dia nak kan sangat. tiba-tiba di suatu petang yang hening, ting! saya teringin sangat nak minum air soya. teringin ya, bukan mengidam...

setelah mendapat maklumat yang cukup lengkap dan berjaya memujuk housemate saya untuk keluar, kami berdua-duaan mencari kacang soya untuk memenuhi nafsu minum yang tetiba muncul tanpa diminta. untuk pengetahuan, menurut maklumat yang saya perolehi kacang soya nih di jual di pasaraya carefour satu daerah dengan rempah ratus yang dijual secara timbang kati. sekarang tak pakai kati dah, so timbang kilo.

nama saya kacang soya, selamat berkenalan kawan-kawan. saya berharga 14 riyal sekilo.hye!

mari kita lihat cara-cara menjadikan bijian kacang kepada minuman berkhasiat

memula kacang haruslah direndam semalaman. ya, memang lama tapi takyah ler tunggu. letak kacang dalam bekas, isi air sebanyak sesuka hati sampai tenggelam pastu biar je pegi tido. esok pagi, ting! kacang yang kecik tadi dah besar 3 kali ganda. mudah kan. takyah bagi ubat ke vitamin ke, dia besar dengan sendirinya. tapiskan airnya.

kemudian sukat dalam cawan, masukkan dalam blender atau pengisar

dan isi air dengan nisbah 1 cawan kacang 2 cawan air. terpulanglah nak guna air apa, yang pasti halal diminum

letakkan pengisar pada badannya, dan tekan butang on. biar dia wat keje mengisar lebih kurang seminit dua atau secukup hancur.

kemudian, sediakan tapis kain. selalunya orang guna kain muslin lah, kain kasa lah, kain cheese lah yang pastinya kain bukan plastik. kalau pening kepala sangat, kain napkin budak pon bole, tudung bawal pon boleh. tak pun cari penapis teh yang macam mamak selalu guna tuh, tapi janganlah gi rebut ngan dia. beli sendiri punya.

pastu tuang kan bancuhan ke atas penapis. jangan lupa letak tadahan bawah penapis tuh. kang habis satu rumah banjir susu.

perah kacang yang sudah dikisar untuk mendapatkan patinya. ulang proses kisar, tapis dan perah sehingga habis kacang yang sudah direndam.

ini namanya hampas kacang. lebih kurang sama ngan hampas kelapa. tapi tak sama dengan
"hampes kau". jangan buang hampas ini. selepas selesai semua kacang yang ada siap dikisar, kisarkan pula hampas-hampas ini. ambil satu cawan pati kacang, masukkan ke dalam pengisar dan campur air sehingga tenggelam. kisar dan ulang proses penapisan dan perahan.

letakkan periuk berisi pati kacang di atas dapur. letakkan daun pandan yang disimpul dan masakkan dengan kepanasan sederhana lebih kurang 20 minit. kacau selalu, dan awas jangan sampai buih membuak keluar. tangguk atau buang buih-buih yang kelihatan menggunakan tapis. jika tahap kesabaran sedikit kurang yakni nak terus minum selepas siap, letak gula secukup manis. jika mahu biarkan kosong tanpa gula juga lebih berciri menyihatkan dan digalakkan. kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. ewaaah, siap bagi tagline...

sejukkan seketika. in my case, saya pindahkan ke bekas lebih besar, dan letakkan di atas bekas yang berisi air. ini namanya kes tak sabar-sabar nak menikmati. untuk anda gunakan kreativiti tersendiri untuk proses penyejukan. nabi kan dah berpesan, jangan minum air panas-panas berasap tu, so kita suamkanlah dulu.


pindahkan ke dalam jug yang berciri presentasi menarik dan sedia diminum. terpulang ikut citarasa masing-masing mahukan yang panas atau sejuk. saya sukakan yang sejuk dari peti ais dan dicampur air gula ketika ingin dinikmati. boleh campur air gula sirap atau air gula melaka atau air gula kosong. waaaa nikmat sekali. hilang kempunan. puas, segar dari ladang, tanpa bahan pengawet dan perisa tiruan. semuanya asli.

p/s: satu cawan kacang yang belum direndam menghasilkan satu liter air kacang soya sedap buatan sendiri dan asli. selamat mencuba!

11 comments:

Kak Jeni said...

Hampas soya pulak boleh buat masalavadai :D

Lady said...

pergh tak tahan~ sedapnyeh nampak!

ila nursalida said...

kak jeni: apakah masalavadai itu? makanan india ek?

lady bie: beli je kat mana2 kedai jual macam2 cap ade..masalahnya yang jual kat sini tak sama sedap cam msia, so kene wat sendiri la

ilana said...

mmg kacang tuh nama kacang soya ker?

ila nursalida said...

yeler..soy bean..arabnye nama hubub suya

Asma’ AB said...

golak2 org bc entri kak ila ni.. ad jek lawak die.. hihi.. nampak sgt SEGAR dari ladang!! sodapnye.. kalau2 puasa tu, lagi nikmat tak terkata!

ila nursalida said...

asma': heheh, saja menambah keceriaan..kang bohsan plak ngan quantumland u too..eks

Unknown said...

sngt menjelira kan (sgt menyelerakan)...mintak sikit..lama tk minum soy fresh yg fresh dan tak berapa manis...

ila nursalida said...

kak pah: tak sempat sampai ke rumah kak pah, soya pon basi..ahah,jauhlah mau antar

Mila@Rimbun said...

kalau yg tak letak gula tuh try ler wat nasi lemak... gunakan soya bg menggantikan lemak... akak selalu makan tp tak pernah buat sendiri lg sbb malas nak buat air soya sendiri. air soya kat kedai dah manis plak...

ila nursalida said...

k.mila: ooo cantu ek..boleh ke? ape rasa nasi lemak tuh? tak berlemak ke atau lebih lazat dari santan? mau cubalah