::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, February 23, 2010

tabah dan sabar

You've got a lot of choices
If getting out of bed in the morning is a chore and you're not smiling on a regular basis, try another choice
~Steven D. Woodhull


baru-baru nih jumpa sahabat lama. owh, maksud saya bukan jumpa di sini. biasanya jumpa kembali on the net la. dunia serba canggih kan sekarang. hi tech bak kata orang. seronok dapat bersua semula dengan kawan lama, saling bertukar cerita dan perkembangan masing2. kalau perkembangan saya tak yah ceritalah. memang kembang.ahah

selalunya mereka akan tanya lokasi saya. dan mereka akan kata bestlah saya di tempat orang. seronoklah dapat dok obersi. ahah, bagi diri saya sendiri, kalau nak cakap tak seronok kang kufur nikmat lak kan kata gitu. hmm i can say, it is so so jelah kat tempat orang. not exactly is so seronok and not exactly is so bad. sebab tempat sendiri kan lagi best. tak semua yang kita suka di tempat kita boleh dapat kat sini. dan tak semua yang kita tak suka kat tempat kita ada kat sini. so, in balance la semuanya.

secara detailnya, kegembiraan di sini sebenarnya belum saya discover sepenuhnya lagi. mungkin masih baru. mungkin masih fresh banyak yang masih belum diteroka. tapi keseronokan di sini saya cuma dapat tafsirkan bila kita bandingkan dengan sesuatu yang sukar didapati di tempat sendiri. contohnya pengalaman hidup di rantau orang, jauh dari zon-zon selamat. bukannya saya nak kata seronok tidak berada di zon selamat itu, cuma cuba dalam usaha mempositifkan diri. seronoklah kalau kita boleh belajar cara hidup berdikari kan, sebab sebelum nih macam tak berapa berdikari. seronoklah boleh cuba untuk jadi tabah kan, sebab sebelum nih tak berapa nak tabah. seronoklah jugak boleh belajar nak survive walaupun payah sebab sebelum nih senang je nak survive kat tempat sendiri.

tapi dalam pada nak mencapai rasa seronok tuh, kekadang disulam juga dengan kesedihan sedikit. biasalah orang perempuan macam saya nih, berhati kaca dan berhati tisu, mudah sangat tersentuhnya dengan ujian-ujian kat tempat orang nih. kadang-kadang rumah tak siap2 nih pun leh jadi tension. sedangkan takyah tension pun sebenarnya takpa. bawak-bawak jer bersabar. menunggu barang kontena tak sampai-sampai pun tension. seadngkan benda tuh nak sampai dah tak lama lagi (dah sampai kang baru kau tahu betapa penatnya menguruskan barang-barang itu). internet tak berapa stabil macam kat kampung halaman pun nak tension. sedangkan tak lama lagi soulmate dah janji nak tukar internt baru. urusan kenderaan yang tak settle2 pun rase nak tension. sedangkan yang susah payahnya soulmate yang sorang tuh. tak pun menunggu mr.soulmate pulang dari pejabat sebab sibuk bekerja pun rasa nak tension guling-guling. sedangkan orang tu bukannya pergi ke mana. pergi kerja je pun. kawan-kawan baru kat sini yang dianggap kawan selepas janji nak ajak kalau ke mana-mana tapi sebenarnya tak pernah pun rasa nak mengajak bila diorang ke mana-mana pun rasa nak tension. sedangkan tak sedarkah kita siapa,hanya kerang-kerangan ditepian, buat apa diorang nak ajak kan. itulah, kalau nak tension tak pasal2 kan susah. pastu mulalah rasa nak balik kampung halaman. cepat sangat putus asa kan.

sebenarnya, inilah keseronokan berada di tempat orang. merasa seronok atas kesusahan yang dilalui. untuk perempuan comel (bulat) yang fragile sangat macam saya nih, dapat melalui ujian-ujian perasaan macam nih dengan tabah memang satu kejayaan yang membanggakan. menjadi seorang yang lebih tabah dan lebih banyak bersyukur adalah suatu keseronokan. lupakanlah seketika kepahitan yang sementara itu. segala-galanya akan berakhir jua. semuanya akan settle tak lama lagi. kalau kita asyik selalu merungut dengan segala kesusahan, kita akan mudah lupa akan kesenangan yang Allah kurniakan kepada kita. doakan saya ya kawan, doakan saya moga lebih kuat, lebih tabah dan lebih matang. doa please...

sekian kawan,
ilalliqa' maasalamah

Sunday, February 21, 2010

zaman itu

The most beautiful discovery true friends make is
that they can grow separately without growing apart
~Elisabeth Foley

sepanjang hari semalam langsung tiada produktiviti dihasilkan di kediaman ini. kitchen kabinet telahpun halfway siap dipasang. halfway jea ok. masih belum siap sepenuhnya. kalau nak ikutkan, tugas saya untuk semalam ialah mengelap sume habuk2 dalam kabinet2 kat kitchen yang baru separuh siap pasang tuh. tetapi tidak. tiada produktiviti langsung semalam.

sekalipun begitu, produktiviti saya terhasil di tanah air. wah wah, dapat pulang ke tanahair dalam masa sehari kah? ahah, jangan tertipu. saya berproduktiviti dengan kecanggihan teknologi. sepanjang suami keluar berkerjaya, saya yang di kediaman ini berada di tanah air melalui hujung jari jela. batin je dah sampai. zahir masih di sini. membantu adinda yang sedang dalam kekocohan menyelesaikan assignmentnya yang sudah hampir kepada deadline nya. memula saya membantu keseorangan, setelah soulmate pulang, dia pula melahirkan idea-idea bernasnya. sudah lama rasanya meninggalkan alam -assignment-dan-presentation-. dapat membantu adinda nan seorang itu memberi makna otak saya dan soulmate masih belum berkarat lagi. lega rasa dapat membantu. siap dapat semak slide presentation dia lagi. uhhh such a big relieve!.

dalam pada itu saya dapat imbau kembali zaman getar menghadapi deadline -assignment-dan-presentation-. saat getir bersama rakan seperjuangan study dan menelaah. dalam menghadapi liku-liku zaman itu dahulu, masih segar lagi diingatan saya insan-insan sahabat yang bersama-sama mengharung malam dan siang menyiapkan tugasan-tugasan yang diberi.

[zaman saya masih kecil (read: kurus), masih kehulu kehilir dengan porch kecil]

perjalanan menghadapi masa itu kadangkala juga diserikan dengan karenah manusia yang berbagai. sekalipun kita anggap mereka sebagai sahabat karib dan kawan rapat (sebab tu boleh jadi team member), sesekali terselit juga perangai dan sifat masing-masing yang sambil lewa dan ambil tidak endah (read: nota ini terkecuali untuk lima sekawan). saat itu sebagai ketua atau pun sebagai seorang yang memberi usaha lebih (kalau nak diiukutkan hati) mahu saja reportkan kepada lecturer yang si polan dan si polan tidak memberi sebarang sumbangan. namun apabila mereka-mereka datang semula dan memberi sumbangan seadanya, sakit di hati dan penat lelah bersengkang mata hilang sudah. sama-sama meraih genggam menghantar hasil tugasan dengan bangga dan senyuman kelegaan.


[salah satu assignment berkenaan alam sekitar, dalam subject environmental psychology]

begitulah di alam belajar. indah sangat-sangat. zaman yang setiap seorangnya sangat berhati suci. sangat tulus dan murni. tiada terselit sebarang agenda untuk mendengki atau membenci. sama-sama berganding bahu, sama-sama bersengkang mata dengan satu cita, untuk berjaya. zaman yang hanya tinggal dalam lipatan kenangan. zaman yang tidak mampu diulang. zaman yang hanya sesekali berlaku lagi dalam mimpi. kemudian buat kita rindu pada teman-teman seperjuangan, pada taman ilmu dan budi itu dan buat kita terfikir-fikir untuk kembali semula di zaman itu. namun sedikit hampa kerana jika sekalipun kita kembali lagi, senarionya pasti tidak sama lagi kerana uniknya ada pada sahabat-sahabat yang jalinan persahabatnnya terbina atas dasar suci.


p/s; catatan versi rindukan sahabat lima sekawan, buku-buku dan kuliyah, serta merindukan taman ilmu dan budi.

illalliqa' maasalamah

[all pictures are credit to mrs. khadijah, the mom-to-be]

Thursday, February 18, 2010

benda baru

Home is not where you live but where they understand you
~Christian Morgenstern

kadangkala untuk berubah bukannya mudah. berada dalam zon selesa menjadi kesukaan semua orang. benda lama sudah serasi dan sudah sangat biasa. benda baru, mungkin ada baiknya namun untuk menghadapi risikonya masih perlu dalam keadaan berjaga-jaga dan hati-hati.

kalau anda pengunjung yang kerap datang, anda perasan pembaharuan blog saya. memang sudah lama ingin tukarkan dengan template wajah baru seprti ini. namun ada sesuatu yang menghalang. sesuatu itu adalah yang saya sayang. apakah dia, jawapannya ialah anda. macam pelik kan. bila masa pula anda duduk dalam blog saya kan?

okey, begini mari saya terangkan. saya sayangkan komen-komen yang anda tinggalkan sama seperti saya sayang anda. saya punya ramai silent reader. kadangkala apabila silent reader dare to leave comment, saya teruja amat. ~gembira~ ^__^. jadi sayang rasanya menghilangkan komen yang julung2 kali ditinggalkan itu. untuk yang selalu komen, lagilah saya sayang selamanya.

namun apa daya saya, teknologi ini bukan di bawah bidang kuasa saya sepenuhnya. harus akur dengan perubahan teknologi yang tanpa sempadan ini. provider ruang komen saya yang sebelum ini sudah menamatkan perkhidmatannya seraya membawa pergi komen-komen anda sekali. saya sedikit sedih di situ. jadi saya ceriakan diri dengan layout baru ini dan hadiahkan sebiji kek cawan yang comel buat anda semua yang sudi meninggalkan jejak di kotak komen. terima kasih dari saya. sila jangan kecewa, komen2 anda sudah tiada. ia cuma hilang dari pandangan mata, tidak hilang dari sudut hati kecil saya.

sekian, sampai kita berinteraksi lagi. sampai kita berceloteh lagi. terima kasih untuk luangan masa anda melawat 'rumah' saya dan terima kasih atas sokongan anda yang tidak bertepi untuk saya setiap masa.

ilallliqa' maasalamah


Sunday, February 14, 2010

CNY holiday, tapi kami tak cuti

fabiaiyi aalaai rabbikuma tukazziban...
maka nikmat tuhanmu yang mana lagi hendak kamu dustakan?~quran, ar-rahman~

dengan teknologi nih terasa dunia sebagai kecik sahaja. sebagaimana orang di kampung halaman saya merasai kemeriahan cuti Tahun Baru Cina, saya di sini juga sedang merasainya. setiap hari dihidangkan dengan ucapan demi ucapan buat warga kaum Tiong Hua yang menyambutnya. sekalipun di tempat saya berada langsung tiada sambutan ini diraikan.

saya juga seperti merasai kemeriahan pulang ke kampung sempena cuti yang panjang bila setiap hari selama dua hari ini saya dihidangkan dengan laporan-laporan trafik di sepanjang lebuhraya utama utara selatan dan pantai timur. segalanya saya dapat melalui khidmat piring hitam besar yang boleh buat kawah kenduri di tingkat atas kediaman yang saya duduki ini. ini baru cuti perayaan masyarakat Tiong Hua, macammna agaknya kalau perayaan masyarakat kaum saya? uhh, mahunya bengkak la mata saya pergi sembahyang raya nanti. tabahkah hati saya meniti hari demi hari kelak apabila berjauhan dengan keluarga dan sahabat handai buat pertama kali menjelang Aidilfitri. aik belum pun habis ganti puasa, dah terbayang nak pulang berhari raya? camne tuh...ngee

namun begitu, setakat sekarang saya masih seperti selalu. berhati gembira dan riang selalu. sekalipun ada gundah gulana rindukan tanahair. itu perkara biasa. saya masih seperti selalu berada sendirian sementara suami keluar bekerja. bila beliau pulang semula kepangkuan saya, kami kembali berdua seperti keadaan biasanya. lihat, rutin saya yang menggembirakan, lantas peningkatan berat badan sedikit ketara. tanpa perlu ada masalah kerjaya, masalah rutin sibuk harian atau masalah hidup lainnya. saya gembira hidup dengan cara seperti saya sekarang ini. tidak kisah ada sedikit peningkatan berat, asalkan saya masih sihat. tapi kenapa ada yang macam tak puas hati sahaja. kenapa mahu perli2. muka bulat lah, macam pau lah, bulan penuh lah. itu petanda saya gembira, jadi kenapa ada yang seperti tidak gembira. saya tidak berapa suka nak dengar bila ada yang banyak bunyi nih sedang mereka tidak tahu apa-apa tentang saya. takkan lagi suka saya yang cekeding macam jerangkung, muka berpetak sebab nampak tulang rangka baru nak puas hati? pastu gastrik guling-guling baru suka hati? haish....sigh


[penampilan baru (yang dah lama) semakin membulat seperti kata semua orang ^_^]

kami masih lagi dengan takdir berdua. masih belum bertiga. akan saya beritakan sampai masanya kelak. harap semuanya bersabar. kalau kami masih mampu bersabar kenapa tidak anda? jangan tanya lagi selagi saya tidak beritahu. cuba diam-diam dahulu. sebab saya sudah usaha dan saya selalu doa Allah hadirkan insan ketiga hasil benih cinta bila masanya sesuai. cepat atau lambat hanya Allah sahaja yang tahu. saya cuma doa agar diberi kurnia bila masanya sesuai. nak mintak cepat2, bukannya kita tahu apa yang Allah dah takdirkan dalam perjalanan hidup ini. kalau nak mintak supaya lambat hadirnya manusia dalam perut, takut nanti sudah terlambat benar. jadi saya pinta Allah anugerahkan saya hasil benih cinta sesuai pada masanya.


ramai yang sebut, saya bertuah kerana masih berdua. jadi boleh jalan puas-puas di bumi penempatan baru ini. jadi boleh lebih lama berkhidmat sepenuh masa untuk suami, jadi boleh sepenuh masa memberi masa untuk diri sendiri. kenapa perlu tergesa-gesa mendesak Tuhan untuk lebih memberi. setakat yang ada pun belum habis disyukuri, mahu minta lagi...

sekian dulu,
ilalliqa' maassalamah



Sunday, February 7, 2010

a week after

I am thankful for a lawn that needs mowing, windows that need cleaning and gutters that need fixing because it means I have a home
~Nancie J. Carmody

sudah 7 hari berlalunya satu bulan di tahun 2010. sudah 7 hari juga berlangsungnya bulan kedua untuk tahun ini. makanya sudah 7 hari jugalah saya menghuni kediaman baru secara tetap di bumi bertuah tempat saya berada di sini selapas kurang lebih dua bulan kami menginap di hotel sewaan buat tempat berlindung dari kesejukan cuaca dan keterikan mentari.

dalam masa 7 hari di kediaman ini, segalanya masih belum cukup sempurna. tetapi kebanyakannya telah hampir mencukupi. untuk rekod, semua keperluan asas rumah disediakan sepenuhnya oleh tuan rumah termasuklah alat perabot, langsir dan beberapa alatan elektrik asas yang lain. cukuplah setakat ini kami sudah disediakan set katil tempat untuk merehatkan letih di badan setelah penat mengemop seharian. tidaklah perlu tidur di lantai yang berdebu dan sejuk tahap ais. juga sudah punya set meja makan walaupun tidak sepanjang tempat duduk untuk 20 orang, namun masih mampu menempatkan sebilangan tetamu yang akan hadir suatu ketika nanti. syukur, kami tidak perlu bersantap sambil juga bersila di lantai sesejuk ais ini. syukur juga, set-set sofa telah pun memenuhi ruangan-ruangan santai tempat menghilangkan penat dan merehatkan minda sambil menonton siaran televisyen yang ke udara. sekalipun segala plastik-plastik di sofa masih belum dibuka sepenuhnya, namun duduk sambil menonton rancangan kerinduan tanah air sangat melegakan hati. sekalipun rancangan yang ditonton adalah paling jarang ditonton sewaktu di tanahair dahulu, namun dapat menikmati siaran itu pun dapat menghilangkan rindu dendam yang terbuku di hati.



terima kasih kepada cakera besar ini yang memberi laluan kepada saya dan suami menikmati siaran dari tanah air sendiri. saya syukur, walau hanya satu siaran yang dapat kami tontoni, walau tidak sebanyak yang ada di tempat sendiri, namun yang ada itu sudah lebih baik dan mencukupi. ini adalah kerana saya punya 800 channel lain lagi yang boleh diberi pilihan untuk tontonan.

kediaman yang telah 7 hari didiami ini belum lengkap sepenuhnya kerana kami masih menunggu pihak tuan rumah memasang kabinet dapur lantas saya boleh memasak dengan secara sempurna. tidak perlulah lagi saya memasak seperti waktu di asrama dahulu menggunakan periuk nasi elektrik yang kecil comel. ada juga suami belikan untuk saya dapur elektrik yang kecil, namun dapur comel yang indah dari segi rupa parasnya itu penggunaannya hanya pada tahap yang sangat minimum. biarlah saya betah lagi menggunakan periuk nasi elektrik comel itu dari dapur elektrik yang hanya terbatas untuk fungsi pemanasan sahaja, tidak sampai tahap memasak.

selama 7 hari ini juga rutin saya banyak berkisar pada tahap cleaning and dusting. hari-hari saya mop lantai yang sangat selalunya berdebu. mengikut tunjuk ajar yang diperturunkan ibu, mop lantai harus dengan air bersih dahulu untuk beberapa kali bilasan sebelum diakhiri nanti dengan bilasan akhir pencuci lantai tanpa bilas. di ruangan atas telah saya selesaikan dengan bilasan akhir pencuci lantai tanpa bilas. cuma di tingkat bawah ini cukuplah bilasan penghilang debu sahaja dahulu saya buat. tunggu sehingga tukang rumah siapkan kabinet dapur dan pemasangan langsir dahulu, baru saya sudahkan dengan bilasan akhir pencuci lantai. jika tidak, usaha saya cuma mendatangkan penat, kerana mereka-mereka ini bukannya tahu nak buka kasut sebelum masuk rumah, ditambah pula debu-debu yang akan mereka hasilkan hasil daripada kerja-kerja pemasangan itu nanti.


atas dasar rasa kasih, suami hadiahkan saya 'super mop' yang penggunaannya lebih mudah dari mop biasa. syukur juga, saya tidak perlu guna cara tradisi seperti kisah cinderella yang rasanya terdera pinggang dan tulang belakang mengemop menggunakan kain secara manual terduduk-duduk. alhamdulillah, syukur. membasuh juga adalah dalam sedikit kesukaran buat masa sekarang. yelah, sudah terdidik sejak kecil dibantu oleh mesin dalam aktiviti mendobi. jadi kini sedikit terganggu bukan kerana mesinnya tiada, mesinnya sudah ada tapi tidak boleh diguna. harus menunggu tuan rumah juga untuk setelkan semuanya. bukannya en.suami tidak boleh memasangnya, tetapi kepala paip dan saluran paip mesin adalah tidak sama. takkan kami yang mahu selesaikannya sedang ianya adalah tugas tuan rumah, serahkan sahaja padanya.

namun masalah dengan tuan rumah dan pekerja-pekerjanya bukan sesuatu yang mudah di terima. sedang kita dalam keadaan terdesak di sini dengan kebanyakannya yang kurang sempurna, mereka boleh membuat sambil lewa. kalau dikatakan janji melayu itu yang paling terburuk, janji dengan kaum yang di sini jauh lebih buruk. janji melayu paling kurang lewatnya 2-3 jam, janji masyarakat di sini mahunya makan 2-3 hari baru sempat ditunaikan. sigh....

berkenaan dengan cuaca, semakin hari semakin sejuk. dan kesejukan di sini (kediaman ini) lebih amatnya terasa berbanding dengan di hotel dahulu. di kediaman ini barangkali tanpa lengkap berpermaidani dan dengan struktur binaan batuan penuhnya tidak menjadi agen penebat haba yang baik. lantas setiap hari selama 7 hari ini saya dan suami kesejukan yang amat di pagi hari dengan kadar cuaca serendah bawah 10 darjah selsius.

akhirnya, saya berdoa agar sedikit kesusahan dalam kesenangan ini akan segera berakhir. saya dan suami kini sedang menanti sampainya barangan dari tanah air yang akan memulakan perjalanannya pada esok hari (8hb) dan tiba kepangkuan kami dengan selamatnya. InsyaAllah. Amiin.