::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, December 14, 2009

catch up updates

Go confidently in the direction of your dreams
Live the life you have imagined

- Henry David Thoreau

sekian lama tak dapat peluang nak update, hari ini saya berusaha mengepost sebuah lagi entry baru. heh saje lah kan, nanti kang hari2 orang datang asik entry basi jer. pastu menengokkan ke entry busy itu. macamlah busy sangat. saja nak bikin gempak.


dah mula nak post enry si STC broadband (read: berukben) ini saje je wat2 macam mengong2. keja-kejap dc, kejap-kejap dc (read: disconnected). aduuuh, risau jer. selalunye dia stable teramat sangat, tetiba dia leh plak buat2 mengong asik terdc tak sudah-sudah.

eh eh tumpang dia tengah elok nih baik saya stop complaining kan. bukankah lebih baik bersyukur, kerana dengan kesyukuran itu Allah akan tambah lagi nikmatnya. Astaghfirullah..,yer saya bersyukur sekarang sebab berukben saya sudah pulih.ameeen.

nak kongsi lah gambar yang tak sempat diedit dan dipostkan pada entri kesuntukan yang lepas tuh. jadi kalau de sesapa yang rasa annoying nak tengok gambar2 inter frame tuh, sila gi jauh-jauh la yek (read: warning in advance).

5 dec 2009
location: thailand embasy, riyadh
event: reception, Thailand King's Birthday Anniversary


inilah event makan berdiri tuh

8 dec 2009
location: Vietnam residence
event: movie watching and lunch

movie yang ditayangkan adalah dalam Vietnam language, tanpa subtitle ok. waaa kitorang semua dah paham bahasa Vietnam sejak menjejakkan kaki ke residence diorang. ahah, okeklah saya sedang membohongi anda dan sila jangan percaya. inisiatifnya, mak duta Vietnam menjadi translator untuk filem itu. sedih lah jalan cerita tu sampai hampir banjir riyadh. eh, satu lagi fakta tidak benar, ianya cuma membanjiri tisu di tapak tangan masing-masing jer. over feeling plak. kisahnya berkaitan bagaimana terciptanya sejarah baju kebangsaan Vietnam.

dan lunchnye okek la, sebab saya juga sedang lapar. tapi yang potong stimnye ade makcik tu dok kalut laa nak balik cepat sebab driver dah tunggu nak jemput balik. lagipun, dah lari dari tentative asal. sepatutnya pukul satu dah habis majlis, tapi dia dah drag lagi sejam. aduh tak sempat saya nikmati sepenuhnya dish lunch tuh. rasa rugi jer. uhuhu


9 dec 2009
location: Perwakilan House, Malaysian Embasy
event: dish preparation for Takraw tournament


sorilah, itu aje gambar yang ade dengan belas ihsan mr.soulmate. itupun upon request baru dia nak ambikkan. saya yang sedang (kononnya) sibuk tuh takkan lah nak tergediks2 dengan kamera ke sana ke mari kan. dahlah kamera kompak bodo jer. kalau dslr tuh leh lah tahan jugak glemsnye. itupun kalau dok ke hulu ke hilir ngan kamera maunye orang benci sebab kerja tak jalan.eheh

nak dijadikan cerita, sewaktu kerja2 nih dijalankan cuaca agak sejuk below 20. jadinyer ayam yang dikeluarkan dari freezer utk dinyah bekukan dari pagi tak maunye nak defrost sampai ke petang. aduihhh abeslah beku jari jemari nak memisahkan ayam-ayam yang melekat antara satu sama lain tuh. tragis jer melihatkan keadaan diorang yang tidak mahu dilepaskan itu.ahahah.

10 dec 2009
location: Malaysian Embasy, Riyadh
event: Sepak Takraw Tournament

perlawanan adalah antara Asean,
nilah pemain-pemain yang mewakili negara masing-masing

ini dia pemain tuan rumah. pemain lain saya kurang pasti, yang saya pasti, mr. soulmate adalah bidang terjun bagi permainan ini.

sekitar perlawanan berlangsung. masing-masing sampai bengkak dahi. walaupun matahari agak terang memancar, tetapi cuaca amat dingin sekali. sejukkk!

Malaysia sebagai tuan rumah agak beralah dalam perlawanan ini (eheh, mengaku jelah kalah,uhuhu). dalam setiap set perlawanan, hanya satu perlawanan sahaja mendapat kemenangan. juara keseluruhan jatuh kepada Thailand. bravooo!

ini dia hasil kerja tangan Perwakilan Malaysia. breakfast with curry and bun. curry jer hand made. jadi takyah terpukaulah saya dah bleh buat roti pulak untuk 200 orang makan. roti kitorang beli jer. muffin dan segala kek-kek itu disumbangkan oleh 2nd man's wife of the embasy, kak.ida. for luch we made sambal tumis udang, ayam goreng dan kari dalca. in the last picture, Ameera who is Malaysian; wife of the Singaporean embasy man and her mother.

pic 1: malaysian 1st women and brunei 1st women
pic 2: women from indonesia, thailand, vietnam and myanmar
pic 3: en. Hishamuddin, k.ida n son Ashraf
pic 4: women from brunei and thailand



that's all for now

ilalliqa' maassalamah



No comments: