When you find peace within yourself, you become the kind of person who can live at peace with others
- Peace Pilgrim
sebelum ni ade cakap ngan mr.soulmate teringin pulak nak rasa nasi arab tuh camner. dah alang-alang dok sini, nak juga rasa selera berbeza. cukuplah dah dua kali melepas rindu tanah air dengan makan ikan stim, sayur campur chop soy, tomyam dan sebagainya di restoran thai-pinoy dan restoran chinese indian cuisine haritu. puas dah. lepas dah rindu. kalau setakat ikan sardin yang dinamakan kegemaran tuh pun dah lepas dah. cuma teringin nak makan masak lemak ayam, tak pe boleh postpone lagi tunggu mortar and pestel (read: lesung batu) kite sampai dari kontena nanti dulu.
dalam dok sebut2 nasi arab tuh, tetiba pada waktu yang kebiasaannya suami akan telefon dari pejabat memberitahu dia akan pulang sebentar lagi dan bertanyakan khabar sudah makan atau belum, dikhabarkan juga tidak perlu masak balik nanti. haruslah ade keraguan terdetik, kenapa ya? jawapnya ada bekal spesel nanti akan dibawa pulang. hoooray!
nasi arab rupanya ;)
alhamdulillah. katanya, dia pergi makan dengan kawan-kawan sepejabat dan dibelanja oleh salah seorang dari mereka dan tuan yang membelanja itu dengan baik hati membungkuskan untuk saya sekali. kata tuan punya 'treat' itu, restoran yang mereka kunjungi itu hanya khas untuk lelaki dan tidak untuk wanita, jadinya supaya saya tidak kempunan (sepertinya dia dengar pula keinginan saya), lantas dia bekalkan untuk saya juga. ya Allah, baiknya kawan sepejabat suami saya itu. moga Allah berkati dan tambah lagi rezeki dia. Amiiiin. saya lupa nak ambil gambar penuh hidangan ini. setelah kenyang baru teringat. itupun sudah satu perempat saya makan selepas perut saya tidak dapat menerima lagi kemasukan yang lain2. hidangan sebanyak ini mungkin boleh makan tiga kali kenyang untuk perut perempuan melayu
untuk keenakannya, it taste good. dimasak dengan beras basmathi hingga lembut. sedap la bagi saya. walaupun lembut tapi agak kering la untuk tekak orang melayu yang sukakan hidangan agak basah. kalau BIL saya si khairi tu makan, harusnya dia mintak kat pak arab tu kuah, tak pun dia tuang sedikit air masak dalam nasik tu macam yang dia biasa buat di rumah mak. eheh.
menurut mr. soulmate, katanya di kedai, hidangan ini dihidangkan dalam dulang bulat. waaa, memang besar tu. agaknya begitulah saiz hidangan biasa masyarakat di sini. kalau saya ada, mesti dah ambik punya gambar hidangan dalam dulang tuh. eh, sedulang hidangan tu per head tau, bukan makan ramai-ramai. mr.soulmate kata, dia cuma mampu habiskan 3/4 sahaja dari hidangan dan kekenyangannya terasa sampai ke malam. dasyat!. kalau hari-hari makan camtu, memang tertuplah pintu kurus buat kami berdua di sini. argggh tidak mahu lah. ngeh
sedikit pemandangan indah di depan al-andalus servis apartment, tempat yang kami diami sementara ini
di malam yang sejuk sementara menunggu untuk keluar berjalan-jalan menikmati keindahan malam dan keluar berbelanja barang dapur yang sudah menyurut
tadaaa~,
ilalliqa' massalamah
No comments:
Post a Comment