we must embrace pain and burn it as fuel for our journey
Kenji Miyazawa
Kenji Miyazawa
warga Saudi masih lagi dalam mood cuti hari raya. tapi tak tahulah saya mereka ini berhari raya bagaimana. ntahlah, tanpa ketupat, rendang, lemang, takbir raya yang syahdu dan mendayu saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka menyambut kemeriahan berhari raya. apa yang dapat saya perhatikan, shopping mall di sini sangat banyak, dan kemeriahannya terasa saat malam menjenguk tiba. setakat yang saya dimaklumkan, warga Saudi hidupnya ibarat kalakatu, hanya di malam hari.
siang hari tidak banyak kedai yang dibuka. kalau ada pun dibuka setakat dari pagi seawal jam 9 hingga zohor. kemudiannya ditutup semula hingga selepas asar. dalam cuti yang masih berbaki sempat juga saya dan suami ditemani rakan sekerjanya yang juga baru 6 bulan berada di sini bersiar-siar ke tempat menarik yang ada di sini dengan kaedah ~mainredahajelaaa~. sungguhpun ada buku panduan dan peta, ianya tidak banyak dapat membantu. sudahnya, niat nak mencari tempat lain, tempat lain yang kami jumpa.
di Kuwaity Souq ini terdapat banyak kedai perabot dan barang-barang hiasan juga barangan perkakasan dapur. segala queen anne (buffet set yang cantik), pinggan mangkuk, peralatan mesin dan sebagainya mudah didapati di sini dengan harga yang mungkin agak berpatutan. kami tak jelajah semua kedai, hanya dua tiga buah sahaja, selebihnya dilawati dengan hujung mata sahaja.
berhadapan dengan Kuwaity Souq, adalah Souq Tayyibah. sewaktu kami melalui kawasan ini, kebanyakan kedai masih belum dibuka. di sini terdapat banyak bazar jualan untuk abayah dan barangan pakaian yang lain. berkunjung di malam hari pada ketika lainnya, kemeriahannya jelas terasa di sini. mudahnya membeli di bazar (souq) berbanding dengan shopping mall, di bazar ada sistem bargain yang menarik minat para pembeli dan pilihan yang pelbagai ada di sini.
perancangan asalnya, kami bercadang ke suatu tempat namanya Malaz. di sini khabarnya terdapat Malaz Restoran yang dikendalikan oleh golongan india muslim (read:mamak). hajatnya, ingin makan roti canai dan teh tarik sebagai sarapan pagi. sudahnya, cari punya cari jalan ke Malaz tidak diketemui, kami sampai ke Dirrah. Dirrah juga punyai bazar seperti di Souq Tayyibah. tempat jualan abayah dan berbagai jenis pakaian lain.
perut sudah mula berkeroncong ketika sampai di Dirrah. mencari kedai makan di selusur kaki, tidak kami temui. sudahnya cuma jumpa ala-ala coffe house yang bukan untuk dine in. kami lapik perut dengan falafil dahulu dari restoren Al-Ku
sedang kami makan, azan zohor berkumandang dan kedai-kedai pun mulai ditutup keseluruhannya. untuk makluman, pada setiap waktu solat, peniaga berhenti berniaga dan berpusu-pusu ke masjid atau surau menunaikan solat berjemaah. kami yang sedang makan di luar kedai juga kelam kabut menghabiskan makanan dengan segera. kami juga bersegera untuk solat dan meninggalkan kawasan dirrah.
akhirnya, dalam perjalanan pulang, sempat juga saya capture beberapa pemandangan bangunan rumah-rumah kediaman warga tempatan di sini. di sini konsep rumah tamannya di panggil compound. kebanyakan rumah dipagari dengan tembok tinggi dan tersergam indah ibarat istana pada kaca mata saya. setiap kawasan compound biasanya dilengkapi dengan swimming pool, gym dan pejabat urusan pentadbiran. kebiasaanya setiap compaund terdiri daripada lebih kurang 8 ke 10 buah rumah. setakat yang saya maklum, satu kawasan compound dimiliki oleh seorang pemilik.
adakalanya juga, terdapat kawasan compound yang dikawal ketat oleh pihak pengawal dan mempunyai beberapa prosedur untuk lawatan. namun begitu, terdapat juga compound yang tidak mempunyai kawalan ketat dan bebas dilawati oleh sesiapa sahaja.
setakat ini sahaja dahulu catatan untuk kali ini. ianya agak tidak berapa detail sebab saya malas nak berpikir secara detail, eheh. ikut suka lah kan. sebab cuaca yang sejuk membekukan jemari mulus saya ini menaip secara lebih detail dan lebih berjela, saya undur diri dulu.
illalliqa' maassalamah
No comments:
Post a Comment