::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, April 10, 2010

no tittle

Learn all you can from the mistakes of others
You won't have time to make them all yourself ~Alfred Sheinwold


lama benar tiada update. sedikit busy dengan rutin harian di sini. sudah masuk bulan kelima saya di rantau orang. kalau dulu sering menghitung hari jangka waktu di sini. saban waktu asyik teringatkan kampung halaman, saban waktu asyik terfikir ingin kembali.

tapi kini, segalanya semakin selesai. barangan dari tanahair dengan kontena sudah pun lama sampai dan siap disusun atur dan dikemaskan. ada beberapa barangan yang rosak dek terlalu lama dalam simpanan, namun banyak juga yang masih elok kekal seperti sediakala. barangan yang rosak mungkin juga kesilapan kami sendiri yang terlepas pandang pada cara pembungkusan. antaranya adalah kacang tanah dan udang kering. kacang tanah tersebut kami beli bungkusan dalam guni. memikirkan guni mungkin baik untuk pengudaraan, tetapi kami tersilap kerana ianya terperosok dan terperangkap dalam kotak. tambahan pula kacang tersebut tidak dibersihkan terlebih dahulu. jadi, bubuk membiak dengan penuh ghairah dan memakan sebahagian kacang-kacang tersebut. pengajaran kisah, bersihkan atau tapis kacang terlebih dahulu dan bungkuskan dengan kertas secara rapi atau dengan beg plastik kedap udara.


[bekalan tahap boleh bukak kedai runcit]

kediaman yang saya diami kini sudahpun sempurna seperti kediaman biasa. alhamdulillah sudah menerima tetamu buat imarah dan makmur kediaman. kegiatan rutin juga sudah dihadapi dengan hati gembira. jaringan rakan sudah makin bertambah lantas aktiviti harian juga semakin menceriakan. keadaan cuaca tidak menentu penangan peralihan dari musim sejuk ke musim panas. impaknya, kesihatan saya sedikit terjejas. namun masih syukur dengan kurniaan demam penghapus dosa-dosa kecil sedang saya sibuk uruskan barangan yang sampai dari tanahair tempohari. sedang entri ini ditulis juga masih ada sisa baki batuk dan kegatalan kerongkong.

kalau ade yang rindukan saya, here i am...



sudah-sudahlah cukup sampai sini dulu coretan yang kurang bermanfaat ini. hanya bebelan dan omongan kosong sahaja. maaf mengambil masa anda semua untuk membaca hingga ke akhirnya. sampai nanti kita ketemu lagi untuk sesuatu yang lebih bermakna hendaknya.

ilalliqa' maasalamah

17 comments:

ila nursalina said...

ko nak makan kicap pas ngn sos ke ari2 kak? banyak giler

ilasya said...

kegemukanmu sudah kurang...
baguih2..

ilasya said...

kegemukanmu sudah kurang...
baguih2..

ilasya said...

kegemukanmu sudah kurang...
baguih2..

ila nursalida said...

ila nursalina: ahahaha..aku takut kempunan...jadi pulun la beli banyak2..sedangkan kat malaysia pun setahun aku makan dua tiga botol jek...ehehk

ilasya: ko mmg teruja aku udeh kurus ke? sampai tiga sekali sent...ahahaha

Juma Karamah said...

emmm, memang leh buka kedai runcit.. mau bertahun2 ni baru abis;) dasyat ko..

rimbun said...

eh udah kurang tembam ler... seyes niii

ila nursalida said...

karamah: kalau aku rase tak larat dah nak makan kicap, kang aku jual la kat sesapa yang nak...10hengget sebotol pon orang mau...

k.mila rimbun: asyik kene selalu eksesais mengemop jer, tu yang berjaya sikit turun...tapi bila start dapat invitation apa2 event, ruin out all my diet..uhuhu

Lady said...

whoa~ boleh jadi tokey~ hikhikhik. betul la ila.. makin kuwos!!

diet eh..

ila nursalida said...

lady bie: diet la jugek..udeh, sume bising suruh kuwus...usaha keras gak aaa

Fatanah Fadhil said...

mak..ai..aku ingt kn keda runcit kat nun uponya stok umh mu...isk2 susoh jugak ruponya ek..ingtkan bes leh g neg org ni...

ila nursalida said...

fatanah sahabat yang kurindui: susah atau senang terpulang kat kita untuk menghadapinya camna...kalau ambik hok positif, senang jo sumenye..kalau dok emosi tak sudah2 memang rase susah bebeno dok sini...

Lady said...

hohO~ tamau diet2 lagi.. nanti balik mesia tak cun. hikhikhik.

ila nursalida said...

lady bie: takpe, i balik nak tgk u yang cun dengan penampilan baru..i tak cun takpe

Asma' Ahmad said...

i miss u la kak ila.. gamba nomo satu tu sangat jelita!!

ila nursalida said...

asma': uisy..jelita..aawww tak tahan i dengar...

ilasya said...

line problem ar..
pasan..