“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur maka aku akan tambahkan nikmat kepadamu.”
(Ibrahim : 7)
(Ibrahim : 7)
buat saudara, keluarga, rakan-rakan dan teman,
Salam Aidil Adha dari kami, semoga antum semua dilimpahi barakah hendaknya
Salam Aidil Adha dari kami, semoga antum semua dilimpahi barakah hendaknya
menurut sejarah, Aidil Adha adalah sempena memperingati korban Nabi Allah Ibrahim ke atas anandanya Nabi Ismail. Demi kepatuhan keuda-dua hamba Allah itu tadi, korban itu dengan kuasa Allah diganti dengan khabar yang gembira. Ianya diganti dengan sembelihan lain sebagai korban.
Ternyata demi memperingatinya, seluruh dunia menjalankan ibadah sembelihan sebagai korban. Namun demikian bukanlah sembelihan itu yang menjadi mercu tanda pengorbanan. Perngorbanan dilihat dari segi keredhaan dan kereleaan hati yang suci menjalankan ibadah tersebut hanya kerana Allah Ta'ala.
Bertepatan juga, untuk ibadah korban pada kali ini, saya dan suami mengorbankan segala emosi dan perasaan berjauhan dari tanah air, keluarga dan sahabat-sahabat yang tercinta. Sebuah pengorbanan yang kalau dilihat dengan mata kasar adalah sangat enteng dan remeh. Namun jika diselami dengan perasaan, pengorbanan itu dirasakan amat berat sekali. Demi ketaqwaan dan kepatuhan, pengorbanan yang dilakukan diredhoi dan direlai dengan hati terbuka dan tabah.
Mana mungkin seorang ibu untuk tidak merasa sedih sedang selalunya saat menjelang hari raya ada seorang anak menghulur tenaga membanting tulang bersamanya. Kalaupun tidak memberi sumbangan sebesar gunung, namun kehadirannya bersama tetap dirasa. Mana mungkin seorang anak yang manja dengan abah, yang mesra dengan ibu, yang rapat dengan atuk tidak merasa sedih apabila tidak dapat bersama-sama dikalangan mereka saat takbir bergema. Mana mungkin seorang kakak kepada adik-adik boleh merasa gembira apabila menunaikan solat Aidiladha tanpa kebersamaan adik-adik manjanya. Mana mungkin semua itu dapat dilalui kalau tanpa hati yang tabah dan tanpa rasa kerelaan yang tinggi.
Sebagai akhirnya, saya dan suami memanjatkan doa kepada Allah agar dengan pengorbanan rasa dan emosi ini, diampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan dan dosa-dosa pada hari mendatang. Kami bersyukur atas apa yang dikurniakan, lantas dengan kesyukuran ini akan ada lagi nikmat Mu yang datang tidak bertepian dan bersempadan. Amin.
wa ilallliqa' maassalamah
No comments:
Post a Comment