::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, March 30, 2010

happy birthday lovely

Because time itself is like a spiral, something special happens on your birthday each year; The same energy that God invested in you at birth is present once again


dalam diam tak diam, hari ini sudah hampir hari terakhir bulan Mac. hari hampir terakhir dalam bulan Mac ini hari lahir sahabat sekolah rendah agama saya, lawyer hebat mom-to-be, blogger hebat dari Johor kelahiran Pulau Pinang. Marliza Yanti she is. wishing you happy birthday yang ke 28 semoga panjang umur dalam penuh berkat.
apa perlunya panjang umur kalau tiada berkat dari Allah. apa perlunya hidup yang lama kalau masih terus dalam dosa. apa perlunya banyak masa di dunia, sedang Allah sepertinya murka. hidup ini tiada maknanya panjang umur selama seratus tahun, jika sisa hidup berbaki itu hanya buat susah melepasi titian sirat kan.



[pic courtesy, my sister~.:syahida]

empat hari lepas, tanggal 26 Mac 2010 hari lahir ayahanda yang sangat dicintai itu. berada terpisah lautan ini, membuatkan saya rasa sayu tidak dapat memeluk erat tubuh hangatnya untuk usia 57 tahun itu. alhamdulillah atas pertambahan nikmat usia dalam iman yang Allah kurniakan buat abah. sekalipun abah sedang diuji dengan tahap kesihatan yang rendah, namun syukur kerana abah masih mampu menghirup udara segar setiap hari, masih mampu membaca butir kalimat Tuhan, masih mampu mengalun zikir dan masih mampu berdiri di saf solat di masjid-masjid. Alhamdulillah.
buat abah yang saya cintai, wang ringgit atau harta benda tidak mampu dan tidak akan cukup untuk saya hadiahkan buat hari lahir abah. dan saya juga tahu tidak penting bagi abah segalanya yang berupa bentuk sebegitu. saya cuma mampu dengan kesempatan mendoakan abah di hadapan pintu rumah paling suci di dunia ~multazam~ sebagai hadiah paling istimewa dari saya buat abah di hari lahirnya dalam keberkatan penghulu segala hari, Jumaat yang lalu. saya doakan abah panjang umur dalam keberkatan, dalam kesejahteraan dan dalam lindungan rahmat ilahi selamanya di dunia dan di akhirat. Ameen.

Monday, March 22, 2010

terbaru dan terkini

In diving to the bottom of pleasure we bring up more gravel than pearls
~Honore de Balzac

sejak berpindah ke kediaman ini, sudah jarang pula saya update. kalau nak ikut archive bulanan kat tepi tu, purata entri tidak kurang dari 5 sebulan. ini tandanya, saya banyak aktiviti di kediaman baru ini. tidak perlu tahu, apa aktiviti tersebut. kerana anda sudah pasti tahu, saya uruskan kediaman ini dengan mengemop dan mengelap. untuk nota, di sini sedang dalam fasa peralihan musim. jadi dengan itu, sand storm atau ribut pasir sering amat berlaku. impaknya memberi tugas lebih untuk saya di kediaman ini. kesihatan juga ada sedikit terjejas. saya sudah mula sakit badan, demam di pagi hari dan selsema juga sakit kepala.

terbaru, tapi tidak juga begitu baru saya ada mengikuti kelas bahasa. umum yang mengenali saya mungkin mahu gelakkan saya mengikuti kelas bahasa sedang bahasa tersebut telah saya dalami sejak sekolah menengah dan sehingga ke peringkat ijazah mempelajarinya. ya, saya juga tahu pertama kali masuk kelas, mustawanya (peringkat) semudah silibus tingkatan satu. siri-siri muhadasah yang sangat mudah sekali. lantas pasti kalian tertanya kan, mengapa harus saya ikuti kelas bahasa tersebut.

niat saya cuma satu. menuntut ilmu. di mana sahaja dan mustawa apa sahaja, menuntut ilmu martabatnya sangat tinggi. saya juga berkeyakinan untuk memahami dan belajar sesuatu bahasa supaya lebih fasih, haruslah berada di dalam konteks dan suasana bahasa tersebut. dengan harapan suatu masa nanti kemahiran berbahasa saya melalui bahasa Al-quran ini sefasih pengucapan penduduk natif (read: native speaker).

sudah beberapa kali saya menghadiri kelas tersebut. saya dapati disamping saya memperbaharui ilmu yang saya sudah sedia maklum, rupanya kehadiran saya di sana adalah pembimbing kepada rakan-rakan lain. rakan-rakan sekelas saya adalah manusia-manusia hebat. maksud saya, mereka adalah penyumbang kemajuan dunia. mereka adalah terdiri dari kalangan jurutera, jurureka dan perkerjaan-pekerjaan pakar yang lain. mereka juga adalah manusia yang tidak pernah kenal huruf hijaiyah malah langsung tidak pernah mampu melagukan Al-Quran persis bacaan imam besar Masjidil Haram. sejujurnya, kebanyakan mereka adalah expatriate yang bekerja di sini, dan bukanlah seagama dengan saya yang sedari kecilnya terdedah dengan bahasa kedua ini.

keadaan ini saya rasa berlaku sama seperti apa yang berlaku pada adinda saya yang keempat. beliau dibesarkan dengan suasana tarbiah islam yang sempurna dan menjadikan dirinya sebagai hafizah yang pertama dalam keluarga. diperingkat seterusnya, beliau memilih jurusan kejururawatan dan ditempatkan di salah sebuah kolej swasta dalam negara. abah selaku orang yang bertanggungjawab mendidik, serba salah meninggalkan dan mengizinkan adinda nan seorang itu di kolej swasta yang bukan berlatarbelakangkan pendidikan islam. abah sangat risau dan rasa bersalah. namun, ketentuan Allah siapa yang dapat membacanya. adinda yang seorang itu pulang membawa berita bahawasanya beliau di sana disamping menuntut ilmu kejururawatan sepenuh hati, beliau juga adalah pembimbing rakan-rakan lain menjalani rutin harian sebagai sorang Muslimah solehah. beliau juga menjadi tempat rujukan keagamaan buat rakan-rakan. beliau memimpin solat tarawikh di bulan Ramadhan sedang di sana tiada bi'ah yang mewujudkan tuntutan fardhu kifayah tersebut. menyedari perkara itu, abah yang dahulunya rasa bersalah menempatkan anakandanya di kolej tersebut kini tersenyum bangga dengan pencapaian anakandanya. bukan pencapaian akademik yang membuatkan abah bangga dengan anakandanya, namun merasa berbaloi mempunyai serikandi sehebat adinda saya itu. dalam senyum tawa, ada seka air mata dihujung anak mata abah.

saya di sini sekali lagi, merasa lega mampu membantu rakan yang bukan berlatarbelakangkan bahasa Al-Quran mempelajari ilmu yang menjadi keagungan insan ini. rupa-rupanya saya didatangkan Allah sebagai pembantu insan-insan yang ingin mendalami bahasa agung, disamping saya sendiri menyiapkan dan melengkapkan diri dengan ilmu yang sedia ada. harapnya, dengan berkat ini Allah bantu saya dalam kehidupan akan datang dan menjadi pemangkin memudahkan saya melepasi titian sirat nanti. Ameen.

Saturday, March 13, 2010

puff puff pastry

Nothing would be more tiresome than eating and drinking if God had not made them a pleasure as well as a necessity.
~Voltaire~

kalau di tempat saya dulu, bila tetiba lapar dalam perjalanan, mesti pergi membawa diri ke tujuh sebelas (read: 7-11;seven eleven) mencari kuih yang dinamakan puff. tiba di sini tujuh sebelas tiada, puff juga tiada. jadi saya rasa nak makan puff sangat, walaupun ianya bukan kegemaran soulmate, tapi saya nak makan lalu buatlah sendiri.

[ini dia puff kegemaran saya, tapi bukan dibeli di tujuh sebelas]

mudah membuatnya, saya ingat susah sangat. cara mudahnya ialah, kita beli sahaja kulit puff ini di pasaran. saya baru tahu ada jual kulit puff seperti ini. ingatkan kene bersusah payah dengan segala daya nak kene uli dan pelbagai lagi. rupanya tak perlu uli. cuma perlu beli. syarat nak beli,kene ade duit. itu sahaja.


ini jenama yang ada di sini. di tempat anda mungkin jenama lain. yang pasti dia ade tulis puff pastry. betul dah tue. berada di bahagian frozen. seangkatan dengan tempat nugget, daging burger dan sebagainya. lihatlah dengan teliti ya. ada banyak jenama dan pilihan. buatlah pilihan yang bijak.


kawan-kawan di sini syorkan saya jenama ini. sunbulah.dan saya pilih yang bijirin penuh ataupun sedap dipanggil wholemeal. ini konon-konon merangka makanan sihat untuk tubuh badanlah kan.

[ cara nak buat pula semudah 1,2,3 ]

1: keluarkan puff dari frozen mengikut arahan di plastik belakang untuk seketika. (tips; kalau kulit puff sudah ternyahbeku dengan tidak sengaja, jangan bekukan semula. terus gunakan serta merta. atau pisahkan lapisan demi lapisan dan bekukan semula berasingan. jika dibekukan terus seperti ianya (read: as it is), kemudian nanti, selepas dinyahbekukan, mereka tidak mahu dipisahkan lagi antara satu sama lain) waktu itu memang trouble laaa....

2: potong saiz kecil jika mahu dapat bentuk yang kecil dan isikan inti kegemaran mengikut kesukaan.

3: lipat ikut sesuka hati asalkan membalut inti dan tak tumpah, kemudian kelim sekeliling tepi dengan hujung garpu untuk mendapat impak dekorasi yang menarik. kalau nak buat macam kelim karipap pun boleh.

aturkan atas dulang pembakar, dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu maksimum. bakar sehingga nampak kekuningan atau senang cerita macam dah masak. impak sinar di atas permukaan puff adalah kesan sapuan kuning telur sebelum dibakar.

inti untuk puff sebenarnya adalah mengikut kegemaran masing-masing. kali ini saya buat menggunakan inti yang sama macam inti karipap. saya suka gunakan inti kentang ditambah dengan racikan ayam.

cara membuat inti kentang versi saya sangat mudah sahaja. begini ya;

1:. potong ubi kentang secara mendadu. hasilnya petak empat segi kecil macam dadu tuh.

2:. masukkan kentang yang siap dipotong tadi ke dalam periuk dan sebahagian dada ayam atau isi ayam.

3:. isikan air sampai tahap tenggelam dan biarkan kentang sehingga lembut. kata lainnya, rebus kentang sehingga empuk dan ayam sampai masak. tabur garam secukup rasa.

4:. sambil kentang menjalani proses peng'empuk'an, potong dadu bawang besar berwarna merah dan bawang kecil berwarna putih atau nama lainnya garlic.

5:. di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumiskan kedua2 jenis bawang di mulakan dengan bawang kecil yang berwarna putih itu.

6:. setelah kedua-duanya (bawang) memberikan bau yang harum dan masak kekuningan, masukkan pes kari (nota: bancuh 3-5 sudu besar serbuk kari ayam dengan air).

7:. masak sehingga pecah minyak atau kari nampak sedikit garing.

8:. akhir sekali, keluarkan isi ayam dari dalam periuk rebusan dan masukkan bahan tumisan ke dalam periuk ubi kentang yang telah empuk.

9:. racik ayam dan campurkan dalam adunan. teruskan kacau sebati adunan, sehingga betul2 kering.

10:.angkat dan sejukkan. tabur hirisan daun ketumbar jika mahu.

[inti ubi kentang dan ayam versi saya selepas ubah suai cara versi keluarga]
sesuai digunakan sebagai inti karipap, puff dan sebagainya.


[puff berinti ubi kentang dan ayam]
hmmm yummy!


Monday, March 8, 2010

sand storm

Home is a shelter from storms - all sorts of storms
~William J. Bennett

di suatu hari pada hujung minggu tidak lama dahulu, saya terasa seperti ingin having nap di siang hari. aktiviti ini adalah sangat jarang dilakukan. tiba-tiba bangkitnya saya dari tidur yang sekejap itu, suasana sekeliling sangat berbeza sekali. sangat berlainan. berwarna jingga seperti senja, tetapi jam baru menunjukkan pukul 3 petang.

cuaca menjadi warna oren. apakah maknanya ini? lantas housemate saya yang nan seorang itu memberitahu it was sand storm. kami dilanda ribut. ya, ia adalah ribut pasir.

pemandangan menjadi sangat kabur. angin bertiup membawa bersama debu-debu kecil berterbangan menjadikan cuaca berubah warna. sangat terkejut.

sahabat-sahabat lama di sini memberitahu, ribut pasir melanda petanda perubahan cuaca akan berlaku. bermakna, cuaca sejuk ini akan berakhir tidak lama lagi dan diganti dengan cuaca panas yang sangat panasnya tidak lama lagi. namun keadaan berangin dan kering itu pasti tetap akan ada.


selepas lebih kurang dua atau tiga jam ribut pasir pun berakhir dan keadaan menjadi seperti sediakala. namun apa yang paling tidak tahannya, ia meninggalkan debu pasir buat saya habuan bersenam menyihatkan jantung. sedang rumah masih baru, tanpa penghadang di bawah pintu debu2 halus ini juga dengan rela hati masuk dan menyelinap disegenap ruang lingkup kediaman yang saya diami bersama suami ini.uhuhuuuu


cuaca sudah kembali seperti sediakala. mujur di tingkap ada jaring- jaring kecil seperti ini. kurang sedikit keberhasilan debu di segenap ruang kediaman ini. kurang sedikit tetapi masih tetap ada.

mujur juga, ada penjaga kompaun kediaman yang selalunya pasti akan menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas debu melanda segenap kawasan kompaund. tapi tanggungjawabnya hanya sekitar kawasan luar sahaja. dalam rumah, penghunilah harus bertanggungjawab sendiri....ngeee

sekian
ilalliqa' maassalamah

Wednesday, March 3, 2010

partially settle down

Happiness is excitement that has found a settling down place
But there is always a little corner that keeps flapping around
~E.L. Konigsburg

sudah serasa lama benar tidak mencoret sebarang perkembangan hidup di sini. ok ok saya sudah kembang saya tahu. saya tahu. baiklah. di mana mahu mula? oyya sudah bulan ketiga untuk tahun ini. bermakna sudah genaplah bulan pertama di kediaman baru ini. juga bermakna ini adalah bulan yang kelima saya tinggalkan tanahair, keluarga dan sahabat handai di sana. cepat sungguh masa berlalu.

kehidupan di kediaman baru serba sedikit sudah beransur mudah. saya sudah mula mendapat pejabat baru. ya, pejabat yang ditunggu saban minggu yang tidak juga siap-siapnya itu. ya, saya tahu anda kata saya tipu. tidak, saya adalah bercakap benar. sebagai domestic engineer dalam rumah ini, salah satu pejabat saya terletak di hujung sudut kediaman ini. lengkap dengan dapur sebagai tempat memasak, beberapa buah almari tempat menyimpan makanan, peti simpanan makanan yang sejuk, juga mesin bergelombang yang saya sering gunakan untuk nyahbekukan ayam dan daging serta proses menghangatkan hidangan. sempurna sudah pejabat yang saya cintai itu. sama seperti lakaran yang diberikan sebelum kerja-kerja pemasangan dibuat. tahap kesabaran menunggu pejabat itu siap, jangan ceritalah. memang bersabar tahap super. pada mulanya janji selepas 2 minggu. ya kami tunggu 2 minggu. pekerja2 dari syarikat pemasangan datang. dalam hati saya melompat ria. tetapi selepas selesai tugasan mereka saya tetap belum boleh senyum puas. ini kerana hanya separuh sahaja selesai. tugasan seterusnya, lagi dua hari akan disiapkan kerana ianya akan dibuat oleh pihak lain. kami tunggu 2 hari tidak kunjung tiba. menanti hingga hujung minggu, janjinya akan datang pada jam 10 pagi, hingga jam 4 petang tiada jua. sudahnya, keesokan petang baru mereka tiba. selesai tugas saya sekali lagi ingin melompat riang (di dalam hati). namun tidak juga kerana paip air tidak dipasang. alasannya bukan termasuk dalam tugasan mereka. aduhhh, kami harus sendiri mencari plumber pula.

[salah satu pejabat tempat di mana saya bertugas]

alhamdulillah selesai juga akhirnya. ameen. bermakna saya harus bermula menyental segenap ruang di ruangan bawah ini yang ditinggalkan kerana memberi laluan kepada pekerja2 yang menyiapkan segala tugasan untuk pejabat saya. kediaman ini lantai-lantainya demand untuk dimandikan selalu. jika tidak habislah kami berdua hidup dengan suasana suci dalam debu. layankan sahaja kerana ia mampu menyihatkan jantung saya. saban hari saya belai lantai2 kediaman ini ibarat ibu membelai anak.

alhamdulillah juga, dalam tempoh masa sebulan yang telah berlalu, kami sudah pun punya kenderaan sendiri untuk bergerak ke sana ke mari. hari demi hari kadangkala kami keluar mencari beberapa kelengkapan untuk memperindah kediaman ini supaya ia nampak seperti rumah sebenar. namun memandu di sini harus disulam dengan hati2 sepenuh hati. bukan setakat hati2 memandu kenderaan sendiri, harus juga berhati2 dengan kenderaan lain. ini kerana masyarakat di sini memandu tanpa berlandaskan sebarang undang2. dengan kata lain, mereka memandu sesuka hati. sesiapa sahaja termasuk golongan bawah umur juga memandu sesuka hati. jika berlaku sebarang kemalangan, kalau nak fight kat court pun jangan harap kita boleh menang. mereka cuma beralasan, jika anda tidak datang ke sini, kemalangan ini takkan terjadi. ironinya, mereka ini dahulunya menunggang unta, jadi pasti tidak perlukan undang2 memandu unta. bila sudah dapat kereta pun dipandunya macam unta.

[nombor yang sama dengan angka giliran saya sewaktu SPM dan PMR juga sama dengan address emel saya (tp mine is only 2 zeros) :: suratankah atau kebetulan?::]

alhamdulillah lagi, saya sudah dapat jaringan internet yang lebih stabil dari sebelumnya. berjaringan luas wimax 4G. menariknya wimax yang diberi nama GO! ini sangat mesra pengguna. boleh periksa kawasan lingkungan di internet untuk penggunaan modem indoor. jika tiada dalam kawasan, boleh gunakan antena outdoor yang memberi impak coverage lebih meluas. paling best, sebagai pengguna kami diberi masa selama 72 jam untuk mencuba khidmat mereka. jika tidak berpuas hati boleh pulangkan semula dengan jaminan 100% wang dikembalikan. hebatkan. tetapi apa yang pelik, kalau ingin terus melanggan yang outdoor ambil masa seminggu. tapi kalau nak tukar dari indoor type kepada outdoor, ambil masa satu atau dua hari sahaja. penggunaan adalah tanpa had (read: unlimited) dengan bayaran permulaan mengikut pakej kelajuan (512kbps,1mbps atu 2mbps) selama 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan.


[penyambung inspirasi hidup, tugasan saya pasti tidak lengkap tanpa alat ini]

sekian dulu,
ilalliqa' maasalamah

p/s: sedang menunggu ketibaan pelayaran dari seberang laut