::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, February 18, 2010

benda baru

Home is not where you live but where they understand you
~Christian Morgenstern

kadangkala untuk berubah bukannya mudah. berada dalam zon selesa menjadi kesukaan semua orang. benda lama sudah serasi dan sudah sangat biasa. benda baru, mungkin ada baiknya namun untuk menghadapi risikonya masih perlu dalam keadaan berjaga-jaga dan hati-hati.

kalau anda pengunjung yang kerap datang, anda perasan pembaharuan blog saya. memang sudah lama ingin tukarkan dengan template wajah baru seprti ini. namun ada sesuatu yang menghalang. sesuatu itu adalah yang saya sayang. apakah dia, jawapannya ialah anda. macam pelik kan. bila masa pula anda duduk dalam blog saya kan?

okey, begini mari saya terangkan. saya sayangkan komen-komen yang anda tinggalkan sama seperti saya sayang anda. saya punya ramai silent reader. kadangkala apabila silent reader dare to leave comment, saya teruja amat. ~gembira~ ^__^. jadi sayang rasanya menghilangkan komen yang julung2 kali ditinggalkan itu. untuk yang selalu komen, lagilah saya sayang selamanya.

namun apa daya saya, teknologi ini bukan di bawah bidang kuasa saya sepenuhnya. harus akur dengan perubahan teknologi yang tanpa sempadan ini. provider ruang komen saya yang sebelum ini sudah menamatkan perkhidmatannya seraya membawa pergi komen-komen anda sekali. saya sedikit sedih di situ. jadi saya ceriakan diri dengan layout baru ini dan hadiahkan sebiji kek cawan yang comel buat anda semua yang sudi meninggalkan jejak di kotak komen. terima kasih dari saya. sila jangan kecewa, komen2 anda sudah tiada. ia cuma hilang dari pandangan mata, tidak hilang dari sudut hati kecil saya.

sekian, sampai kita berinteraksi lagi. sampai kita berceloteh lagi. terima kasih untuk luangan masa anda melawat 'rumah' saya dan terima kasih atas sokongan anda yang tidak bertepi untuk saya setiap masa.

ilallliqa' maasalamah


9 comments:

syahida said...

patutlah beria beno soh tgk blog nye
nice new layout!!

ila nursalida said...

syahida (adik):itulah pasal...hehe, tenkiu
tapi sedihlah kumen2 sume suda ilang...T___T

Asma’ AB said...

kak ila.. so ceria la layout ni ;) suka.. hee.. bab komen yang di bw pergi tu.. huhu.. sedey gak.. tapi its okay.. at least, dia tak bw pergi tukang komen.. so, lebih byk entri lepas ni, lebih banyak komen tu dtg! kan? kan? ^^

mardeq said...

la.. patutla.. baru semalam nak cari komen dari ila.. tgk2 mana pergi komen ni?? sekarang dah terjawap segalanya.. ila kita kene amik ptk 22hb ni.. doakan kita eh..
dapat harap jumpa ila..(bersua muka)

layout baru ni sangat bergaya dengan warna pink nyer suka..

ila nursalida said...

asma': yela, yang baru mungkin adalah lebih baik, namun terpaksa lepaskan yang lama itu pergi...walaupun pahit...
yup, hope for newly fresh comment from readers!

mardeq: owh, kesian deq mencari balasan komen yg lalu tapi telah tiada...
kita takde masalah kalau deq nak share story ke ape ngan kite. nnt deq add kite as ym buddy list.add ade kt fb
insyaAllah st hr nnt kalau kite pulang ke sana wajib berjumpa.ok!

tq sebab sukakan layout baru nih...:)

karamah said...

emmm, layout yg lebih ceria(>_<)suka! Tapi nak kek yang asli plez.. Baru je sempat jelajah blog2 lama ko, byk betul resepi ek:) InsyaAllah try nanti, tp lagi best dr air tangan pembuat asalnya lagi:)

ila nursalida said...

karamah: kalo ko suke aku pon suke...
nak kek, nanti aku balik kite makan sama2..bukan setakat kek, sumenye boleh laaa...

Unknown said...

asalnye komen kmu ilang?

ila nursalida said...

dhiya' attaimy nty syahida: dibawa pergi oleh service provider yg lama tuh...die dah menamatkan operasi..totop syarikat benkrap kut