::.Da' Sweet Friend Follows.::

Saturday, December 5, 2009

sejuuuuk,grrr

One kind word can warm three winter months
Japanese proverbs

sewaktu membuat bacaan rambang tentang tempat yang saya diami sekarang sebelum menjejakkan kaki ke sini, seperti tidak percaya catatan dalam bacaan saya itu mengatakan tempat saya ini mengalami iklim bermusim. sekarang kerpercayaan itu terpadam setelah saya melalui dan merasainya sendiri di sini.

sangkaan 'summer' sepanjang tahun itu rupanya tidak benar sama sekali. masakan tidak, kami di sini sedang berperang dengan winter dan angin kering. perang rasa sejuk dan menggeletar. impaknya, kulit terasa lebih kering, jari kaki dan tangan seakan membeku. yang lebih terkesan, mr. soulmate sudah mula batuk, hidung berair dan kadangkala sukar untuk tidur kerana hidung tersumbat. pity him. saya, alhamdulillah masih boleh bertahan. doakan kami dapat bertahan dalam perubahan cuaca ini.

soulmate; bibir mula merekah, hidung sudah mula sneezing, acchooum!..

sekalipun tiada salji yang menghias laman, dalam cuaca sesejuk 17-15 darjah celcius ini kadangkala hujan pula turun membasahi bumi. walaupun sedikit dan mungkin tidak selebat yang berlaku di tanah air, namun mampu juga membanjiri beberapa kawasan. definisi bajir di sini pada hemat saya adalah ditakrifkan sebagai takungan air di beberapa kawasan lantaran perparitan yang tidak begitu mencukupi dan kawasan rendah berlembah.

mana mungkin terdapat saluran air atau perparitan yang baik di sini kerana kurangnya kekerapan berlakunya pengaliran air ke bumi seperti hujan. penerimaan hujan di sini agak berbeza dengan warga Malaysia. bagi kita, hujan adalah perkara biasa. penduduk di sini merasakan hujan sebagai suatu keajiban. mereka bersorak riang tika hujan turun. di jalanan, mereka membunyikan hon kereta tanda gembira turunnya rahmat dari langit itu. tidak kurang juga yang cuak barangkali apabila hujan turun (sekalipun hanya renyai2) dengan menyalakan lampu kecemasan yang bisa mengelirukan pemandu lain. hurgh....blurgh..

satu lagi alasan peningkatan berat badan (barangkali), di musim dingin ini selera makan itu sering sahaja terbuka. anehnya, selera itu saat jam bergerak menunjuk arah 10 malam, minta sesuatu yang mampu menghangatkan tubuh badan. sudahnya, dari satu bungkus bihun segera Pama untuk dua orang menjadi dua bungkus untuk dua orang. huuuhhuhh. sabar jelah. kalau tak di layan kang, berkeroncong pula.ehh, maafkan ajelah peningkatan berat badan saya yang tiada tanda untuk surut lagi buat masa ini.ngeee...

sekian lah dulu
ilalliqa' maassalamah



No comments: